Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ayat yang manakah betul? 1. Cita-cita saya menjadi guru. 2. Cita-cita saya ialah menjadi guru. | Kata pemeri 'ialah' digunakan di hadapan frasa nama. Justeru, ayat yang betul ialah Cita-cita saya ialah guru. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
maksud berkataan mampu mendukung cita-cita adakah maksudnya dapat memikul harapan atau boleh menjayakan hasrat | Mampu medukung cita-cita bermaksud dapat atau berupaya memikul harapan untuk mencapai sesuatu hasrat. | Makna | 14.05.2008 |
'saya akan melipat gandakan usaha saya demi mencapai cita-cita saya menjadi seorang guru'' adakah ayat di atas betul? terima kasih.. | Ayat yang betul ialah "Saya akan melipatgandakan usaha demi mencapai cita-cita menjadi seorang guru''. Perkataan melipatgandakan perlu ditulis sebagai satu perkataan, manakala perkataan saya tidak perlu diulang. | Tatabahasa | 18.04.2010 |
ASSALAMUALAIKUM W.B.T SAYA BERCITA-CITA UNTUK MENJADI SEORANG PENULIS.JUSTERU SAYA MEMOHON KERJASAMA DBP UNTUK MENJADI GURU DALAM SAYA MENCAPAI CITA-CITA TERIMA KASIH | Terlebih dahulu kami mengucapkan tahniah atas cita-cita murni tuan untuk menjadi penulis. DBP ada memberikan khimat bimbingan kepada penulis. Untuk keterangan lanjut sila hubugi En. Abd Karim A. Bakar, Bahagian Buku Umum, DBP (Telefon 21414905) atau Dr. Amran Joned (0122440569). | Lain-lain | 19.11.2011 |
Bapa membawa buku akaun pergi ke bank. Dalam ayat ini, perkataan "pergi" harus digunakan? atau ayat yang betul : Ayah membawa buku akaun ke bank. ? 2. Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. / Cita-cita saya menjadi seorang guru. ? 3. Hobi saya ialah menyanyi / Hobi saya bernyanyi. Ayat mana satu yang betul? | Kesemuanya boleh digunakan, cuma apabila kita menggunakan penambahan perkataan-perkataan yang berikut menjadikannya lebih gramatis. | Tatabahasa | 16.10.2007 |
Bolehkah "mimpi" didefinasikan sebagai cita-cita ataupun sesuatu yang ingin dicapai dalam hidup masa depan ? | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mimpi ditakrifkan sebagai 1. sesuatu yg seolah-olah dialami atau dilihat sewaktu tidur. 2 khayalan; angan-angan. | Makna | 26.10.2010 |
Apakah lawan perkataan azam? | Menurut Kamus Dewan makna perkataan azam ialah kemahuan (keinginan, cita-cita, dsb) yang sangat kuat, tujuan (yg sesungguhnya). Oleh itu, lawan kata azam ialah tidak berkeinginan, tidak bercita-cita tinggi, atau tidak mempunyai kemahuan terhadap sesuatu. | Makna | 24.03.2009 |
penggunaan begitu boleh digunakan pada awal ayat. Contoh: Semua orang mempunyai cita-cita. Begitu juga dengan saya. | Boleh asalkan ada pertautan makna dengan ayat yang sebelumnya. | Tatabahasa | 23.10.2011 |
Tuan, Adakah ayat-ayat di bawah betul? Jika salah, apakah sebabnya dan apakah ayat yang betul? 1) Hobi saya ialah memancing ikan. 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. Sekian terima kasih. | 1) Hobi saya ialah memancing ikan. - betul 2) Antara nilai-murninya ialah sabar. - betulkan ejaan nilai murni. 3) Cita-cita saya ialah menjadi seorang guru. - betul 4) Akhir sekali, kita haruslah bertanggungjawab. - kata kerja bertanggungjawab memerlukan pelengkap untuk melengkapkan ayat tersebut. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
tolong huraikan kepada saya tentang penggunaan kata banyak | banyak 1. bukan sedikit, tidak sedikit: ~ orang yg mempunyai cita-cita tinggi; 2. bilangan, jumlah: berapa ~ wang yg kauterima? 3. sangat, sungguh: ~ lagak; ~ aksi membuat-buat supaya nampak elok; ~ bicara = ~ cakap = ~ mulut suka berleter; ~ cantik sr ungkapan utk menyatakan kemarahan, atau digunakan sbg gurauan dll; ~ sedikitnya a) jumlahnya, banyaknya; b) barang sedikit; | Makna | 03.10.2007 |