Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
penjodoh bilangan untuk cermin mata | Penjodoh bilangan untuk cermin mata ialah sepasang jika jumlahnya satu. Jika jumlahnya lebih bdaripada satu, perkataan 'pasang' hendaklah didahului dengan jumlah cermin mata. Contoh : tiga pasang atau lima pasang. | Lain-lain | 28.04.2010 |
Apakah penjodoh bilangan bagi cermin mata | Penjodoh bilangan untuk cermin mata ialah pasang. Contohnya ialah sepasang, dua pasang. Harap maklum. | Tatabahasa | 01.08.2008 |
Ali mengelap cermin tingkap dengan sehelai kain yang basah atau lembap? Manakah yang tepat? Terima kasih. | Ayat yang gramatis, Ali mengelap cermin dengan sehelai kain lembap. | Tatabahasa | 06.12.2012 |
Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor.adakah ayat ini betul? | Ahmad mengelap cermin tingkap kerana sudah kotor - ayat ini tidak gramatis kerana sudah bermaksud selesai, oleh itu tidak sesuai digunakan dalam ayat ini. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
Pertanyaan mengenai bahasa melayu teknologi maklumat contoh ayat : Via a download mirror , adakah saya perlu menukar mirror ke cermin Soalan 2: Torrent dalam bahasa melayu teknologi maklumat, mengikut kamus torrent adalah curahan, tetapi bagaimana dengan bahasa melayu teknologi maklumat | Dalam bidang teknologi maklumat, istilah untuk mirror ialah cermin, dan tiada istilah torrent. Dalam pangkalan data kami, padanan untuk istilah torrent (dalam bidang Geografi dan Geologi) ialah cegar. Cegar bermaksud aliran air sungai yg deras (kerana dasarnya terdiri drpd batu hampar dan agak mencuram letaknya). Perkataan curahan boleh digunakan sekiranya sesuai dengan konsep dalam bidang tersebut. | Istilah | 19.03.2011 |
1)seorang murid lelaki menyusun meja dengan kemas 2) seorang murid lelaki mengelap cermin tingkap dengan baik. adakah kedua-dua ayat ini betul? | Kedua-dua ayat tersebut betul tetapi tidak sejadi (natural) kerana frasa kerjanya membayangkan ada pelaku tertentu yang telah melaksanakan perbuatan menyusun dan mengelap. Ayat yang sesuai ialah 1) Murid lelaki itu menyusun meja dengan kemas. 2) Murid lelaki itu mengelap cermin tingkap dengan baik. | Makna | 11.05.2011 |
Cara ini mengatasi masalah cahaya yang dipantulkan dari/daripada cermin mata. | Kedua-duanya boleh digunakan, sama ada dari atau daripada. Jika merujuk tempat dan arah, kata sendi nama "dari" digunakan, dan jika menyatakan "punca", kata sendi nama "daripada" digunakan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
Salam sejahtera tuan. Perkataan terhempas' boleh digunakan dalam ayat ini? Dia memukul bola hoki dengan kuat dan bola itu terhantuk pada cermin kereta. Bolehkah 'terhantuk' digantikan dengan 'terhempas' dalam ayat ini? Sekian, terima kasih. | Perkataan yang lebih sesuai ialah terkena. | Tatabahasa | 23.07.2013 |
1. Perkataan ia bolehkah digunakan untuk benda atau haiwan? Kalau boleh, diminta berikan ayat contoh. 2. Perkataan sebagainya atau lain-lain. Betulkah ayat ini? Murid-murid menjalankan tugas seperti menyusun meja, menyapu lantai, mengelap cermin tingkap dan sebagainya. 3. Bolehkah pihak tuan berikan senarai kata majmuk yang terkini yang dieja sebagai satu perkataan.( perkataan yang telah dimantapkan) | 1. Perkataan ia hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara. Tidak boleh digunakan untuk binatang. 2. Kedua-duanya boleh digunakan (dan sebagainya/dan lain-lain) 3. Suruhanjaya, setiausaha, olahraga, warganegara, antarabangsa, tanggungjawab, kakitangan, jawatankuasa, pesuruhjaya, matahari, tandatangan, bumiputera, sukarela, kerjasama, beritahu. | Tatabahasa | 11.05.2009 |
Bagaimanakah kita ingin menggunaan tanda seruan yang betul | Tanda seru digunakan sesudah ungkapan atau pernyataan yang berupa seruan,perintah atau yang mengungkapkan kebenaran, ketidakpercayaan atau rasa emosi yang kuat. Contoh : Amboi, cantiknya pakaian dalam almari cermin itu! Wah, besarnya kereta awak! Menurut penerbitan Gaya Dewan, hanya satu sahaja penggunaan tanda seru dan huruf besar selepas tanda seru. | Tatabahasa | 15.04.2013 |