Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Berikan contoh-contoh perkataan sanskrit. Bincangkan. | Contoh perkataan Sanskrit ialah anugerah, bahagia dan derhaka. Apakah yang dimaksudkan dengan "bincangkan"? Sekiranya ini merupakan tugasan di institusi pendidikan tuan/puan, sila buat rujukan melalui bahan bacaan seperti Kamus Dewan Perdana, Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan buku-buku lain yang berkaitan. Tuan/puan juga boleh membuat carian melalui Internet bagi membantu tuan/puan menyelesaikan tugasan tuan/puan. | Lain-lain | 29.08.2023 |
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi penjelasan mengenai perkataan pernyataan, penyataan dan kenyataan dengan contoh-contoh tertentu. Peter Johnson | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, “Pernyataan” ialah kata-kata dan sebagainya yang menyatakan sesuatu, pemberitahuan pemakluman. Selain itu, pernyataan juga bermaksud kenyataan rasmi yang di dalamnya terkandung gagasan, hasrat, isu dan sebagainya tentang sesuatu perkara. Contoh ayat, “Pernyataan ini tentunya agak berlawanan dgn pernyataan klasik ahli linguistik tempatan”. “Penyataan” pula bermaksud perbuatan menyatakan. Sebagai contoh, “Kesusasteraan bukanlah lahir daripada kekosongan, tetapi adalah penyataan daripada pergolakan dan perkembangan masyarakat”. “Kenyataan” pula bermaksud perihal nyata, kejelasan atau keterangan. Contoh ayat, “Perdana Menteri membuat satu kenyataan penting melalui radio malam ini”. Sekiranya saudara mempunyai persoalan yang lain, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".
| Lain-lain | 24.01.2022 |
Apakah perbezaan perkataan 'perisikan' dan 'risikan' dan penggunaan kedua-dua perkataan ini? Bagi contoh-contoh ayat di bawah, perkataan mana yang betul? (1) Usaha ini dilakukan melalui aktiviti risikan atau perisikan .... (2) Tindakan lain seperti pemeriksaan, pengeluaran surat amaran, risikan atau perisikan lanjut ... (3) Pegawai risikan atau perisikan (4) Aktiviti seperti pengesahan maklumat, pemprofilan dan risikan atau perisikan lanjut juga perlu dilakukan... | Apakah perbezaan perkataan 'perisikan' dan 'risikan' dan penggunaan kedua-dua perkataan ini? Perisikan ialah perihal kegiatan dan sebagainya, manakala risikan ialah usaha menyiasat dan menyelidik secara rahsia atau dengan cara sembunyi-sembunyi. Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: (1) Usaha ini dilakukan melalui aktiviti risikan. (2) Tindakan lain seperti pemeriksaan, pengeluaran surat amaran dan perisikan lanjut... (3) Pegawai perisik (4) Aktiviti seperti pengesahan maklumat, pemprofilan dan perisikan lanjut juga perlu dilakukan... | Tatabahasa | 08.04.2022 |
1. Bilakah kita menggunakan i) di majlis/acara; ii) dalam majlis/acara? Adakah contoh-contoh berikut betul: a) Ahli parlimen itu telah berucap di majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin pengsan. 2. Yang mana satukah betul: a) Liana melarikan diri dari penculiknya, atau b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. Terima kasih dan salam takzim. | Penggunaan kata sendi nama yang betul ialah "dalam majlis". Oleh itu ayat yang betul ialah a). Ahli parlimen itu telah berucap dalam majlis tertutup itu. b) Kekecohan berlaku dalam majlis akad nikah apabila pengantin (perempuan/lelaki) pengsan. 2. b) Liana melarikan diri daripada penculiknya. | Tatabahasa | 04.06.2021 |
salam, ada beza tak penggunaan 'digantikan oleh' dan 'digantikan dengan'? jika ada, mohon jelaskan dan berikan contoh-contoh. terima kasih. | Kedua-duanya boleh digunakan dan membawa maksud yang sama. | Tatabahasa | 19.05.2022 |
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas? | Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya: i. 1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan. 2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua. 4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya. 5. Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. 6. Bunga itu merah kesemua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035. i iv | Tatabahasa | 22.08.2023 |
Salam pihak DBP, Bolehkah brumation (A lethargic state in reptiles and in some other animal species [e.g. bears], somewhat analogous to hibernation but not the same.) diterjemahkan kepada brumasi? Ini merujuk kepada contoh-contoh lain seperti hibernation, configuration dan sebagainya. Sekiranya perkataan English berakhir dengan -tion belum direkodkan, bolehkah diterjemahkan terus dengan akhiran -si atau perlu dikekalkan dan diitalikkan terlebih dahulu sehingga ia direkodkan? | Boleh menggunakan padanan bahasa Melayu brumasi.Perkataan English yang berakhir dengan imbuhan -tion dan belum digubal perlu dibincangkan terlebih dahulu dan pihak Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengutamakan bentuk bahasa Melayu berdasarkan Pedoman Pembentukan Istilah terlebih dahulu sebelum memilih kaedah penyerapan kata daripada bahasa Inggeris. | Istilah | 08.09.2022 |
Contoh ayat:- Mereka 2 beranak hendak pergi ke Cheras. Mereka dua beranak hendak pergi ke Cheras. Adakah boleh guna nombor 2, 3, 4 ...dan diikuti dengan "beranak"? Terima kasih. | Nombor boleh mendahului perkataan “beranak” tetapi perlu dieja. Contohnya “Mereka dua beranak hendak pergi ke Cheras”. | Tatabahasa | 02.05.2024 |
Contoh ayat: 1. Ayah seorang doktor 2. Ibu seorang doktor Apabila dimajmukkan menjadi : Ayah dan ibu seorang doktor. Persoalanya: Adakah benar penggunaan "seorang" pada ayat yang telah dimajmukkan itu? Kerana seorang merujuk kepada bilangan yang satu. Tetapi pada ayat tersebut telah melibatkan ayah dan ibu,lebih dari satu orang. Mohon penjelasan. | Ayat yang betul ialah “Ayah dan ibu saya doktor”. | Tatabahasa | 15.11.2023 |
contoh ayat untuk perkataan Adipati. Dan adakah ianya boleh digunakan di sekolah? terima kasih | Perkataan adipati bermaksud raja atau kepala daerah dalam bahasa Jawa. Perkataan tersebut boleh digunakan sekiranya ia berkaitan dengan budaya Jawa atau Indonesia sahaja. | Makna | 03.03.2022 |