Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Maaf dan jika tajuk Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu dalam satu ayat, adakah tajuk Bahasa Inggeris tersebut perlu diitalikkan? Contoh: Knowledge Session: Aplikasi sunah dalam kehidupan seharian. | Sekiranya perkataan dalam bahasa Inggeris boleh diterjemahkan tidak perlu diitalikkan. Maksud session dalam bahasa Melayu ialah sidang, sesi atau penggal. Manakala knowledge bermaksud pengetahuan. Maka terjemahan yang sesuai bagi Knowledge Session ialah Sesi Pengetahuan. | Makna | 12.02.2020 |
saya ingin mendapatkan maklumat mengenai perkataan KITOSAN . Adakah perkataan ini dimuatkan didalam kamus resmi Bahasa Malaysia , dan jika ada termaktub sebagai perkataan resmi, bilakah tarikh ianya didaftarkan. | Kata Kitosan merupakan istilah dalam bidang pertanian. Walau bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan tarikh kata tersebut didaftarkan. | Istilah | 02.08.2022 |
Adakah penggunaan 'tatkala' dalam ayat ini betul? Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka lihat para sahabat bersedekah secara terbuka. Dan jika struktur ayat di atas boleh ditambah baik lagi, harap diberikan cadangan. | Ayat yang lebih gramatis ialah: Lihatlah gelagat orang munafik tatkala mereka melihat para sahabat bersedekah secara terbuka. | Tatabahasa | 31.01.2020 |
Hi. Apakah perbezaan maksud perkataan "rabung" dan "puncak"? Dan jika maksud perkataan tersebut adalah jauh berbeza. TQ. | Menurut data kami, perkataan rabung ialah 1 puncak bumbung rumah. 2 alur atau lekuk pada bahagian tepi sesuatu alat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) manakala perkataan puncak bermaksud 1 bahagian yang tertinggi pada sesuatu: ~ gunung; ~ tiang. 2 yang tertinggi (harga, jawatan dan lain-lain): Dalam masa peperangan Korea dahulu, harga getah asli telah mencapai ~nya. memuncak meningkat tinggi-tinggi; membumbung tinggi; menjadi sangat-sangat: Harga barang-barang telah ~ naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua) | Makna | 20.12.2018 |
Khairul Ashraaf RAB 11.41 PTG Assalamualaikum,.. Saya Khairul Ashraaf, saya ingin bertanya, mengenai Biasiswa Tun Syed Nasir DBP. Adakah biasiswa tersebut masih ditawarkan pada sesi pengajian tahun ini? dan jika masih ditawarkan, bagaimanakah cara untuk memohon biasiswa tersebut? | Wassalam. Untuk makluman, biasiswa tersebut tidak ditawarkan untuk tahun ini. Sekiranya terdapat apa-apa pengumuman, pihak tuan boleh mendapat maklumat melalui laman rasmi DBP. | Lain-lain | 13.09.2017 |
Selamat Pagi, saya sedang menjalankan kajian untuk menterjemah sebuah kuesioner ke Bahasa Melayu. Saya ingin bertanya jika terdapat khidmat penterjemahan ke bahasa melayu dan jika terdapat khidmat tersebut, bolehkah saya mendapat sebut harga. Terima kasih di atas perhatian tuan/puan. | Untuk makluman, DBP tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Puan boleh menghubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia melalui nombor +603-9226 2506; +603-2144 2506. | Lain-lain | 06.08.2019 |
Salam sejahtera, saya ingin bertanya adakah terdapat kesalahan tatabahasa pada ayat-ayat berikut dan jika ada apakah kesalahannya? Mohon beri pencerahan. Terima kasih. 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak tiga setengah ringgit untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam, " kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. 5. Beribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. | 1. Sekawan pengganas telah berjaya ditumpaskan oleh pihak tentera dalam kejadian tembak-menembak pada pagi kelmarin. 2. Ketua tingkatan meminta semua murid di dalam Kelas Satu Harmoni membayar sebanyak RM3.50 untuk fail yang dibekalkan oleh guru kelas mereka. – Kelas merupakan bentuk fizikal yang boleh dilihat ruangnya, maka penggunaan yang betul ialah frasa di dalam. 3. "Saya bertemu Cikgu Ruslan di kedai buku itu semalam," kata Johari kepada rakan baiknya. 4. Pemaju perumahan itu bankrap sehingga menyebabkan projek perumahan itu tergendala selama lima setengah tahun. - Sehingga dalam ayat tersebut bermaksud sampai menjadi, iaitu sesuatu berlaku dan mengakibatkan sesuatu yang lain. 5. Beribu-ribu orang penyokong Kelab Pemuda Kedah membanjiri stadium itu untuk menyaksikan pertandingan bola sepak antara pasukan Kedah dengan pasukan Perlis yang berlangsung pada malam semalam. – Penggunaan beribu-ribu betul kerana menunjukkan beberapa ribu atau banyak ribu. Manakala perkataan beribu merujuk kepada mempunyai ibu atau menanggap sebagai ibu. | Tatabahasa | 11.11.2020 |
Saya sering menemukan istilah peknga dalam internet yang merujuk kepada lempeng kelapa (nyiur) yang dikatakan berasal daripada dialek utara. Adakah DBP merakam istilah peknga dalam pangkalan datanya dan jika ada, apakah takrif yang telah diberikan? Jika tiada, adakah istilah tersebut akan dipertimbangkan kemasukannya dalam Kamus Dewan? | Hasil carian kami, perkataan peknga merupakan nama sejenis kuih dalam dialek utara. Dalam penggunaan rasmi, perkataan yang sesuai digunakan ialah lempeng kelapa. | Lain-lain | 05.07.2018 |
Saya ada soalan mengenai 'Turn on software'. Adakah releven kalau 'aktifkan' digunakan dalam ayat daripada 'hidupkan'. Apa yang saya faham 'aktifkan' bermaksud 'activate' dan jika 'turn on' atau 'enable' bermaksud 'hidupkan'. Mohon pencerahan dari segi penggunaan ayat dan maksud dalam sesuatu ayat. Terima Kasih. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan Turn on software dalam contoh ayat. Mohon juga tuan/puan memberikan ayat sebelum dan selepas ayat yang mengandungi perkataan Turn on software supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 28.09.2017 |
Saya ingin bertanya mengenai penggunaan istilah "Prevent Violent Extremism" dalam bahasa melayu yang betul kerana kami dalam proses membuat pelan tindakan kebangsaan berhubung FAHAMAN MELAMPAU YANG MENGGUNAKAN KEGANASAN (PREVENT VIOLENT EXTREMISM). Adakah terjemahan yang kami gunakan ini betul? dan jika kurang tepat mohon dicadangkan kepada kami penggunaan istilah yang betul | Cadangan terjemahan yang boleh digunakan ialah Mencegah Fahaman Pelampau Keganasan bagi frasa prevent violent extremism. | Penyemakan dan penterjemahan | 29.11.2018 |