Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pilihan mana yang betul? 1. Jam berbunyi berdetik. 2. Jam berbunyi berdetik-detik. 3. Jam berbunyi detik. | Saudari Succy, Jawapan yang tepat ialah jam berdetik atau jam di dinding berdetik. Penggunaan perkataan 'berbunyi' dalam frasa yang disertakan tidak perlu. Hal ini kerana, berdetik sudah membawa maksud 'berbunyi' | Makna | 20.09.2012 |
one day countdown labour day | Penyiaran detik satu hari ke Hari Buruh | Istilah | 02.03.2011 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, seperti pada halaman 346,pada kata nama 'detik' yg berimbuhan 'terdetikkan', penggunaan ejaan seperti nama-nama syurga dimulakan dengan huruf kapital. Adakah penggunaan khusus bagi nama-nama syurga dan neraka itu menggunakan kapital pada pangkalnya? | Nama-nama syurga dan neraka tergolong dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. | Tatabahasa | 02.06.2008 |
Saya hendak mencari buku.Tajuk buku-buku yang hendak saya cari itu ialah Detik Sejarah Rundingan Baling(Wan Hamzah Awang 1985),Pentadbiran Tentera Jepun dan Thailand di Terengganu 1942-1945(Abdullah Zakaria 1996),Perang Gerila Force 136(Dr.Wan Hashim Haji Wan Teh) dan Darurat di Terengganu1948-1960(Osman Mamat).Tolong bagi cadangan di mana saya boleh dapatkan buku-buku ini.Terima Kasih. | Terima kasih atas soalan anda. Anda boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan (ahli perpustakaan). Buku tersebut ada di lokasi pinjaman. Saudara boleh datang untuk membuat rujukan dan pinjaman bahan di Pusta Dokumentasi Melayu. | Lain-lain | 05.08.2010 |
Adakah penggandaan boleh digunakan dua kali dalam satu ayat? Contohnya"Jam di dinding berdetik-detik pada tiap-tiap minit." | Lazimnya gandaan sebagai penanda jamak hanya sekali dalam satu ayat. Penggunaan lebih daripada sekali menjadikan ayat tersebut lewah atau berlebih-lebihan. | Tatabahasa | 12.04.2012 |
1. menurut tuan segala penamaan mesti diikuti dengan kata nama, mengapakah jawapan yang tuan bagi saya hari itu pula diikuti dengan kata kerja spt: pertandingan bercerita, memasak, mendeklasikan sajak dan mewarna. bukan semua perkataan tersebut kata kerja? bolehkah tuan terangkan dengan lebih lanjut kerana saya masih keliru. 2. jam randek /randik. dalam kamus dewan menunjukkan randek tetapi dalam contoh yang diberi pula tulis jam randik. apabila saya mencari perkataan ransik pula langsung tidak ada perkataan ini dalam kamus mengapa? 3. dalam kamus dewan saya jumpa perkataan 'jawapan' dan 'jawaban', manakah satu yang diterima di sekolah ? 4. menurut salah seorang munsyi dewan yang mengatakan bahawa 'para tetamu' salah, yang betul sepatutnya 'para tamu' kerana 'tetamu' merupakan yang bermaksud jamak. tuan pula kata 'para tetmau' boleh diterima maka sya rasa peninglah. saya kena pasti jika tidak saya tidak dapat mengajar anak murid saya dengan betul. mereka kena jawab soalan bahagian pilih ayat betul. bolehkah tuan menerangkan kesemua kemusykilan saya. sekian terima kasih. | 1. Penamaan sesuatu aktiviti dibolehkan dalam bentuk kata nama atau kata kerja. Contohnya; dalam bentuk kata nama - pertandingan nyanyian dan pertandingan deklamasi sajak, dalam bentuk kata kerja pertandingan bercerita dan pertandingan memasak. 2. Ejaan yang betul dalam bahasa Melayu ialah jam randik (lihat di bawah entri jam) iaitu jam untuk mengukur dgn detik. Manakala jam randek digunakan dalam bahasa Melayu di Jakarta yang sama maknanya dengan jam randik. 3. Perkataan jawapan dan jawaban kedua-duanya betul iaitu kata terbitan bagi perkataan jawab. 4. Dalam kamus Dewan, tetamu ialah orang yang diundang (dijemput) untuk menghadiri jamuan dan lain-lain, atau disebut juga sebagai orang jemputan, jamu dan tamu. | Tatabahasa | 13.02.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata detik |
|
|