Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam tuan di talian, Penggunaan perkataan banyak yang manakah dalam ayat contoh di bawah. 1. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang banyak mempunyai kegunaan kepada kita. atau 2. Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita. Saya pendapat bahawa ayat 1 betul kerana mengikut hukum DM, perkataan lain tidak boleh disisipkan antara sesuatu perbuatan. Minta komen pihak tuan. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Kelapa sawit ialah tanaman dagangan yang mempunyai banyak kegunaan kepada kita kerana kegunaan itu yang banyak bukannya mempunyai yang banyak. | Tatabahasa | 19.06.2012 |
(a) Terjemahan mana-mana bahasa luarnegara kepada bahasa melayu dan (b) terjemahan mana-mana bahasa luarnegara kepada bahasa inggeris untuk tujuan pendaftaran cap dagangan. | Untuk perkhidmatan penterjemahan sila hubungi Institut Terjemahan Negara atau Persatuan Penterjemah Malaysia. | Lain-lain | 03.09.2007 |
Adakah sama penggunaan perkataan titipan dalam bahasa Melayu dengan bahasa Arab?Tolong berikan maksud perkataan tersebut. | Titip bermaksud (i) memberikan sesuatu untuk disimpan (disampaikan kepada orang lain), mengamanahkan; (ii) menyerahkan (barang dagangan) supaya dijual. Titipan bermaksud sesuatu yang dititipkan (diamanahkan). | Makna | 15.03.2008 |
terjemahan bagi perkataan `courier' (adakah kurier?) dan perkataan `consigment' (adakah konsigmen?) | Courier - perkhidmatan kiriman cepat. Consignment - konsainan (berniaga dengan cara pesanan dan perjanjian melalui ejen yang menjalankan semua urusan dan kiriman dagangan) | Istilah | 02.03.2009 |
Pihak kami (KKM) sedang menyiapkan risalah maklumat ubat untuk pengguna dalam Bahasa Malaysia. Terdapat beberapa jenis ubat yang mana nama-nama generik ubat tersebut dalam Bahasa Inggeris diakhiri dengan perkataan pine seperti amlodipine, carbamazepine, nevirapine dll. Terdapat nama dagangan bagi ubat-ubat tersebut. Adakah bila dialihkan kepada bahasa Malaysia nama-nama generik ini menjadi amlodipina, karbamazepina, nevirapina? Terima kasih. | Untuk makluman, nama generik ubat perlu disesuaikan dengan ejaan bahasa Melayu, contohnya, amlodipina, karbamazepina dan nevirapina. Walau bagaimanapun, nama dagang ubat tersebut tidak perlu diubah. | Istilah | 06.09.2011 |
Salam, bagaimana sekiranya tagline kami adalah di dalam Bahasa Inggeris, contohnya "Lessons Beyond Classroom" | Cadangan kami slogan tersebut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu atau sediakan dalam dwibahasa, iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun jika slogan tersebut dijadikan sebagai tanda dagangan (trademark) syarikat tuan, kami tiada halangan dalam penggunaannya. Namun apabila syarikat tuan (berserta slogan) diiklankan hendaklah ada keterangan iklan dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 20.11.2012 |
Saya Halimah Musek sedang pelajar pusat bahasa Melayu peringkat dasar ingin DBP, tanya apakah maksud pantun berkait itu ,terimaksih | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupamu tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri , Kepayang tumbuh di dalam dulang ; Dagangan indah tidak terbeli , Sayang sungguh nyawanya hilang. Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu. | Lain-lain | 06.11.2013 |
saya Yusra Tehtae,sedang belajar pusat bahasa melayu peringkat dasar,ingin bertannya DBP,apakah maksut pantun berkait serta contohnya,terima kasih. | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupamu tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri , Kepayang tumbuh di dalam dulang ; Dagangan indah tidak terbeli , Sayang sungguh nyawanya hilang. Puan boleh merujuk buku Kumpulan Pantun Lisan Melayu "Kurik Kundi Merah Saga" terbitan DBP untuk melihat pantun Melayu. | Sastera | 06.11.2013 |
Saya mahasiswa Y.I.U ingin bertanyn apakan mahna pantun . dan contoh pantun berkait. | Pantun ialah sejenis puisi Melayu lama yang diwarisi oleh orang Melayu daripada nenek moyang mereka sejak zaman silam. Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu tradisi. Melalui pantun, orang Melayu mengeluarkan rasa hati dan keluhan jiwa, seperti dalam bentuk kasih sayang, cinta, suka duka, sindir menyindir dan berbagai perasaan hati mereka yang diungkapkan dalam bahasa yang indah dan menarik. Pantun juga terbahagi kepada beberapa jenis iaitu seperti pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun berkait. Contoh pantun berkait ialah seperti berikut: Lebah terbebar terbang sekawan, Hinggap di celah kayu berduri; Alangkah cabar rupamu tuan, Dagangan indah tidak terbeli. Hinggap di celah kayu berduri , Kepayang tumbuh di dalam dulang ; Dagangan indah tidak terbeli , Sayang sungguh nyawanya hilang. | Lain-lain | 14.07.2010 |
Salam, Komersialisasi dan Pengkomersialan 1. Adakah kedua-dua perkataan di atas diterima pakai buat masa ini? 2. Harap jelas penggolongan kata bagi perkataan-perkataan di atas. 3. Harap beri contoh frasa-frasa pendek bagi membezakan pembinaan ayat untuk perkataan-perkataan tersebut. Ribuan TK. | Perkataan komersialisasi dan pengkomersialan ialah padanan commercialization dalam bahasa Melayu. Dalam penggunaannya dalam bahasa Melayu komersialisasi bermaksud proses atau perbuatan menjadikan sesuatu mempunyai sifat perdagangan, manakala pengkomersialan ialah perihal mengkomersialkan, iaitu menjadikan sesuatu sebagai barang dagangan. Contoh ayat: Perubahan struktural ini nantinya akan selari dengan proses komersialisasi sektor pertanian dan Pengkomersialan filem Hang Tuah telah mencetuskan kritikan. | Tatabahasa | 21.10.2011 |