Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
perkhidmatan cuci kereta atau perkhidmatan mencuci kereta? | Yang betul ialah khidmat cuci kereta atau perkhidmatan mencuci kereta dan bentuk yang ringkas biasanya digunakan dalam iklan. | Istilah | 11.06.2008 |
Penggunaan "cuci" dan "basuh" Adakah kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam ayat ini. Saya membasuh rambut 2 hari sekali. Saya mencuci rambut dua kali sehari. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Oleh itu, kedua-dua ayat yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. Saya membasuh rambut dua hari sekali. 2. Saya mencuci rambut dua kali sehari. | Makna | 21.07.2013 |
penggunaan bahasa yang betul bg ayat @ perbuatan berikut: i) "cuci gambar" @ "basuh gambar" di kedai gambar? | Saudara Nur Amalina, Frasa yang lazim digunakan ialah cuci gambar atau memproses gambar | Tatabahasa | 24.03.2010 |
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih. | Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. Ayat 1 @ Ayat 2 betul? 3. Kasut itu saya cuci. 4. Kasut itu dicuci oleh saya. Ayat 3 @ Ayat 4 betul? 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. Ayat 5 @ Ayat 6 betul? TQ..... | 1. Buku itu dibaca oleh abang. 2. Buku itu abang baca. - Kedua-dua ayat ini betul. 3. Kasut itu saya cuci. - betul 4. Kasut itu dicuci oleh saya. - salah 5. Kampung itu dibersihkan oleh mereka. 6. Kampung itu mereka bersihkan. - kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Pertanyaan mengenai ejaan di papan iklan tersebut | Frasa yang betul ialah KEDAI CUCI KERETA. Sila terjemahkan perkataan wash, polish dan wax kepada Mencuci, Mengilatkan dan Melilin. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) | Lain-lain | 08.03.2012 |
pastikan ejaan di papan tanda | Sila pinda keterangan aktiviti kepada KEDAI CUCI KERETA. Saudara dikehendaki mendapatkan pengesahan bahasa pada iklan melalui http://prpm.dbp.gov.my dan klik e-perkhidmatan dan kemudian mengklik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP | Lain-lain | 13.03.2012 |
As salam. Saya hendak bertanya mengenai penggunaan perkataan membasuh dan mencuci. Jika kita hendak membina ayat "emak sedang mencuci/membasuh pakaian... Ayah sedang membasuh/mencuci kereta... adik membasuh/mencuci tangan selepas makan.. Yang mana satu lebih tepat? Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, "cuci" dan "basuh" mempunyai makna yang sama. Kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 30.09.2013 |
Tuan, Saya nak bertanya mengenai istilah Bahasa Inggeris untuk ditukar kepada Bahasa Malaysia yang tepat 1. Catalytic Converter- 2. Advanced detergent & dispersant properties- 3. Drain interval- Sekian, Terima kasih | 1. catalytic converter - pengubah bermangkin/penukar bermangkin 2. advanced detergent & dispersant properties - ciri-ciri bahan cuci dan bahan serak yang terkini 3. Drain interval - saliran pertengahan | Istilah | 30.06.2009 |
Tuan, saya ingin kepastian apakah ejaan yang betul bagi perkataan MENUNJUKKAN dan bagaimanakah imbuhan meN-kan patut digunakan dengan ejaan yang betul. Tunjuk ajar tuan amat dihargai,sekian terima kasih. | Perkataan menunjukkan terbentuk daripada apitan meN-...-kan + kata dasar tunjuk. Apabila apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar yang berakhir dengan huruf T seperti tunjuk, sorok dan buruk maka kata yang terbentuk mengandungi ialah menunjukkan, menyorokkan dan memburukkan. Dan jika apitan meN-...-kan bergabung dengan kata dasar lain seperti warna, sakit dan cuci maka kata yang terbentuk ialah mewarnakan, menyakitkan dan mencucikan. | Tatabahasa | 11.07.2012 |