Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Cuma saya ingin bertanya, di manakah saya boleh memperolehi makna/takrifan sesuatu perkataan dengan terperinci yang menerangkan hanya makna perkataan tersebut dengan tidak menambah unsur-unsur lain sebelum dan selepasnya. Sebagai contoh (takrifan saya sendiri): Makan = perlakuan memasukkan sesuatu ke dalam mulut.Saya masih baru dengan website DBP. Saya cari di sini http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=makantapi tidak jumpa. Harap dapat membantu. Terima kasih. | Untuk makluman, makna perkataan boleh diperoleh melalui laman web DBP www.prpm.dbp.gov.my atau merujuk kamus yang diterbitkan oleh DBP, iaitu Kamus Dewan Edisi Keempat. | Makna | 01.10.2012 |
cuma nak kepastian. perkataan "untuk" boleh ke digunakan sebagai permulaan ayat?. 'dengan itu' boleh ke digunakan di permulaan ayat? | Kata "untuk" dan "dengan itu" boleh digunakan pada permulaan ayat dalam konteks ayat songsang, iaitu apabila susunan frasa predikat mendahului frasa subjek. Untuk keterangan lanjut, saudari boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. | Tatabahasa | 14.11.2006 |
a) Saya cuma...." Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. b) Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. | Saya cuma...," Hanna tidak mampu meneruskan kata-kata. | Ejaan | 31.10.2011 |
Sila jelaskan perbezaan antara frasa "cuma kerana" dan "hanya kerana" serta penggunaan kedua-duanya. Sila beri contoh ayat. Terima kasih | Penggunaan 'hanya kerana' atau 'cuma kerana' menunjukkan ada unsur penekanan atau penegasan. Dari segi makna, 'kerana' bermaksud sebab; cuma bermaksud hanya, melainkan, semata-mata; dan hanya bermaksud tidak lebih daripada, cuma, sahaja. Contoh ayat : Ahmad berasa kecil hati terhadap Zaidah hanya kerana gurauannya tadi. Dalam contoh ini, 'hanya' boleh digugurkan supaya lebih baku tetapi bagi maksud memberi penegasan, khususnya dalam ungkapan lisan, boleh digunakan. | Makna | 21.03.2008 |
Maaf cuma ingin tahu. Sering saya dengar di corong-corong stesen radio berebahasa Melayu di Malaysia "mengimbau" (imbau) digunakan deejay untuk mengenang kembali sesuatu. Di saluran tv Indonesia pula pemimpinnya "mengimbau" segenap masyarakatnya untuk memajukan negara. Sebenarnya di mana tepatnya "imbau" ini duduknya? Lagi satu, "justeru". Di media Indonesia tak diertikan sebagai "oleh itu", malah lebih daripada tindakan positif untuk mengatasi hasil yang negatif. Akan tetapi di media Singapura dan Malaysia duduknya seakan-akan "oleh sebab itu". Harap pihak Tuan dapat memberi pandangan. Maaf sekali lagi kerana saya bertanya. Terima kasih, Tuan-Tuan. | Untuk makluman saudara, perkataan dalam bahasa Melayu mempunyai makna yang cukup luas sama ada di Malaysia atau Indonesia. Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut memang mempunyai makna yang berbeza seperti yang saudara nyatakan. | Makna | 14.08.2007 |
Salam sejahtera, Cuma mahukan kepastian, Dalam ayat " Kami semua mempraktikan 5S". Perlukah pengunaan perkataan "semua" dalam ayat ini, sebab perkataan "kami" sudah menunjukkan banyak. Ayat yang betul bagi pendapat saya ialah, "Kami mempraktikan 5S.". Terimakasih. | Perkataan 'semua' tidak perlu kerana 'kami' bermaksud saya sekalian (saya dan rakan-rakan saya semua). | Makna | 17.03.2011 |
Tuan,saya cuma nak tanya di DBP ada tak tempat untuk kita buat terjemahan bahasa B.I ke B.M? kalau ada, saya nak hantar satu buku untuk di terjemahkan dan boleh bagi tahu saya bagaimana cara pembayarannya dan siapa yang saya sepatutnya hubungi. sekian | Dewan Bahasa dan Pustaka tidak menyediakan sebarang khidmat perterjemahan, walau bagaimanapun, Walau bagaimanapun saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, tel. 03-41497210, atau Persatuan Penterjemah Malaysia, tel. 03-21424381, e-mel terjemah@tm.net.my untuk mengetahui maklumat lanjut. | Lain-lain | 24.10.2009 |
salam, saya cuma nak tanya apa maksud 'kaparinyo'? adakah perkataan ini bahasa minang? terima kasih..:) | Kata 'kaparinyo' bermaksud apa khabarnya. Kata ini ialah kata dalam bahasa Minangkabau. | Makna | 16.10.2009 |
salam... saya cuma nk tanya imbuhan perkataan struktur ialah menstruktur atau mengstruktur? | Kata terbitan yang betul ialah menstrukturkan. | Ejaan | 08.09.2009 |
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang. | Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan. | Tatabahasa | 15.04.2013 |