Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara kosong dan sifa ? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, kosong bermaksud 1. tidak berisi apa-apa: cawan ~; tin ~; 2. tidak padat, berongga di dalamnya (bkn batu, kayu, dll): buluh ~ dalamnya; 3. sifar (bkn nombor): utk memanggil operator telefon, pusinglah nombor ~; 4. ki tidak ada yg mendiaminya (mengisinya, memenuhinya, dll), tidak bertulis apa-apa (bkn kertas dll), tidak mengandungi perkara penting (bkn percakapan, tulisan, dll); jawatan (kerja) ~ jawatan (kerja) yg tidak dipenuhi (dijawat) lagi; kertas ~ kertas yg tidak bertulis (bercap dsb); omong (cakap) ~ percakapan yg bukan-bukan (tidak ada buah butir yg penting); 5. ki tidak dapat merasa sesuatu perasaan (spt keseronokan, kebahagiaan, dsb); ~ melompong kosong sama sekali; air ~ air minuman sahaja (tidak disertai kuih-kuih); teh ~ teh tidak bergula dan tidak bersusu; manakala sifar pula ialah (angka) kosong. | Istilah | 21.10.2009 |
Tuan, tolong jelaskan perbezaan antara merasa dan berasa?keadaan bilakah diperlukan untuk menyebut perkataan merasa dan bilakah pula keadaan untuk menyebut perkataan berasa?Saya keliru dengan perkataan ini dan tidak dapat membezakan situasi penggunaannya. | Berasa dan merasa, kedua-dua perkataan tersebut terbitan daripada kata rasa dan maknanya keduanya hampir sama (merujuk Kamus Dewan). Dari segi amalannya perkataan berasa biasanya dikaitkan dengan perasaan/rasa hati), manakala merasa dikaitkan dengan perbuatan menikmati/mencuba sesuatu dengan lidah umpamanya. | Tatabahasa | 10.01.2012 |
Harap Tuan/Puan dapat memberi penjelasan untuk soalan soalan berikut. 1. Apakah imbuhan awalan bagi perkataan RASA? 2. Betulkah perkataan BERASA tidak mempunyai kata dasar? 3. Salahkah jika perkataan RASA jika diberi imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai BERASA? 4. Salahkah jika perkataan JUMPA bila diberu imbuhan awalan, boleh ditulis sebagai MENJUMPA? 5. Bolehkah sesuatu kata dasar diberi lebih daripada satu imbuhan awalan? ( sebagai contoh, saya berpendapat bahawa perkataan MAIN boleh diberi dua imbuhan awalan iaitu BERMAIN dan PEMAIN) Penjelasan lanjut Tuan/Puan tentang imbuhan awalan amat dihargai. Terima kasih. | 1. Kata dasar RASA boleh menghasilkan kata terbitan antaranya berasa (bermaksud mendapat rasa di bahagian-bahagian badan) dan merasa (bermaksud mengalami rasa dengan lidah. Rujuk Kamus Dewan, halaman 1290. 2. Kata menjumpa tidak ada dalam penggunaan bahasa Melayu, yang ada ialah berjumpa dan menjumpai. 3. Setiap kata dasar boleh ada lebih daripada satu kata terbitan/awalan yang sesuai maknanya. Perbuatan bermain dan kata pemain (orang yang bermain) kedua-duanya ada dan membawa maksud yang tidak bersamaan sama sekali. Rujuk Kamus Dewan, halaman 976. | Tatabahasa | 01.09.2010 |
Bolehkah anda terangkan maksud maksud pantun-pantun berikut? Petang hari pergi ke pekan, Pulang membawa sebungkus laksa; Hidup muhibah perlu diamalkan, Di negara Malaysia berbilang bangsa. Cantik bergugus buah papaya, Masak dipetik satu per satu; Walaupun berlainan bangsa budaya, Kerana muhibah hidup bersatu. Air mengalir dalam terusan, Mengairi sawah beratus relung; Bekerjasama segala urusan, Tanda bersatu bergotong-royong. Tuan Puteri dari kayangan, Senyuman manis seperti madu; Bermacam keturunan bukan halangan, Untuk membina bangsa yang padu. Enak nian air kelapa, Penawar sakit mujarab sekali; Kebudayaan asal tidak dilupa, Kebudayaan nasional mereka banggai. | Untuk makluman saudara, kelima-lima rangkap pantun yang diajukan secara umumnya membawa persoalan tentang semangat muhibah yang perlu diamalkan oleh rakyat Malaysia. Muhibah yang bermaksud hubungan mesra pelbagai kaum dapat diwujudkan dengan perbagai cara, antaranya melalui aktiviti bergotong-royong, bersukan dan menghadiri perayaan-perayaan kaum di Malaysia. Semangat setia kawan , persefahaman dan kerjasama akan terbentuk melalui aktiviti tersebut dan secara tidak langsung perpaduan kaum juga akan dapat dicapai. Disamping itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah saling hormati menghormati pelbagai budaya dari pelbagai kaum yang ada di negara ini disamping merasa bangga dengan kebudayaan nasional. Walau bagaimanapun memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum ini adalah penting untuk pembangunan negara. Sekian. | Lain-lain | 13.12.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata dapat merasa |
|
|