Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
pedalaman dan pendalaman,apa bezanya? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu. pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Makna | 31.01.2011 |
Apakah perbezaan antara pedalaman dan pendalaman? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Istilah | 21.10.2009 |
pedalaman /pendalaman | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja. | Makna | 24.05.2010 |
ejaan yang betul untuk pendalaman @ pedalaman | 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll). Oleh hal yang demikian, kedua-dua kata ini boleh sdr menggunakannya, tetapi mempunyai makna yang berbeza, iaitu pedalaman bererti daerah, manakala pendalaman menggambarkan proses kerja. . | Makna | 01.07.2009 |
Apakah masalah dari sedi penggunaan kata dalam ayat-ayat ini: 1. Setiap kelas diminta membina SUDUT bacaan masing-masing. 2. Dia tidak dapat menerima SUDUT pandangannya yang agak keterlaluan itu. Terima Kasih | SUDUT (KAMUS DEWAN EDISI EMPAT) 1. penjuru (bilik, halaman, kain, padang, dll), ceruk, pojok (rumah dll 2. bidang atau luas antara dua garisan atau permukaan yg bertemu 3. = sudutan tempat yg terletak jauh, ceruk rantau, pelosok: kapal pengangkut tentera dr Rabaul telah mengelilingi ~ timur New Guinea utk melakukan pendaratan di Port Moresby; 4. pokok atau dasar pandangan (penelitian, penyelidikan, dll), arah pandangan, segi;. Kedua-dua penggunaan perkataan 'sudut' adalah tepat. | Tatabahasa | 15.10.2012 |
salam apakah perbezaan pedalaman dan pendalaman. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi pedalaman dan pendalaman adalah seperti yang berikut: i. pedalaman - daerah yang jauh dari pantai (yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu ii. pendalaman - perihal mendalamkan, tindakan (proses dan lain-lain) mendalamkan | Makna | 21.09.2011 |
1. kawasan pendalaman atau kawasan pedalaman 2. dibawah atau di bawah 3. diperingkat atau di peringkat | Encik Zamri, 1. Merujuk Kamus Dewan kata Pedalaman ; daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah, manakala pendalaman pula membawa maksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. Oleh itu, frasa yang tepat ialah kawasan pedalaman yang merujuk tempat atau kawasan. 2. di bawah bukan dibawah. 3. di peringkat bukan diperingkat. | Tatabahasa | 27.05.2009 |
Assalamualaikum. apakah perbezaan makna antara pendalaman dan pedalaman. saya mendapat maklumat sekarang ini maknanya membawa maksud yang sama. satu lagi bagaimana penggunaan belakangan dan kebelakangan | Saudara Muyusmaliza, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan pedalaman bermaksud daerah yg jauh dr pantai (yg terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri), hulu: dia menjadi orang yg paling berpengaruh di daerah ~; penjahat-penjahat sedang bersembunyi di daerah ~; manakala perkataan pendalaman bermaksud perihal mendalamkan, tindakan (proses dll) mendalamkan. | Makna | 03.08.2009 |