Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung di Pulau Damai. 2. Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung ke Pulau Damai. Soalan saya, penggunaan kata sendi dalam ayat yang manakah adalah betul? Terima kasih DBP. | Kata sendi nama di digunakan di hadapan kata sendi nama yang menunjukkan tempat, walau bagaimanapun dalam contoh ayat yang diberi di diikuti dengan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. Oleh itu kata sendi nama yang paling sesuai iala ke (ke + tempat/arah yang dituju), contoh ayat yang lain: Mereka akan ke Kuantan esok. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
contoh ayat : suatu pameran dan ceramah antidadah telah _____ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Mana satu jawapan yang betul : (a)diadakan (b) dianjurkan Apakah perbezaannya? | Suatu pameran dan ceramah antidadah telah ____dianjurkan_ oleh Persatuan Penduduk Flat Damai. Perkatan yang lebih tepat ialah dianjurkan. Walau bagaimanapun, ayat yang lebih gramatis ialah " Suatu pameran dan ceramah antidadah telah dianjurkan oleh Persatuan Penduduk Flat Damai dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan. Diadakan bermaksud dijadikan ada manakala dianjurkan bermaksud mengemukakan sesuatu.
| Tatabahasa | 31.05.2013 |
Tuan, saya ingin bertanya... kata luas(adjektif) - menjadi - memperluas . (bukan memperluaskan) maka bagaimana pula dengan kata damai (adjektif) ? mengapakah dibolehkan (memperdamaikan). Saya minta penjelasan yang arif. | Saudara, Mengikut rumus tatabahasa terkini damai(kata adjektif) apabila mendapat imbuhan memper... menjadi memperdamai seperti juga dengan memperluas. | Tatabahasa | 27.08.2010 |
Berkaitan Diftong, kenapa suku kata diftong ditulis seperti kv+kvv bagi perkataan 'damai' misalnya. Mengapa ia tidak ditulis seperti kv+k+v?..Mohon penjelasan dan contoh judul buku yang sesuai untuk rujukan berkaitan perkara ini. Terima Kasih | Binaan suku kata untuk perkataan "DAMAI" ialah KV + KVV. Diftong ialah gabungan dua bunyi vokal yang disebut dalam satu suku kata akibat perubahan kedudukan lidah. Bunyi dan binaan kata perkara yang berbeza. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi. | Tatabahasa | 18.02.2013 |
betulkan sekiranya ayat dimulakan dengan 'Ini kerana' Contoh, Ini kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan damai. | Sdr Anuar, Untuk makluman sdr, perkataan "ini atau itu" digolongkan sebagai kata ganti tunjuk. Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang. Misalnya; 1. Ini kaset lagu terbaharu Mawi. 2. Itu rumah kawan saya. Oleh yang demikian, ayat sdr sepatutnya; Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai. (bukannya: Ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.) | Tatabahasa | 07.03.2009 |
Tuan/Puan, Pertanyaan tentang penggunaan perkataan 1)Sakinah 2 ) berhemat/berhemah 3) menaiktarafkan/ menaikkan taraf / menaik taraf Sekian terima kasih. | Sakinah (sakinat) ialah kata Arab yang bermaksud aman, damai, atau tempat yang aman dan damai. Berhemat bermaksud berjimat, berhati-hati, teliti. Berhemah bermaksud mempunyai budi pekerti yang mulia. Ketiga-tiga bentuk ejaan - menaiktarafkan, menaikkan taraf dan menaik taraf adalah betul dan boleh digunakan asalkan sesuai dengan konteks penggunaannya. Begitu juga dengan perkataan sakinat, berhemat/berhemah boleh digunakan dalam konteks yang sesuai dengan makna perkataan tersebut. | Makna | 18.01.2010 |
adakah betul perkataan 'memperdamaikan'? adakah damai kata nama atau adjektif? | Perkataan memperdamaikan boleh digunakan yang bermaksud membaikkan semula dua pihak yang bergaduh (berperang, bermusuh-musuhan dan lain-lain) atau menjadikan berdamai. Contoh ayat, Dia mencuba memperdamaikan orang-orang Israel dengan orang-orang Palestin. | Tatabahasa | 16.08.2010 |
PENGESAHAN EJAAN PAPAN TANDA SYARIKAT: EMPAYAR DAMAI SDN BHD (681281-X) ALAMAT: NO 16089 & 16090 HADAPAN NIRWANA JALAN KUBANG KURUS 24000 KEMAMAN TERENGGANU NO TEL: +609 8599090/91 NO FAKS: +609 8599092 EMAIL: sales@empayardamai.com | Masukkan keterangan aktiviti dalam iklan tersebut, contohnya: Pejabat Urusan, diikuti nama syarikat dan alamat, pastikan ejaan yang digunakan adalah ejaan yang betul seperti Tel. (singkatan mesti ada noktah), Faks dan E-mel. | Lain-lain | 24.10.2011 |
Tidak hairanlah ramai orang suka berkunjung di Pulau Damai. soalan saya, penggunaan kata sendi 'di' dalam ayat tersebut betul atau salah? Terima kasih | Kata sendi yang sesuai dengan ayat tersebut ialah 'ke'. | Tatabahasa | 20.05.2010 |
Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'. | Tatabahasa | 25.11.2008 |