Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
CUCUR bermaksud? | Cucur ialah aliran ke bawah (air) atau kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. | Makna | 27.04.2009 |
MAKNA CUCUK, CUCUR, DAN CUCUH | Cucuk bermaksud sesuatu yang tajam digunakan untuk menusuk, atau paruh, patuk, atau barisan yang terdepan. Cucur bermaksud aliran ke bawah (air); kuih yang diperbuat daripada tepung dan lain-lain yang digoreng. Cucuh bermaksud memasang atau menyalakan. | Makna | 27.04.2009 |
Soalannya: Cari kesalahan pada ayat di bawah:- a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar | a) Para penonton tidak berhenti-henti memuji kecantikan peragawati yang telah menjadi pelakon itu. - betul b) Kakak mengangkat kesemua cucur udang yang digorengnya itu setelah membalik-balikkannya beberapa kali. - betul c) Tidak ada seorang wartawan pun yang tahu akan nama artis itu yang sebenar - penggunaan akan tidak ada kaitan dengan unsur emotif dalam ayat ini | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Apakah perkataan dalam bahasa melayu bagi istilah 'haunch', 'eaves', rafter' & 'raft' yang digunakan dalam bidang kejuruteraan awam? | 1. Dalam data kami, terdapat istilah haunch (road) dan padanan bahasa Melayu bagi haunch (road) ialah rasuk (jalan) yang digunakan dalam bidang kejuruteraan. 2. Perkataan eaves dalam bahasa Melayu ialah cucur atap. 3. Perkataan rafter dalam bahasa Melayu ialah kasau. 5. Manakala perkataan bahasa Melayu untuk raft pula ialah rakit. Puan boleh rujuk www.prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2014 |
ejaan yang betul sama ada pasembur atau pasembor? | Ejaan yang betul ialah pasembor. Frasa yang dimasukkan dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) ialah rojak pasembor dan takrifnya adalah seperti yang berikut: rojak pasembor makanan yg biasanya terdiri drp campuran cucur, telur rebus, timun, tauhu goreng dan mi, dan dimakan bersama kuah kacang | Lain-lain | 21.06.2021 |