Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
cenderahati atau cenderamata | cenderamata- seperti sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda penghargaan. | Istilah | 13.03.2012 |
salam.... apa itu cenderamata dan cenderahati.. | Cenderamata dan cenderahati kedua-duanya merujuk sesuatu yang diberikan kepada orang lain sebagai tanda ingatan. | Istilah | 08.06.2011 |
yang manakah betul untuk digunakan cenderamata atau cenderahati | Cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata. | Lain-lain | 07.05.2005 |
apakah perbezaan penggunaan kata cenderamata dan cenderahati? Apakah makna tersendiri kata cenderamata dan cenderahati? | kedua-dua membawa maksud yang sama. cenderamata 1. sesuatu yg diberikan kpd orang lain sbg tanda ingatan, cenderadurja, cenderahati, tanda mata; 2. kekasih, buah hati. | Tatabahasa | 10.07.2007 |
Salam. Mengapakah cenderahati dieja dalam satu perkataan? Terima kasih. | Cenderamata dan cenderahati sememangnya telah mantap dan dieja sebagai satu perkataan. | Ejaan | 13.04.2012 |
saya mengharapkan bantuan pihak tuan/puan agar dapat memberikan bilangan, keluaran edisi dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukan ttg penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? Terima kasih | Sila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994. | Lain-lain | 13.08.2007 |
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasih | Sila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994. | Lain-lain | 13.08.2007 |
Saya ingin mengetahui tentang penggunaan kata cenderahati atau cenderamata? yang manakah lebih tepat penggunaannya dan apakah alasan yang berkaitan | Cenderamata, cenderahati, cenderadurja atau tanda mata ialah perkataan yang bersinonim (mempunyai makna yang sama atau hampir sama). Kesemuanya betul dan boleh digunakan. Walau bagaimanapun, perkataan yang sering/biasa digunakan ialah cederamata. | Lain-lain | 19.04.2009 |
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan "cenderahati" telah dimasukkan. Adakah ini bermaksud perkataan itu telah diterima oleh DBP secara sah dan boleh digunakan secara rasmi. Dulu, saya difahamkan bahawa perkataan ini tidak baku. | Perkataan baku yang diterima ialah cenderamata. Untuk pengetahuan saudara, saudari Kamus Dewan merakam perkataan yang digunakan oleh masyarakat. Semua perkataan yang dimasukkan dalam Kamus Dewan tidak semestinya diterima sebagai baku dan boleh digunakan untuk tujuan rasmi. | Lain-lain | 04.05.2009 |
saya ada melihat teks pengacara utk satu majlis rasmi kerajaan. terdapat perkataan yang diguna iaitu 'CENDERA KENANGAN'. maksud yang ingin disampaikan ialah cenderamata/cenderahati. Adakah perkataan tersebut boleh digunakan? saya sendiri telah menggunakannya dalam satu majlis memandangkan ia kelihatan menarik. bagaimanapun, apabila saya semak perkataan tersebut di laman ini, ia tiada dalam kamus. | Kata "cendera" itu sahaja bermaksud "lena". Sebab itu timbulnya kata "cenderamata" bermaksud "lena mata". Namun pada suatu ketika muncul kata "cenderahati" untuk menggambarkan sesuatu yang diberi itu lebih ikhlas. Kalau hendak diterjemahkan menjadi "lena hati". Maksudnya apabila kita menerima sesuatu pemberian, hati menjadi suka/tenang dan diterjemahkan dengan "lena" atau "cendera". Ada juga yang menggabungkannya dengan kata "durja" yang bermaksud "wajah". Kalau cendera kenangan. "Lena kenangan". Bagi saya gabungan ini tidak sesuai. Bagaimana dengan saudara? | Istilah | 02.01.2009 |