Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam sejahtera, boleh tuan/puan beritahu saya apakah jawapan untuk soalan yang disertakan atau soalan tersebut langsung tidak mempunyai jawapan yang tepat. soalan: Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan cergas dengan betul. I Bersenam menjadikan otak kita cergas. II Dia bergiat cergas dalam bidang olahraga. III Kami berasa cergas setelah bekerja seharian. IV Suara budak itu memang cergas apabila berpidato. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. I, II, III dan Iv | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna cergas ialah: 1. bertenaga dan giat (bkn orang, tubuh, otak, dsb), aktif: Aminah kanak-kanak yg ~; 2. pantas, cepat: mereka bergerak ~ sebaik-baik sahaja diberi perintah; 3. banyak menjalankan atau terlibat dlm kegiatan dsb, giat, aktif: mengambil bahagian ~ dlm aktiviti sukan sekolahnya; sebuah jawatankuasa yg ~; 4. banyak kegiatannya menjual dan membeli (bkn pasaran saham); 5. (masih) mengeluarkan wap dan lahar (bkn gunung berapi), aktif: gunung berapi Etna masih ~. Berdasarkan takrifan tersebut, maka pilihan yang betul ialah ialah I, II, dan III. Untuk mengelakkan kekeliruan, saudara digalakkan merujuk penyedia soalan tersebut. | Tatabahasa | 24.06.2010 |
Saya ingin memastikan ayat-ayat di bawah yang manakah mempunyai tatabahasa yang betul: 1) Budak itu gemuk tetapi cergas. 2) Budak itu kurus tetapi cergas. Terimakasih. | Kedua-dua ayat betul bergantung pada sifat yang hendak disampaikan atau ditonjolkan. | Tatabahasa | 28.04.2008 |
Badannya menjadi lemah selepas makan makanan yang dibelinya dari kantin. Pilih perkataan seerti bagi perkataan LEMAH A.kuat B.cergas Mana jawapan yang betul dan mengapa? | Perkataan kuat dan cergas bukan perkataan seerti dengan lemah tetapi merupakan perkataan berlawan. Harap sdr dapat jelaskan soalan sdr. sama ada perkataan seerti atau berlawan. | Tatabahasa | 07.03.2007 |
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk Burung Dove melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan. | Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 24.11.2008 |
kami terpesona apabila menyaksikan kelincahan ahli-ahli akrobatik berjalan di atas tali yang dirennggangkan. tuan, mengapakah buku rujukan mengatakan kelincahan adalah salah? | Kelincahan bermaksud perihal lincah. Antara maksud lincah ialah cergas, giat, pantas, tangkas dan rancak. Oleh itu, mana mungkin perihal sifat tersebut dapat dilaksanakan di atas tali yang direnggangkan. Apa yang dapat menggambarkan hal keadaan tersebut ialah keberanian atau perbuatan lain yang dilakukan dengan berhati-hati. | Tatabahasa | 03.08.2011 |
Pemain yang sungguh lincah itu telah dikawal oleh pihak lawan setiap kali dia menerima bola. munsyi, adakah lincah sesuai digunakan? TQ | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, lincah bermaksud tidak boleh diam atau bergerak selalu. Lincah juga bermaksud cergas, giat, pantas, tangkas, dan rancak. Oleh itu dalam konteks ayat tersebut, perkataan lincah boleh digunakan. | Tatabahasa | 14.02.2012 |
Saya inginkan definisi dan kupasan maksud yang mendalam bagi perkataan KESIHATAN, KESEGAKAN dan KECERGASAN. | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, kesihatan bermakna perihal sihat, kesegaran, kebaikan keadaan (badan dll). Kesegakan pula bermaksud perihal (sifat, keadaan) segak, kekacakan, ketampanan manakala kecergasan ialah perihal atau keadaan cergas (tubuh, otak, dsb). Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan dan ingin kupasan yang lebih lanjut, sila rujuk buku yaang berkaitan. | Makna | 10.09.2008 |
salam, apakah yang dimaksudkan dengan SLOW LEARNER? Adakah DBP masih menggunakan istilah lembam? adakah lembam = slow learner. Didalam kategori masalah pembelajaran dimanakah pelajar lembam berada? TQ | Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pelajar lembam. Lembam bermaksud 1. tidak ada kekuatan, lemah 2. lembap,tidak cergas, lemah(berkenaan kemampuan seorang murid menerima pelajaran). Untuk mengetahui kategori masalah pembelajaran pelajar tersebut perlu menjalani pemeriksaan doktor. Saudara boleh menghubungi Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. | Makna | 17.07.2008 |
APAKAH MAKSUD SERING? | Saudara Puiman, Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cergas |
|
|