Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Selamat pagi. Adakah baris dan deret itu membawa maksud yang sama? "Paku itu dipasang dalam bentuk sembilan baris melintang dan sembilan baris menegak", adakah penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" betul dalam konteks ini? Terima kasih. | Baris bermaksud banjar atau deret yang merupakan garis lurus (pokok, huruf, dan lain-lain). Deret ialah baris yang panjang atau jajar. Oleh yang demikian, baris dan deret membawa maksud yang sama. Penggunaan "baris melintang" dan "baris menegak" dalam konteks ini betul. | Lain-lain | 21.01.2021 |
Adakah perkataa guli-gundu wujud dalam kosa kata BM? Dan bolehkah berderet-deret digunakan sebagai penjodoh bilangan untuk sebaris kereta? | Perkataan guli dan gundi wujud dalam kosa kata bahasa Melayu, tetapi tidak wujud kata ganda berentak guli-gundu kerana gundi juga merujuk kepada guli. Kata berderet-deret ialah kata kerja bukannya penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 13.03.2014 |
1. Ali mencucuhkan tungku dapur gas itu,Ali menyalakan tungku gas itu. Ayat manakah yang betul? 2. Aini menjirus lantai dengan air,Aini menyiram lantai dengan air.Ayat manakah yang betul? 3. Apakah perbezaan antara mengintai dengan mengintip? 4. Apakah perbezaan antara deret dengan baris? 5. Seekor bangkai itik. Adakah seekor sesuai untuk dijadikan penjodoh bilangan kepada bangkai binatang? 6. Perutusan Hari Guru dibaca oleh Cikgu Jamal di sekolah,Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal. Ayat manakah yang betul? Terima kasih. | 1. Ayat yang betul ialah Ali mencucuh dapur gas itu. 2. Kedua-dua ayat dikemukakan betul, cuma lewah kerana aspek makna bagi kata menjirus dan menyiram sememangnya dengan air. 3. Kata mengintai dan mengintip sama maksud. Kata deret dan baris mempunyai aspek persamaan makna. Sila rujuk Kamus Dewan untuk membandingkan aspek persamaan dan perbezaan makna kata. 4. Tidak perlu penjodoh bilangan seekor untuk binatang yang telah mati. 5. Ayat yang lebih gramatis ialah Perutusan Hari Guru di sekolah dibaca oleh Cikgu Jamal. | Tatabahasa | 23.11.2014 |
Saya jumpa perkataan "berjalan berjajar-jajartetapi saya tidak dapt jumpai kata terbitan [ber+jajar-jajar] dibawah entri [jajar] Kamus Dewan 4. Adakah berjajar-jajar itu kata terbitan yang sah? | Mengikut Kamus Dewan Edisi ke-4, jajar bermaksud banjar, baris, deret; sejajar. Berjajar-jajar pula merupakan kata ganda daripada perkataan tersebut dan boleh digunakan. | Istilah | 01.07.2015 |
Adakah pilihan jawapan bagi ayat yang diberikan ini betul? Kalau betul, yang mana satu jawapan yang sesuai? Sejak petang lagi, orang ramai sudah _________ ke Dataran Merdeka untuk menyaksikan pertunjukan bunga api. A. Bergegas-gegas B. beratus-ratus C. Berduyun-duyun D. Berderet-deret | Jawapan yang betul ialah berduyun-duyun. | Tatabahasa | 25.07.2013 |