Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hampir retak lantai kayu itu dek hentakan Arif. betulkah struktur ayat ini dan penggunaan "dek"? | Penggunaan perkataan dek dalam ayat betul. | Tatabahasa | 04.07.2013 |
assalamualaikum, saya ingin bertanya samada penggunaan 'dek' dibolehkan dalam penulisan sesebuah karangan. seperti yang kita ketahui, dek berfungsi sebagai kata tugas. | Dek ialah kata tugas dan bersinonim dengan oleh kerana, sebab, lantaran. | Tatabahasa | 28.05.2010 |
Tuan/Puan, Mohon cadangan penterjemaahan yang sesuai untuk 'observation deck' dalam bahasa Malaysia; dek tinjauan atau tingkat pemerhatian? Terima kasih | Untuk makluman, tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "observation deck". Walau bagaimanapun, terdapat istilah "observation platform" yang padanan bahasa Melayunya ialah pelantar tinjau. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "observation deck' ialah dek tinjau atau dek pemerhatian. | Istilah | 27.02.2013 |
Apakah beza antara apabila dan kerana. | Tuan, Apabila: kata penghubung ayat yg bererti pd ketika; semasa: ~ sampai di rumah, barulah ia membuka bungkusan itu. Kerana: merupakan kata tugas; sinonim dengan lantaran, oleh sebab, sebab, fasal, dek">dek, demi, akibat, bahawa, untuk, tujuan, maksud, bahana, tegal, baktan, saking, asal mula., | Istilah | 22.08.2011 |
1. Adakah ayat ni betul 'ke hentian bas'? 2. Adakah ayat in betul ' Selesai memandikan arwah saya pandang jam.' 3.Dapat di terimakah perkataan 'Dek kerana itu' 4. adalah perkataan ini betul ' titianSiratul Mustaqim'? | 1. Ayat itu betul. 2. Ayat tersebut tidak gramatis. 3. Dek bermaksud kerana, frasa deka kerana itu tidak gramatis penggunaannya. 4. Frasa 'siratal mustakim' bermaksud jalan yang lurus, penggunaannya harus sesuai dengan konteks maknanya. | Tatabahasa | 20.03.2012 |
Tidak tahu diuntung atau Tidak tahu dek untung? | Tidak tahu diuntung, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=diuntung untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 26.03.2012 |
Walaupun Marlia berasal daripada keluarga yang kaya tetapi dia tidak bersikap sombong kerana kekayaan keluarganya itu. munsyi, apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk menggantikan kerana? TK | Perkataan kerana boleh digantikan dengan perkataan dek atau oleh dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Saya ingin membuka sebuah restoran dan ingin menamakannya 'SS Banana Cafe'. Selepas mendaftar di SSM saya diminta untuk ke DBP. Setelah menghantar borang saya terima satu pembetulan iaitu perkataan 'Cafe' perlu ditukarkan kepada 'Kafe'. Setahu saya Kafe adalah perkataan bahasa Malaysia, dan bila ia digabungkan 'Banana' dan 'Kafe' ia seperti bahasa rojak. Saya sangat kecewa kerana ia perlu ditukarkan. Jadi masalah saya sekarang, adakah penggunaan huruf C itu salah dan perlu ditukarkan kepada K dek kerana kemunduran saya dalam bahasa Inggeris pada nama restoran itu. Terima Kasih. | Jika perniagaan saudara telah didaftarkan di SSM sebagai SS Banana Cafe, tidak ada lagi pembetulan yang boleh dibuat. Namun apabila saudara memohon lesen iklan dengan pihak berkuasa tempatan, keterangan aktiviti - KAFE (di bahagian atas) dan di bahagian bawahnya nama perniagaan - SS Banana Cafe. Tidak timbul isu bahasa rojak di sini kerana kata Cafe diberi padanan Kafe dalam bahasa Melayu. | Istilah | 01.02.2012 |
Apakah berbezaan antara akronim dan singkatan? adakah kedua duanya membawa maksud yang seerti atau kedua duanya mempunyai fungsi yang berlainan. melalui pembacaan, saya dapati maksud kedua dua akronim dan singkatan adalah hampir sama. harap pihak tuan dapat memberikan saya penerangan lanjut berkaitan hal ini. sekian terima kasih ana | Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). Singkatan pula merupakan perkataan tertentu yang disingkatkan sewaktu menulisnya dan hendaklah berhati-hati supaya tidak mengelirukan makna. Contohnya KSU (Ketua Setiausaha), cm (sentimeter), kg (kilogram), KL (Kuala Lumpur), Nov. (November), bil. (bilangan), dgn. (dengan), dll. (dan lain-lain). | Tatabahasa | 26.04.2010 |
Salam Adakah frasa 'nama korporat' wujud ? Sebagai sebuah sekolah , saya ingin memendekkan nama sekolah saya. Contoh SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT JALIL KUALA LUMPUR kepada SEBIJAK. adakah SEBIJAK itu 'nama korporat'? Atau apakah istilah yang sesuai bagi memendekkan nama? Malay College Kuala Kangaar MCKK. Adakah MCKK itu nama korporat? ATAU sekolah Menengah Kebangsaan Ampang Pecah, KKB, SEMEKAP itu nama korporat ? Terimakasih | Nama korporat ialah nama yang biasa dikenali bagi sesebuah badan korporat. Untuk lebih memudahkan sesebuah oranisasi, akronim lazimnya digunakan seperti MARA, LHDN, MCKK dan banyak lagi. Akronim terbentuk dengan menggabungkan huruf awal suku kata atau gabungan huruf awal dan suku kata daripada satu rangkai kata dan ditulis serta dilafazkan seperti kata yang wajar. Contohnya ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri), Perhilitan (Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara), cerpen (cerita pendek), purata (pukul rata). | Tatabahasa | 07.07.2013 |