Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
penggunaan boleh/dapat yang betul. 1. penggunaan alat kecantikan dapat/boleh mengakibatkan pelbagai penyakit. 2. Antaranya cara yang dapat/boleh dicuba oleh seseorang yang ingin berhenti merokok adalah... 3.Kelambu pula dapat/boleh dipasang di bilik. 4. .....,menjadi pengedar pun dapat/boleh menjadi kaya. 5.wabak yang berbahaya dapat/boleh membawa maut. 6. untuk menegathui status kad pengenalan,seseorang dapat/boleh melayari laman web.. | Saudara Azmazaira, Perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau kebenaran, manakala perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan. Jawapan bagi ayat yang di atas ialah : i. dapat ii. dapat iii. boleh iv. dapat v. dapat vi. boleh | Tatabahasa | 28.04.2010 |
'Sekiranya kita berjimat cermat, tentu kita dapat berpindah ke rumah besar semula.' Adakah 'tentu' harus diletakkan di depan 'dapat', yakni 'kita tentu dapat...'? | Kedua-dua frasa "tentu kita dapat" dan "kita tentu dapat" betul. | Tatabahasa | 21.05.2013 |
apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |
Saya mencari dalam ruangan ini makna perkataan sir untuk mengetahui lebih lanjut maksud disir. Malangnya tidak ada maksud sikat. Dalam penggunaan kami sir juga bermaksud sikat. Contoh, sikat rambut , mahupun sikat pisang. ..."cuba sir pisang tu dan bagi kat pakcik itu." Harap dapat dapat ditambah dalam entri. | Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. | Makna | 23.11.2013 |
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial. | Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan. | Istilah | 01.11.2012 |
dapat memanjang dan mengecut | Untuk makluman saudara entri kamus rujukan kami ialah perkataan bukan makna perkataan yang dikehendaki. Sila rujuk entri kamus satu per satu untuk melihat dan mendapatkan maksud yang dikehendaki. | Lain-lain | 07.04.2010 |
'Bagaimanakah anda dapat/boleh tidur nyenyak?' Dalam ayat di atas, 'dapat' atau 'boleh' harus saya gunakan? Terima kasih. | Perkataan 'dapat' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keupayaan atau kemampuan, manakala perkataan 'boleh' digunakan dalam konteks yang menunjukkan keizinan atau kebenaran. Dalam contoh ayat yang diberi penggunaan yang betul ialah dapat - 'Bagaimanakah anda dapat tidur nyenyak?' | Tatabahasa | 22.06.2010 |
Apakah perbezaan antara "boleh" dengan "dapat"? | Untuk makluman tuan, kata "boleh" dan "dapat" kedua-duanya tergolong sebagai kata bantu yang hadir sebelum frasa, yang bertugas membantu frasa kerja dan frasa sendi nama. Kata "boleh" membawa unsur keizinan atau kebenaran dan tidak menyalahi peraturan. Manakala kata dapat membawa unsur upaya. Contoh penggunaan bagi kedua-dua kata tersebut adalah seperti yang berikut: a. Kamu boleh menyertai rombongan itu kalau diizinkan penjaga. b. Permit yang diberi boleh dibatalkan. c. Malisa begitu gembira dapat melakonkan watak Puteri Hang Li Po. d. Marry masih belum dapat melelapkan matanya. Kata "dapat" sering disalahgunakan dengan "boleh". Contoh: Puisi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis (salah). Puisi dapat dibahagikan kepada beberapa jenis (betul).
| Tatabahasa | 21.11.2013 |
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'? | Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun. | Lain-lain | 05.05.2010 |
"Ubat itu dipercayai dapat memperkuaatkan sistem pertahanan badan manusia". atau "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". Ayat manakah yang betul dan mengapa ayat tersebut betul??? Apakah kesalahan tatabahasanya??? | Ayat yang betul ialah "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". - kuat ialah kata adjektif dan dapat menerima awalan memper- sahaja. | Tatabahasa | 14.01.2011 |