Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |
Nama akhbar seperti Utusan Malaysia, Kosmo, perlu ditulis condong ataupun tidak. Artikel dalam akhbar itu pula perlu ditulis bagaiman? Perlu condong juga ataupun tidak. Terima kasih. | Dalam petikan ejaan nama akbar ditulis dengan hururf condong, begitu juga dalam petikan yang bersumberkan media cetak ejaan nama tajuk ditulis dengan huruf condong. | Ejaan | 16.08.2012 |
Mohon pencerahan penggunaan tulisan condong dalam penulisan rasmi seperti kertas kerja | Huruf condong digunakan untuk ada sesuatu yang berlainan atau istimewa tentang perkataan atau frasa yang berkenaan. Penggunaan huruf condong adalah seperti yang berikut: i. Penulisan Judul Karya Seni dan Penerbitan ii. Bahasa Asing iii. Nama Sains iv. Karya Undang-undang v. Kata atau Ayat dalam Bahasa Asing vi. Singkatan Judul Katalog Karya yang Diterbitkan vii.Kenyataan Sambungan Bahan Penulisan viii.Nama Khas Objek Khusus ix. Arahan Pentas atau Drama Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan Edisi Keempat, halaman 152-156. | Lain-lain | 09.11.2024 |
Apakah kata tanya yang sesuai bagi soalan di bawah: ___________ ketinggian Menara Condong Teluk Intan? 25.5 meter ialah ketinggian Menara Condong Teluk Intan. | Kata tanya yang sesuai ialah Berapakah ketinggian Menara Condong Teluk Intan? | Tatabahasa | 10.10.2023 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera Apakah ada penggunaan huruf condong (italik) dalam penulisan Jawi? Jika ada, adakah penggunaannya sama seperti tulisan Rumi? Contohnya, huruf condong untuk judul buku. Terima kasih. | Untuk makluman puan, tidak ada teks huruf condong dalam tulisan Jawi. | Ejaan | 10.05.2024 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan condong. Adakah perkataan google drive, microsoft word,power point dan sebagainya perlu ditulis condong dan huruf besar?adakah ia merupakan kata nama khas? mohon pencerahan. | Wassalam, Aplikasi dalam perisian dianggap sebagai kata nama khas dan ditulis dengan huruf besar seperti Google Drive, Microsoft Word dan Power Point. | Lain-lain | 21.02.2018 |
Apakah perkataan yang sesuai "depan" atau "hadapan" untuk ayat berikut: Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke air? Perlukah dimasukkan perkataan "dalam" sebelum perkataan "air"? Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke ______ air? | Kata "depan" dan "hadapan" sama maksudnya. Oleh itu, penggunaan mana-mana satu daripada perkataan tersebut adalah betul. Ayat yang betul ialah Jika kedudukan enjin condong ke depan, akan menyebabkan haluannya menjunam ke dalam air. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Adakah perkataan Google Form, Google Classroom perlu di tulis secara condong? | Frasa "Google Classroom dan Google Form" merupakan kata nama khas dan tidak perlu ditulis condong. | Lain-lain | 07.08.2023 |
bagaimana menulis: 1. konsep 'klik dengan bijak'/ Konsep Klik Dengan Bijak/ konsep klik dengan bijak (condong; dalam Italic) 2. internet/ Internet 3. Information and Communication Technologies (ICT)/ (condong; dalam Italic) | 1. Konsep 'Klik dengan Bijak' 2. Internet 3. Teknologi Maklumat dan Komunikasi | Tatabahasa | 11.12.2012 |
Arthritis ditulis dengan huruf condong ataupun tidak? Contoh: Daun perilla juga digunakan oleh masyarakat Tamil untuk menyembuhkan sakit arthritis. | Istilah arthritis diterjemahkan sebagai artritis dalam bahasa Melayu dan tidak perlu ditulis menggunakan huruf condong. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 135. | Istilah | 26.11.2024 |