Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya. 2)Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumah Mohan. Ayat di atas yang mana satu tepat dan betul?Mengapa? | Ayat yang betul ialah "Mohan mengundang Ai Ling dan Beego datang ke rumahnya." Fungsi 'nya' ialah sebagai kata pembenda dan penekan selain bertindak sebagai kata ganti nama diri ketiga. Menerusi ayat tersebut, seharusnya diletakkan 'nya'. Hal ini demikian kerana, penggunaan 'nya' di dalam ayat tersebut merujuk kepada kata ganti nama ganti orang ketiga. | Tatabahasa | 30.07.2013 |
TATACARA PENGESAHAN BAHASA DALAM IKLAN | DATANG KE DBP ATAU FAKS VISUAL IKLAN KE DBP | Lain-lain | 26.10.2010 |
"silalah datang ke teratak hamba yang tidak seberapa ini,"kata Dang Anum kepada Dang Setia. tuan, saya tidak faham apakah kesalahan dalam ayat ini. tq | Ini ialah kata penunjuk untuk benda (tempat dan waktu) yang dekat. Jika ayat ini diubah menjadi selalah masuk ke teratak hamba yang tidak seberapa ini ..., ayat ini betul. | Tatabahasa | 20.09.2011 |
Betulkah penggunaan "demi" di bawah: 1. Saya datang ke sini demi mencari Abu Jahal, musuh Allah dan rasul-Nya. | Penggunaan perkataan "demi" dalam ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 22.04.2013 |
Salam sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul? 1. Dia senyum sahaja apabila disapa. 2. Juruacara itu selit ke dalam penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan / diakhiri dengan keputusan seri. 8. Simpul tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami sukacita dapat melancong ke luar negara secara percuma. Terima kasih. | Berikut ayat-ayat yang telah dipinda. 1. Dia tersenyum apabila disapa. 2. Juruacara itu menyelit bersama-sama penonton di bawah pentas. 3. Selitkan surat ini di bawah pintu. 4. Rakyat jelata datang mengangkat sembah kepada raja. 5. Baju ini sepadan dengan saiz badannya. 6. Mereka sepakat dengan saya. 7. Pertandingan semalam berakhir dengan keputusan seri. 8. Simpulan tali itu telah longgar. 9. Tembakan itu sipi. 10. Kami gembira kerana dapat melancong ke luar negara secara percuma. | Tatabahasa | 13.03.2013 |
Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis? | Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih. | Makna | 30.11.2009 |
Assalamualaikum. Mohon pengesahan DBP: Papan tanda motosikal: "Sila letakkan motosikal secara bertongkat dua." Papan tanda pintu utama : "Selamat datang ke ILIM. Anda berada di dalam kawasan amalan 5'S. Sila patuhi arahan yang ditetapkan." Terima kasih diucapkan. Wassalam. | 1. "Sila letakkan motosikal menggunakan tongkat dua" atau "sila letakkan motosikal dengan tongkat dua". 2. Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 15.03.2013 |
Boleh ke saya baca isi kandungan yang terkandung dalam buku Malaysia kita dalam medan ini. Terima kasih. | Maaf saudara, DBP tidak menyediakan perkhidmatan tersebut tetapi saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP dan mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan dengan kadar bayaran sebanyak RM20.00 selama setahun. Dan saudara boleh menggunakan kemudahan KAWAT DBP untuk mencari bahan yang diperlukan. Waktu operasi Pusat Dokumentasi Melayu ialah dari hari Isnin hingga Jumaat mulai pukul 8.45 - 4.45 petang. Kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengahari mulai pukul 12.15 hingga 2.45 petang. | Lain-lain | 19.02.2009 |
Fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada'? Mengapakan kata sendi nama 'pada' untuk menggantikan kata sendi nama 'ke' tidak boleh digunakan bagi ayat berikut: Selamat datang ke majlis perkahwinanan kakak saya . | Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, manakala kata sendi nama" ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh itu dalam contoh ayat yang diberikan kata sendi nama yang betul ialah "ke" kerana ia menunjukkan tempat atau arah yang dituju dan bukannya menunjukkan keterangan waktu atau tempat. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 266 dan 274 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 27.01.2010 |
Apakah maksud perbezaan antara perkataan 'baru' dan 'baharu'? Sila berikan fungsi kata sendi nama 'ke' dan 'pada' mengapakah kata sendi nama 'pada' tidak boleh digunakan kepada ayat berikut: Sila datang ke perkahwinan kakak saya. | Kata baharu atau baru digunakan dalam konteks rumah baharu, kasut baharu, tahun baharu dsb. Mengikut Kamus Dewan Edisi 4, hal. 131 bermaksud belum ada sebelumnya,belum lama wujud.Padanan bahasa Inggerisnya ialah new. Kata baru digunakan dalam konteks baru datang, baru kelihatan, baru sedar, baru-baru ini dsb. Padanan bahasa Inggerisnya ialah just. Manakala sendi nama 'ke' digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan tempat, arah atau masa dan ditulis terpisah contoh ke dalam sungai, ke tepi. Pada pula kata nama arah yg menunjukkan tempat atau diri seseorang: Buku itu masih ada ~ saya. 2 kata sendi nama yg digunakan utk menunjukkan waktu atau utk menunjukkan kata nama abstrak dlm pembentukan frasa atau ayat: ~ masa ini; ~ pendapatnya, perkara itu mudah saja. dlm ~ itu sementara itu; dlm hal itu. 3 kata sendi nama utk menunjukkan tempat yg terhad: Terdapat tahi lalat ~ pipinya. | Tatabahasa | 01.02.2010 |