apakah maksud berkongkalikong dan biala boleh digunakan dalam pembinaan ayat?. Terima kasih. | Puan Suhana terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Mengikut kamus Dewan kongkalikong bermakna - mengikut bahasa percakapannya ialah bp curang (tidak jujur atau berterang-terang); 2. sekongkol dlm melakukan sesuatu yg tidak baik; Kebiasaannya kita tidak menggunakannya dalam penulisan. Terima kasih. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
assalamualaikum w.b.t saya ingin mengetahui kesalahan perkataan di bawah merujuk kepada kesalahan apa?? 1. pra-bayar 2. mee 3. disini 4. perabut 5. kashier 6. kelinik 7. pasaraya 8. batek 9. pelancungan 10. amalam 11. plan 12. warong 13. keaw teau 14. di larang 15. ajen 16. juru wang 17. murtabak 18. alatulis 19. goreng pisang 20. qualiti | Ejaan yang betul ialah: 1. prabayar 2. mi 3. di sini 4. perabot 5. Tidak ada perkataan "kashier" dalam bahasa Melayu 6. klinik 7. pasar raya 8. batik 9. pelancongan (lancung bermaksud i. tidak tulen, palsu ii. tidak jujur, tidak sebenarnya, curang) 10. amalan 11. pelan 12. warung 13. kuetiau 14. dilarang 15. ejen 16. juruwang 17. martabak 18. alat tulis 19. pisang goreng 20. kualiti | Ejaan | 30.03.2012 |