Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ramalan cuaca menerangkan bahawa cuaca di kebanyakan nnegeri-negeri di Malaysia dilaporkan baik. Betulkah ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah " Agensi ramalan cuaca menyatakan bahawa cuaca di kebanyakan negeri di Malaysia berkeadaan baik." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
1.Cuaca hari itu panas. 2. Cuaca pada hari itu panas. Jawapan 1 atau 2 adalah betul ? Terima kasih.. | Ayat yang gramatis ialah cuaca pada hari itu panas. | Tatabahasa | 22.06.2010 |
keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
I) Cuaca hari itu redup dan suram kerana hendak hujan. II) Kakak pulang dari tempat kerja dengan wajah yang suram. III) Suasana di tanah perkuburan itu kelihatan suram sekali. IV) Adik berasa suram kerana permainannya yang baru dibeli oleh ayah telah hilang. (Yang manakah ayat yang betul penggunaan perkataan 'suram') | Keempat-empat ayat yang menggunakan perkataan suram boleh diterima. Ayat yang paling gramatis ialah ayat kedua dan ketiga. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan sampai ke bulan Ogos. Ayat ini mengandungi kesalahan. Apakah kesalahannya? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah: Cuaca panas terik yang sedang dialami sekarang dijangka berterusan hingga bulan Ogos. | Tatabahasa | 17.02.2012 |
Saya bermandi peluh kerana " matahari panas terik " atau " cuaca panas terik " ? terima kasih. | Yang betul ialah Saya bermandi peluh kerana cuaca panas terik. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Apakah jawapan yang sesuai, Dia memandikan adiknya dengan air ( ) kerana cuaca terlalu sejuk. a. panas b. hangat c suam d. sejuk jawapan yang dicadangkan adalah suam. bukankah air suam sesuai sebagai minuman. | Jawapan "air suam" betul kerana air suam bermaksud air yang tidak berapa panas dan digunakan sebagai minuman atau bukan minuman. | Tatabahasa | 12.11.2012 |
Bagaimana perkataan-perkataan berikut dipenggalkan mengikut suku kata? rumpair sempoa muzium masyhur piano suria jurutaip cuaca beliung periuk audit atlet akauntan aeronautik Musytari sandwic asparagus ekuestrian triatlon penguin Oleander Rafflesia Aloe vera Willow Asteroid Adakah kata nama khas (khasnya kata pinjaman Inggeris) tidak perlu dipenggalkan? | Suku kata perkataan tersebut dipenggalkan seperti yang berikut: (rum/pa/ir), (sem/po/a), (mu/zi/um), (masy/hur), (pi/a/no), (su/ri/a), (ju/ru/ta/ip), (cu/a/ca), (be/li/ung), (pe/ri/uk), (au/dit(, (at/let), (a/ka/un/tan), (ae/ro/nau/tik), (Musy/ta/ri), (sand/wic), (as/pa/ra/gus), (e/ku/es/tri/an), (tri/at/lon), (pe/ngu/in), (O/le/an/der), (Raff/le/si/a), (A/loe), (ve/ra), (Wi/llow), (As/te/ro/id). Lazimnya dalam tujuan pembelajaran kata jati Melayu yang dipilih sebagai contoh penggalan bagi memudahkan kefahaman pelajar. | Tatabahasa | 19.04.2013 |
Jawapan yang manakah betul ? 2 I Sambal nasi lemaknya itu panas kerana terlebih cili. II Cuaca sepanjang bulan April diramalkan panas. III Mak Limah panas dengan kerenah anak cucunya yang ramai itu. IV Berita panas itu menjadi tajuk utama akhbar tempatan dan luar Negara. A I dan II B I dan III C II dan III D I I dan IV | Sdr. jawapan yang betul ialah D- ii dan iv. | Tatabahasa | 11.09.2007 |
Adakah perkataan buai tergolong dalam diftong atau vokal berganding? | Buai merupakan vokal berganding sama dengan cuaca, muafakat, suasana. Diftong hanya ai, au dan oi. | Tatabahasa | 25.02.2013 |