Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah makna mengempelas? ini soalan dalam akhbar didik. | Saudara, Perkataan mengempelas daripada perkataan empelas membawa maksud melicinkan dgn daun (kertas) empelas. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 02.02.2010 |
Assalamualaikum wtw, saya Sharifah Zubaida binti Ahmad, sedang menuntut di UPSI dan merupakan anak didik Dr. Halim Ali. Saya ingin bertanya kepada En.Ruslan mengenai apakah peranan DBP dalam mengembangkan sastera melalui majalah. Majalah yang saya maksudkan ialah Dewan Bahasa, Dewan siswa dan sebagainya. saya berharap pihak DBP dapat menjawab soalan yang saya ajukan ini. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih. | Antara fungsi utama penubuhan DBP ialah memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan. Berdasarkan fungsi tersebut, DBP berperanan secara langsung terhadap usaha memperkembang bakat sastera dan memasyarakatkan sastera dalam kalangan rakyat melalui pelbagai wahana termasuklah penerbitan buku dan majalah. Majalah antara wahana yang dekat dengan pelbagai lapisan masyarakat khususnya golongan pendidik/pelajar, secara tidak langsung membantu usaha memupuk minat dan bakat dalam bidang kesusasteraan seperti penulisan, pembacaan, penghasilan karya, kebudayaan dan sebagainya. Untuk maklumat lanjut, kami cadangkan saudara berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan rujuk artikel majalah serta kertas kerja seminar yang berkaitan dengan tajuk berkenaan. | Sastera | 04.03.2011 |
Salam 1Malaysia, saya memang menyedari bahawa frasa adjektif 'paling baik sekali' memang menyalahi hukum tatabahasa Melayu. Walakin, baru-baru ini anak didik saya menyatakan bahawa frasa tersebut boleh diterima pakai mengikut guru bahasanya. Adakah pernyataannya betul ataupun sebaliknya. Sila berikan penjelasan yang jelas untuk menegakkan kesahihan pernyataannya. Sekian. Munsyi K'Seven | Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. | Tatabahasa | 28.03.2013 |
Asalamualaikum.. Saya ingin mendapatkan kaedah yang paling mudah bagi menerangkan perubahan terkini dalam tulisan jawi. Ini amat penting dalam perkongsian idea terutama guru di daerah saya dan sudah tentulah anak-anak didik di sekolah. Terima Kasih. | Soalan saudara terlalu umum, apa yang dapat kami maklumkan sebarang perubahan yang dilaksanakan dalam sistem tulisan Jawi adalah untuk memantapkan lagi sistem ejaan berkenaan. Pembaharuan yang dibuat selaras dengan zamannya bagi menjadikan ejaan Jawi lebih sistematik dan terancang. Kami cadangkan juga saudara rujuk buku Daftar Kata Bahasa Melayu: Rumi - Sebutan - Jawi, Edisi Kedua, terbitan DBP, 2008. | Penyelidikan | 05.04.2011 |
1.Bolehkah menggunakan kata serapan seperti, edutainment, infotainment. 2.Jika tidak, bolehkah dikhususkan makna sebenar dalam bahasa melayu? 3. Adakah DBP KL mempunyai sebarang koleksi perkataan yang terbaharu seperti di atas. terima kasih | Padanan bahasa Melayu untuk istilah edutainment ialah didik hibur dan padanan untuk infotainment ialah maklumat hibur. Kedua-dua istilah ini terdapat dalam bidang Teknologi Maklumat. Untuk makluman DBP telah menerbitkan pelbagai kamus istilah, glosari istilah dan daftar istilah dalam pelbagai bidang ilmu seperti Teknologi Maklumat, Teknologi Angkasa dan sebagainya. Buku ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP atau wakil penjual buku DBP yang lain. | Istilah | 13.01.2011 |
'Experiments are performed to study the effect of regularization parameter' ; apabila diterjemahkan ayat ini akan menjadi : ' Ujikaji dilakukan untuk mengkaji kesan parameter "regularization"'. Apakah istilah yang tepat untuk "regularization" ? | terdapat beberapa cadangan untuk terjemahan di atas.walau bagaimanapun penggunaannya adalah mengikut konteks ayat. 1. mengikut aturan (UDG) 2. tetap (DIDIK) 3. regular (UBAT) 4. pengatur (KIM) | Tatabahasa | 16.08.2007 |
Saya berasa musykil tentang diftong, vokal berganda, digraf dan konsonan berganda yang diajar dlm buku teks tahun 2 KSSR. Dan saya bukan orang pertama yang keliru dengan pendekatan dalam buku teks itu. Adakah wajar perkara yang mengelirukan itu diajar dengan sekadar touch n go kepada kanak-kanak yang baru hendak mengenal bahasa?Bukan itu sahaja, ayat majmuk dan ayat tunggal juga di ajar dengan hanya mewarnakan perkataan itu dengan harapan murid tahun dua dapat membezakannya. Sesuatu perlu dilakukan oleh DBP sebagai penasihat bahasa kebangsaan untuk mengubah isu/cara touch n go ini bagi terbitan buku teks seterusnya. | Untuk makluman puan, penyediaan bahan dalam buku teks Bahasa Malaysia Tahun 2 SK tidaklah dibuat secara touch n go sahaja. KSSR pada Tahap 1 (Tahun 1-3) menitikberatkan kemahiran literasi dan aplikasi bahasa pada peringkat asas. Murid perlu menguasai asas kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis terlebih dahulu, manakala aspek seni bahasa dan tatabahasa menyokong bahan yang dipersembahkan. Pendekatan untuk mengenali konsep diftong, vokal berganding, digraf dan konsonan berganda dalam buku teks Tahun adalah merupakan pendekatan pembelajaran bahasa yang lebih santai dan secara didik hibur sesuai dengan tahap murid Tahun 2. Hal ini sebagaimana yang telah dinyatakan dalam halaman pendahuluan (iv-v). Murid hanya diminta mengenali perkataan yang berkaitan yang ada dlm buku teks dan buku aktiviti dengan kemahiran dengar dan sebut/tutur, misalnya hlm 2, Kemahiran Membaca hlm 3 dan kemahiran Menulis hlm 4. Murid tidak diberatkan dengan penghafalan set definisi konsep tetapi lebih kepada upaya menyebut, membaca dan menulis perkataan yang berkaitan. Aktiviti ini seupaya mungkin diaplikasikan dalam pengajaran dalam bilik darjah oleh guru. Perincian tentang definisi/konsep diftong, vokal berganding digraf dan konsonan berganda kerana hanya didedahkan atau diperincikan dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Begitu juga halnya dengan kaedah mengenal pasti ayat majmuk dan ayat tunggal. Murid Tahun 2 hanya menggunakan kemahiran membaca ayat misalnya hlm 7, tidak perlu menghafal definisi ayat tunggal atau ayat majmuk secara terperinci tetapi sekadar boleh menyebut, membaca dan menulis jenis ayat tersebut. Pemeringkatan kefahaman tentang ayat tunggal dan ayat majmuk dilaksanakan lebih mendalam dalam buku Bahasa Malaysia Tahun 3. Perhatian puan dalam hal ini didahului dengan ucapan terima kasih. | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Assalamualikum, Di sini saya ingin meminta bantuan dari segi nasihat daripada pihak DPB. Saya ada anak berumur 17 tahun. Namanya Nur Ain. Anak saya ini amat berminat di dalam penulis Novel tetapi dalam bahasa Inggeris. Baru-baru ini ain telah menulis sebuah novel bahasa Inggeris bertajuk The Black Ros (Fantasy). Saya pernah cuba untuk bantuan mencari penerit tapi tidak berjaya kerana novel dalam bahasa inggeris memerlukan seorg mengedit buku tersebut. Hal ini agak mengecewakan ain. Namun ain tetap juga menulis walaupun tidak ada sokongan dari luar SEhubungan dengan itu, saya memohon jasa baik tuan agar dapat membantu saya dalam hal ini. Bagi saya bakat yang dengan ain tidak harus disia-siakan. Saya mohon sangat-sangat nasihat dan buah fikir tuan dalam perkara ini dan berharap sangat mendengar daripada tuan. sekian, terima kasih. | Syabas Nur Ain kerana menghasilkan novel pada usia 17 tahun. Idaman penulis kreatif ialah melihat karyanya diterbitkan. Bagi pihak penerbit pula mahu karya yang berpotensi membawa pulangan yang lumayan apabila berada di pasaran. Setiap manuskrip novel memang perlu dinilai dan diedit sebelum diterbitkan, tidak kira novel Melayu atau Inggeris, karya penulis baru atau sasterawan negara! Carilah penerbit yang mahu menerbitkan novel Inggeris dan ada editornya. Usaha "pernah cuba" tidak mencukupi tetapi berusahalah dengan gigih untuk mencapai impian. Pelbagai usaha boleh dilakukan. Penerbit swasta banyak, mungkin ada yang mahu. Berkenalanlah dengan sasterawan yang hebat dan berguru dengannya. Novel The Black Rose tersebut boleh dijadikan bahan awal untuk "berguru". Dalam dunia penulisan kreatif, ada situasi penulis muda yang semakin harum namanya memaklumkan "Saya anak didik sasterawan ...". Nur Ain juga boleh menerbitkan sendiri novel tersebut. Jika mampu, carilah penilai, editor karya kreatif, pereka bentuk dan pencetak. Kosnya tanggungan sendiri (ibu bapa) berdasarkan perundingan. Setelah terbit pasarkan sendiri melalui pelbagai cara; misalnya melalui kawan-kawan dan laman urus niaga dalam talian. Dapatkan maklum balas daripada pembaca. Sekiranya bagus, jadikan itu sebagai gimik untuk melariskan jualan. Untuk jaminan harta intelek/hak cipta karya dengan cara paling murah, masukkan draf asal karya dan manuskrip ke dalam sampul surat dan hantarkannya kepada diri Nur Ain sendiri melalui pos berdaftar. Simpan bungkusan/sampul berdaftar tersebut dan jangan sekali-kali dibuka sehinggalah ada isu penciplakan karya. Nur Ain juga boleh menyertai komuniti penulis muda melalui laman eSastera.com. Untuk makluman puan dan Nur Ain, fungsi utama DBP ialah mengembangkan bahasa kebangsaan melalui aktiviti bahasa, sastera dan penerbitan. Harap maklum. | Sastera | 02.05.2011 |
1. Apakah beza antara tabu dan eufemisme? 2. Ciri-ciri tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 3. Fungsi tabu dan eufemisme dalam bahasa Melayu? 4. 10 contoh tabu dan eufemisme dalam konteks masyarakat hari ini. Terima kasih. | Tabu: 1. sesuatu yg dilarang, pantang larang, pemali; 2. (yg) terlarang, (yg) diharamkan atau ditegah drpd dipercakapkan dsb: apakah ini suatu isu ~ yg tidak diperbincangkan? Eufemisme: (éufémisme) ungkapan yg lebih lembut (sopan, manis, dsb) utk menggantikan ungkapan yg dianggap kasar, mis buang air kecil utk kencing. Untuk persoalan lanjut mengenai kajian kedua-dua kata ini sila rujuk artikel, buku atau majalah yang berkaitan. Tiada entri dijumpai Cadangan dari Kamus BI-BM: euphemism eulogise defense eugenics defensive elegise euphemistic extremism feudalism peacetime surmise uterine utilise edgewise eulogist eulogize lifetime defeatism defective effective eufemismekata nama euphemism(Inggeris-Melayu) eufemisme Huraian: Ungkapan yang lebih halus dan manis digunakan untuk menggantikan ungkapan yang dianggap kasar dan tidak menyenangkan. (SAS) Bidang: DIDIK, SAS, PUISI Istilah lama: kias halus, ungkapan halus | Lain-lain | 20.07.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata didik |
|
|