Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya memiliki buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu cetakan kedua, edisi kedua tahun 1992. Sudah adakah cetakan/edisi terbaharu buku ini? | Setakat ini belum ada lagi cetakan ketiga atau edisi baru buku ini. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Dftar kata bahasa melayu: Rumi-sebutan jawi terbitan 2001 adalah cetakan ke berapa?? | Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi terbitan 2001 merupakan cetakan pertama. | Lain-lain | 12.03.2010 |
Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Kelima 2009 Kemerdekaan negara itu tercapai hasil satu perundingan meja bulat - Edisi Ketiga Cetakan Keenam 2010 Merujuk kepada ayat-ayat di atas, yang manakah yang betul (yang ditulis dengan kata sendi 'daripada' atau sebaliknya)? | Kemerdekaan negara itu tercapai hasil daripada satu perundingan meja bulat. | Tatabahasa | 11.02.2011 |
Adakah pihak DBP mengeluarkan edisi baru bagi buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia selepas cetakan ketiga yang berwarna ungu ( kulit buku )? Selama ini saya telah cuba mencari di kedai-kedai buku tempatan tetapi dimaklumkan tiada cetakan edisi baru. | Untuk makluman saudara, buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia yang dimaksudkan tidak lagi dicetak baru, sebaliknya DBP telah menerbitkan Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi Edisi Kedua yang lengkap dan memuatkan daftar kata bahasa Melayu A-Z, Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu, Ejaan Jawi dan Sebutan Baku. Saudara boleh mendapatkan buku tersebut di kedai buku atau terus menghubungi kedai buku DBP di ibu pejabat. | Lain-lain | 20.07.2009 |
BLUEPRINT | (i) CETAKAN BIRU (ii) RANGKA TINDAKAN | Istilah | 30.03.2011 |
. Menurut Tatabahasa Dewan cetakan 2003 terdapat 80 kata kerja tunggal. saya ingin mendapatkan senarai kata kerja tunggal tersebut. | Untuk makluman puan, pembentukan kata tunggal dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian kata. Pembentukan kata tunggal dapat dibahagikan kepada empat kategori; (i) Kata Tunggal satu suku kata; Misalnya, yu, ya (ii) Kata tunggal dua suka kata; Misalnya, ambil, (iii) Kata tunggal tiga suku kata; Misalnya, cuaca siasat (iv) Kata tunggal empat suku kata dan lebih; Misalnya, bijaksana, muzakarah Untuk maklumat terperinci tentang kata tunggal, puan dinasihatkan agar membaca buku Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2008). | Tatabahasa | 21.05.2009 |
blue print | 1)cetakan biru 2)rangka tindakan | Istilah | 04.04.2011 |
1. Ulang cetak atau ulang cetakan 2. halatuju atau hala tuju? 3. perkataan sisio di awal perkataan lain perlu digabung atau disempang atau diasingkan? Wassalam. Terima kasih. | 1. ulang cetak 2. hala tuju 3. Perkataan sisio tiada dalam data kami tetapi terdapat perkataan sosio. Sosio merupakan awalan berkaitan dengan faktor sosial (kemasyarakatan), contohnya, sosioekonomi dan sosiopolitik yakni dieja satu perkataan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Soalan saya masih berkisar tentang kata sendi nama ' pada ' ,tatabahasa dewan edisi ketiga cetakan ketujuh memaparkan ayat contah yang jelas menunjukkan penggunaan kata sendi nama yang mengelirukan saya . sila lihat halaman 476 ayat contohnya : Begnya pada saya. dan lihat pula halaman 425 ayat contohnya : Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya. | Peraturan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 274:i. kata nama/kata kerja + pada + kata nama dan ii. ada + pada + kata nama (manusia/haiwan). Berdasarkan pola tersebut kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. Peraturannyanya menjelaskan apabila didahului kata "ada" sebelum kata sendi nama "pada" maka selepasnya mestilah kata nama (manusia/haiwan), tetapi kata "ada" tidak semestinya perlu ada sebelum kata sendi nama "pada". Contohnya seperti yang tuan nyatakan dalam ayat Wang pada saya ini ialah wang baki simpanannya dan Begnya pada saya. | Tatabahasa | 17.12.2012 |
Salam..Buku Teks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, "Pendidikan Islam Tahun 4, Jilid 2", cetakan kelima, 2007, adalah dirujuk. Sila lihat mukasurat 1, Asas Ulum Syariah, tajuk Beriman Kepada Qada' dan Qadar, bahagian pengertian. Adakah pengertian tersebut tepat? | Sebenarnya pengertian yang sedia ada di dalam buku tersebut adalah cadangan daripada pihak Kementerian Pelajaran sendiri (takrif Usuliyyin). Segala maklumat lanjut silalah berhubung terus dengan pihak Kementerian. | Makna | 12.06.2010 |