Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya nama Mareenee belajar bahasa Melayu Dasar,ingin bertanya tentang tata bahasa Melayu,apakah maksud kata depan itu,terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk keterangan lebih lanjut. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
apakah penterjemahan " dual frontage shop" dalam BM selain kedai dwi buka depan atau kedai buka depan berkembar? | Toko dwi buka depan atau Toko buka depan berkembar. | Lain-lain | 14.11.2008 |
Saya Somsak Senkonam Sedang Belajar di pusat Bahasa Melayu Dasar. Universisti Pattani, ingin Bertanya DBP;apakah kata depanyang terdapat d iDBP yang Berhubungan dengan Wilayah SATUN.Thailand.Terima kasih. | Kata depan berfungsi dalam frasa preposisi, yakni frasa yang unsur pertamanya ialah kata depan, sedangkan unsur berikutnya boleh terdiri daripada kata sempurna. Kata depan boleh dibahagikan pula kepada beberapa golongan kecil berdasarkan jenis adverb yang mendukungnya. Subgolongan kata depan seperti yang berikut, a. kata depan tempat b. kata depan arah c. kata depan waktu d. kata depan perhinggaan e. kata depan penyertaan f. kata depan alat g. kata depan gaya h. kata depan manfaat I. kata depan agentif j. kata depan ligature dan pengantar judul k. kata depan kiasan l. kata depan penafian m. kata depan pengecualian Puan boleh merujuk buku Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima, Asmah Haji Omar untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
apakah beza antara depan dengan hadapan? masa depan atau hadapan? apakah beza antara dahulu dengan dulu? | Yang baku ialah masa hadapan dan dahulu. Walau bagaimanapun masa depan dan dulu boleh digunakan mengikut konteks ayat. | Tatabahasa | 27.07.2010 |
apakah maksud head on,dan isolate | Head on bermaksud depan sama depan. Isolate bermaksud mengasingkan atau terasing bergantung pada konteks penggunaan dalam ayat. Rujuk Kamus Inggeris Melayu Dewan. | Makna | 24.07.2008 |
Assalamualaikum, penggunaan perkataan hadapan dan depan. Masa hadapan atau masa depan? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu masa depan dan masa hadapan adalah betul dan boleh digunakan. | Makna | 20.05.2012 |
Salam Tuan, Apakah perbezaan penggunaan "depan" dengan "hadapan". Contohny, penggunaan yang mana satu betul, "masa depan" atau "masa hadapan"? Sekian, terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." | a) "Saya tahu Datuk berpangkat besar, tetapi Datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk Datuk yang bergelar. b) "Saya tahu datuk berpangkat besar, tetapi datuk fikirlah tentang masa depan Hanna." - untuk panggilan seperti datuk, nenek dan sebagainya. | Ejaan | 31.10.2011 |
Selamat pagi. Sila beri nasihat sama ada cadangan tema " Kenangan Masa Lampau ~ Pandangan Masa depan " sesuai. Terima kasih. | Kenangan Masa Lampau - Pandangan Masa Depan boleh digunakan, atau Saudara juga boleh gunakan Kenangan Masa Lampau - Harapan Masa Depan. | Lain-lain | 10.11.2006 |
APAKAH MASA DEPAN PELAJAR SEPERTI SAYA YANG MENGAMBIL STPM UNTUK MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU? | Sdr. boleh melanjutkan pelajaran sdr. ke peringkat paling tinggi dan seterusnya memberikan sumbangan dalam bentuk tenaga, fikiran dan kerjasama kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh mana-mana agensi atau badan awam mahupun swasta untuk terus memartabatkan bahasa Melayu bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. | Lain-lain | 19.04.2008 |