Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. semangat cinta akan negara 2. semangat cintakan negara adakah kedua-duanya jugalah betul? terima kasih. | Frasa yang tepat ialah semangat cinta akan negara. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara | Saya cinta akan negara atau saya cinta kepada negara, kedua-duanya betul. Penjelasan tentang kata sendi nama akan dan kepada yang digunakan dalam kedua-dua ayat tersebut adalah seperti berikut; 1. Saya cinta akan negara... Kata sendi nama akan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif. 2. Saya cinta kepada negara... Kata sendi nama kepada terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, dan unsur mujarad. | Tatabahasa | 18.04.2011 |
Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan. Melalui cara ini dapat menanam perasaan cinta akan buku. Ada apa-apa kesalahan dlm ayat tersebut? | Ayat yang gramatis ialah "Ibu bapa perlu sering membawa anak-anak ke perpustakaan agar dapat menanam perasaan cinta akan buku." | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Mengapa tidak boleh mengatakan 'mencintai negara' tetapi mesti mangatakan 'cinta akan negara'? Terima kasih | Kedua- duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 04.06.2010 |
tolong cadangkan nama pusat tuisyen bahasa yang mengandungi nilai cinta akan bahasa kebangsan | Saudara boleh merujuk buku garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan Edisi Kedua yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku ini menyenaraikan pelbagai nama indah untuk membantu masyarakat pengguna bahasa dalam proses penamaan. Antara nama yang terdapat di dalam buku tersebut ialah suluh pekerti, suluh murni, suluh bestari dsb.. | Lain-lain | 26.01.2009 |
Selamat sejahtera. Saya hendak bertanya tentang nilai murni yang terdapat dalam latihan Bahasa Malaysia UPSR. Contoh ayat: Ali akan membersihkan longkang supaya airnya tidak tertakung. Adakah nilai "Cinta akan alam sekitar" terdapat di dalam ayat ini? Terima Kasih. | Soalan yang berkaitan dengan peperiksaan adalah di luar skop khidmat nasihat yang kami sediakan. Tidak ada ukuran atau ciri nilai murni dalam skop tatabahasa dan tidak juga diterangkan dalam sumber rujukan kami yang lain. Oleh itu, sila berbincang dengan guru di sekolah saudara. | Lain-lain | 13.02.2012 |
Yang mana lebih tepat: a) Tanda cintakan Allah ialah cintakan al-Quran b) Tanda cintakan Allah adalah cintakan al-Quran | Kata pemeri (ialah dan adalah) tidak boleh diikuti dengan kata kerja. Dalam ayat contoh yang diberi cintakan (cinta akan atau mencintai) ialah kata kerja dan tidak perlu didahului dengan kata pemeri. | Tatabahasa | 13.09.2011 |
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa Melayu? | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Sedikit maklum balas yang dapat kami berikan ialah ibu bapa itu sendiri sebagai warga negara Malaysia harus berbangga dengan bahasa rasmi negara. Rasa bangga dan cinta akan bahasa rasmi negara harus diterapkan pula kepada anak-anaknya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 21.01.2013 |
Selamat menyambut 'Bulan Bahasa Kebangsaan'..bilakah agaknya semua rakyat digalakkan\dimestikan berbahasa Malaysia dalam segala bentuk urusan sosial rasmi atau tidak rasmi pada BBK ini? Bilakah kita akan mendengar pemimpin2 politik menunjukkan sifat\sikap Cinta bertutur dlm Bahasa Malaysia dalam perhimpunan agung BN(MCA atau MIC)? | Bahasa kebangsaan ialah bahasa pengantar utama yang digunakan oleh sesebuah negara. Dalam konteks ini, bahasa kebangsaan bagi Malaysia ialah bahasa Melayu yang digunakan bagi segala maksud rasmi seperti yang diperuntukkan dalam Akta Bahasa Kebangsaan (Pindaan dan Peluasan) 1983. Fungsi bahasa kebangsaan adalah sebagai lambang identiti masyarakat, wahana perpaduan masyarakat, bahasa perhubungan sesama masyarakat, alat pemikiran dan pergaulan masyarakat, dan sebagainya. Bahasa kebangsaan ialah bahasa rasmi negara. Bahasa kebangsaan negara ialah bahasa Melayu. Penggunaan Bahasa kebangsaan adalah sebagai bahasa rasmi, bahasa pentadbiran, bahasa perhubungan umum serta bahasa pengantar dan bahasa ilmiah di sekolah-sekolah dan institusi pengajian tinggi. Sewajarnyalah semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau keturunan punya rasa sayang dan cinta akan bahasa kebangsaan. Kami ucapkan syabas atas semangat cintakan bahasa dan kekuatan jati diri bahasa pada diri saudara. | Lain-lain | 02.10.2010 |
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini. | Encik Kamal, Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. | Kamus Dewan Edisi Empat | | |
| Makna | 13.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cinta akan |
|
|