Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Penggunaan kata terbitan "berleluasa" dalam konteks 'gejala sosial kian berleluasa dalam kalangan masyarakat kita'? Hal ini demikian kerana dalam Kamus Dewan 'berleluasa' bermakna berlaku sewenang-wenang atau sesuka hati. Adakah 'berleluasa' dalam tersebut dapat diterima? | Kata "berleluasa" dalam konteks ayat yang dinyatakan dalam ayat tersebut dapat diterima. | Makna | 10.07.2008 |
saya ingin bertanya adakah perkataan ketidakamanan dapat diterima pakai dalam bahasa melayu.tq | Kata 'ketidakamanan' tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Oleh itu, kata ini tidak digunakan dalam bahasa Melayu. | Tatabahasa | 16.06.2009 |
Apakah maksud dogma dan berikan contoh ayat? | Dogma ialah kepercayaan atau sistem kepercayaan (agama,dll) yang dianggap benar dan seharusnya dapat diterima oleh orang ramai tanpa sebarang pertikaian. | Makna | 22.07.2008 |
istilah pesona nan grata | Pesona non grata (Latin) orang yg tidak dapat diterima oleh sesebuah negara selama-lamanya setelah didapati bersalah melakukan kesalahan (jenayah) yg tidak dapat dimaafkan (berat) semasa dia berada di negara tersebut. | Makna | 03.11.2008 |
Mohon dapat meberikan terjemahan istilah dalam bidang IT berikut dalam Bahasa Melayu : "RSS Feeds", saya telah cadangkan "pengisian RSS" tapi tidak dapat diterima oleh rakan saya. Saya telah pun semak dalam kamus DBP tetapi jawapannya tidak seperti yang dikehendaki, sekian terima kasih. | Berdasarkan sumber rujukan kami, belum ada lagi padanan bagi istilah RSS Feeds, walau bagaimanapun dalam bidang komputer padanan feed ialah suapan. Oleh itu, kami mencadangkan Suapan RSS bagi istilah RSS Feeds. | Istilah | 10.11.2010 |
Kenapa nilai bahasa dalam kalangan masyarakat agak rendah? Misalnya sikap tidak apa terhadap 'bahasa rojak' dan penggunaan bangsa lain (tidak bahasa Melayu) dalam perhubungan dalam negara. Sedangkan jika guna bahasa carut tidak dapat diterima pula nilai itu. Apakah ini memerlukan penerapan semula nilai bahasa dalam masyarakat kita agar pegangan nilai sebenar bahasa memberi daya bahasa yang baharu kepada kita dan negara? | Antara sebab nilai bahasa dalam kalangan masyarakat agak rendah adalah kerana sikap sebahagian masyarakat yang masih mempercayai bahawa bahasa Melayu tidak ada nilai ekonomi. Saudara boleh merujuk isu-isu bahasa Melayu dalam majalah, seminar dan akhbar-akhbar tempatan. | Lain-lain | 08.11.2007 |
Merujuk jawapan kepada soalan saya yang lepas tentang ketepatan perkataan mencolok mata dan menjolok mata, mengapakan perkataan menjolok mata tidak dapat diterima kerana menurut carian dalam http://sbmb.dbp.gov.my/knb/cariankata/ka_rujukan_kamus_dbp.aspx?KataKunci=menjolok%20mata&Type=1, maksudnya ialah a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb).? Bukankah maksudnya sama? Persoalan ini timbul kerana dalam ujian sekolah anak mereka telah diberi soalan untuk memilih di anatara menjolok mata dan mencolok mata. Kekeliruan timbul kerana carian dalam kamus memberikan maksud yang sama kepada kedua-dua perkataan tersebut. Bagaimanakah hal ini dapat diterangkan kepada anak-anak?? Harap dapat membantu | Menjolok mata antara maksudnya ialah memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya); manakala mencolok mata merupakan kata kiasan yang bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Kedua-dua makna tersebut boleh menjadi jawapan tetapi kita menerima pakai kata kiasan (mencolok mata) untuk menggambarkan perbuatan yang boleh menimbulkan rasa meluat kepada yang melihatnya sebagai jawapan yang paling tepat. Walau bagaimanapun dalam hal peperiksaan saudara perlu merujuk kepada pihak Kementerian Pelajaran kerana pihak Kementerian telah menyediakan skema jawapannya sendiri. | Tatabahasa | 23.03.2010 |
Ayat yang gramatis ialah "Adik/Mimi minum menggunakan straw". Binaan ayat perlu menggunakan kata kerja yang tepat dengan makna yang terkandung di dalamnya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, terbitan DBP Oleh itu, Adik/Mimi minum guna straw merupakan ayat yang tidak betul? Adik guna straw minumjuga tidak dapat diterima? Ayat ( Adik minum guna straw ) ini dijumpai di sebuah buku kerja : Belajar Menulis dan saya sendiri beranggapan ayat ( adik guna straw minum) adalah tepat. Harap mendapat penjelasan yang lebih terperinci mengenai masalah tersebut supaya dapat mengajar murid-murid dengan betul. sekian, terima kasih. | Perkataan "menggunakan" lebih tepat kerana menurut Kamus Dewan Edisi Empat, menggunakan didefinisikan sebagai mengambil faedah: dipergunakan hari mudanya untuk mencari ilmu; 2. memakai, mengerjakan (melakukan) sesuatu dengan: dia ~ kesempatan yang baik ini untuk menentang ajaran Hamzah; kereta itu dijalankan dengan ~ kuasa elektrik. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
Salam sejahtera Pertama sekali, syabas saya ucapkan pada PRPM kerana berjaya mendekati masyarakat dengan lelaman interaktifnya. Soalan saya berkenaan penggunaan perkataan 'gejala'. Menurut Kamus Dewan, gejala bermaksud sesuatu hal yg menjadi tanda akan terjadinya sesuatu, tanda-tanda akan berlakunya sesuatu, atau keadaan yg menjadi tanda-tanda penyakit. Dewasa ini kita lihat ramai yang mengggunakan frasa "gejala sosial" atau "gejala seks rambang". Perkataan 'gejala' seakan-akan membawa maksud masalah. Apa ini dapat diterima? Terima kasih. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, gejala bermaksud: tanda-tanda (akan terjadinya sesuatu), alamat atau petanda. Menurut contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan adalah gejala (petanda) yang membawa masalah. Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan). | Tatabahasa | 06.02.2009 |
tuan, 1. perkataan 'ada' dan 'mempunyai' membawa erti yang sama. bolehkah tuan menerangkan penggunaan kedua-dua perkataan tersebut dengan memberikan contoh. 2. adakah perkataan 'bergotong-royong' bukan kata kerja? mengapa? 3. adakah perkataan 'berkelah' juga bukan kata kerja. Contohnya kami berkelah di tepi pantai. ada yang mengatakan bahawa ayat tersebut tidak mempunyai kata kerja. jika begitu bagaimanakah kita hendak memasukkan kata kerja ke dalam ayat tersebut. minta tuan betulkan ayat tersebut dengan memasukkan kata kerja ke dalam ayat ini. 4. saya membina ayat berdasarkan gambar yang diberi. gambar itu menunjukkan satu pesta buku yang sesak dengan pengunjung. jika saya tulis 'kami berkunjung ke pesta buku'. adakah ayat ini membawa erti telah berkunjung dan bukan sedang berkunjung. ada orang yang mengatakan ayat ini tidak dapat diterima kerana ayat tersebut menunjukkan aktiviti yang telah berlaku dan bukan sedang berlaku seperti mana yang ditunjukkan dalam gambar. minta tuan jelaskan. jika salah apakah ayat yang betul. sekian terima kasih. | Saudara, Perkataan ada dan mempunyai sama maksudnya. Contoh, 'Saya ada seekor kucing' dan 'Saya mempunyai seekor kucing'. Dalam ayat 'saya berkelah di tepi pantai' kata 'berkelah' ialah kata kerja, manakala ayat ' Berkelah menjadi kegemaran saya' kata berkelah ini mengambil tugas kata nama dan berfungsi sebagai subjek. Ayat 'Kami berkunjung ke pesta buku' boleh digunakan dalam kedua-dua situasi sama ada sedang berkunjung atau telah berkunjung. Bagi makna yang lebih jelas untuk menunjukkan sama ada sedang berlaku atau telah berlaku maka perkataan 'sedang' dan 'telah' digunakan bagi mengelakkan kekeliruan. | Tatabahasa | 28.11.2009 |