Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya kesahihan maksud perkataan di bawah yang asalnya dipinjam dari bahasa Sanskrit: 1- Patik = anak anjing 2- Duli Yang Maha Mulia = Debu Pada Kaki Raja Yang Mulia 3- Suami = Tuhan 4- Paduka = Sepatu/Kasut 5- Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia = Ke Bawah Debu di Kaki Yang Maha Mulia. Pada pandangan saya, istilah ini tidak harus digunakan lagi kerana menggambarkan sistem penghambaan masih diamalkan apabila berbicara dengan golongan Raja??(Raja juga orang biasa bukan..) | Untuk mendapatkan makna yang betul bagi perkataan tersebut saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Kami mengucapkan terima kasih atas pandangan saudara tentang makna perkataan berkenaan. | Lain-lain | 10.12.2008 |
ASSALAMULAIKUM SY PLAJAR KOLEJ MARA DAN SAYA PERLU MENGKAJI NOVEL SASTERA....SY MEMILIH NOVEL HUJAN DEBU OLEH ROSMINI SHAARI...DISINI,SY NAK TAHU LEBIH DETAIL ABOUT ROSMINI SHAARI...HARAP PIHAK DBP DAPAT MENYEDIAKAN MAKLUMAT TENTANG ROSMINI SHAARI....TERIMA KASIH | Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, Kuala Lumpur untuk mendapat fail tentang pengarang tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Apakah maksud 'mengirai', 'mengirah', dan 'mengikir'? | Mengirai/mengiraikan bermaksud mengibas-ngibas dengan keras(supaya hilang debu), mengirapkan,mengepak-ngepak atau mengoyang-goyangkan sayap. Mengirah bermaksud membuang atau mencurahkan(air,minuman dll.). Mengikir bermaksud melicinkan(mengikis dll. dengan kikir. Untuk mendapatkan makna perkataan saudara boleh merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 08.04.2008 |
apakah perbezaan dari segi penggunaan perkataan serdak dgn serbuk | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, serdak ialah debu halus (yg melekat pd barang-barang di rumah dll), habuk, manakala serbuk ialah benda yg berbutir-butir dan halus (spt tepung, kopi, teh, dll), bubuk: ia mengibas-ngibas ~ kopi yg tertumpah di atas tikar; kena ~ termakan ubat guna-guna (dlm makanan); ~ besi habuk drpd besi yg telah digergaji dll; ~ bunga Id debunga; ~ gergaji habuk yg diperoleh ketika menggergaji papan dll, tahi gergaji; ~ letupan campuran serbuk sulfur, arang kayu, garam kalium, dll, yg menghasilkan letupan kuat apabila dinyalakan; ~ peluntur campuran garam kalsium (spt kalsium hipoklorit, kalsium klorida, kalsium hidroksida, dll) yg digunakan utk melunturkan bahan dan membuat ubat pembasmi kuman; ~ penaik campuran natrium bikarbonat dgn bahan lain (lazimnya asid tartarik) yg digunakan utk membuat roti dan kuih; ~ ubat ubat dlm bentuk serbuk;. | Istilah | 09.06.2009 |
Jika `sampah sarap` ialah kata ganda, mengapakah kata ganda itu tiada sempang (-) ? | Sampah sarap ialah kata majmuk, bukan kata ganda kerana sarap telah diberi makna tersendiri. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, sarap membawa makna sampah (daun-daun kering, debu, dll). Harap maklum. | Tatabahasa | 27.10.2007 |
1)Bagi perkataan "mite dust", apakah terjemahan Bahasa Melayu yang tepat menurut Dewan Bahasa dan Pustaka? 2) Berdasarkan jawapan dalam soalan (1), apakah alasan/sebab bagi jawapan itu? | Perkataan mite dust tidak ada dalam pangkalan data kami. Istilah mite diterjemahkan kepada hama atau tungau, manakala dust diterjemahkan kepada debu. Berdasarkan pembentukan kata perkataan mite dust boleh diterjemahkan kepada debu hama/tungau. Walau bagaimanapun terjemahan ini bergantung pada konteks penggunaannya. | Istilah | 21.09.2012 |
Ingin tanya tentang biodata pengarang novel kanak-kanak iaitu Haniza Hashim. | Saudara boleh merujuk senarai buku Haniza Hashim untuk mendapat maklumat biodata beliau. Terima kasih Izinkan kusentuh hatimu | | Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) | 1995 |
Sayonara Tuk Malim | Haniza Hashim | Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. | 1998 |
| Lain-lain | 29.04.2008 |