| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Apa yang dimaksudkan dengan cendikiawan? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) makna kata cendekiawan ialah: cendekiawan kata nama orang atau golongan cerdik pandai atau berpendidikan tinggi yang menggunakan daya fikirnya untuk meneliti dan merenung pelbagai perkara dan menyebarkan ideanya kepada umum. Contoh penggunaan: Cendekiawan Islam silam mempunyai rahsia dan formula pemakanan mereka sendiri bagi tujuan kecerdasan dan kecergasan. | Makna | 01.11.2024 |
| ejaan utk: a. cendekiawan b. sireh | cendekiawan dan sirih | Ejaan | 02.10.2011 |
| cendekiawan ke cendiakawan???mana satu yg betul? | Ejaan yang betul ialah "cendekiawan". | Ejaan | 09.02.2010 |
| Ejaan yang betul untuk " cendekiawan atau cendiakawan"? Sepi berpanjangan mengundang kesedihan, namun adakalanya rasa damai dan sunyi itu pencetus saat ketenangan yang mengasyikkan? Yang mana lebih sesuai 'pencetus" atau "mencetus' bagi ayat di atas? | Ejaan yang betul ialah cendekiawan. Dalam ayat yang diberikan, perkataan yang sesuai ialah 'mencetus'. | Tatabahasa | 25.11.2008 |
| I azman memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu.IIPara cendekiawan akan menganjurkan seminar untuk mengupas masalah disiplin pelajar.III Adi adalah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. IV Oleh sebab terlalu menurut kemarahannya, akhirnya dia menerima padah. soalan saya ialah yang manakah ayat yang betul dan jika salah apakah kesalahannya? terima kasih | 1. Azman memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR yang lalu. 2. Tiada kesalahan tatabahasa. 3. Adi ialah olahragawan yang berpotensi dalam acara lontar peluru. 4. Tiada kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 06.08.2008 |
| Tun Dr. Mahathir Mohamad seorang_________ ulung ketika menerajui pentadbiran malaysia. A bangsawan B cendekiawan C negarawan D usahawan | Saudari, Dalam konteks ayat di atas jawapan yang paling sesuai ialah 'negarawan'. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat negarawan merujuk kepada 1. orang yg mahir benar dgn cara-cara pemerintahan negara, orang yg memegang atau pernah memegang tampuk pemerintahan sesebuah negara, ahli negara: Churchill ialah seorang ~ Inggeris yg ulung; 2. pemimpin politik yg sangat dihormati kerana sifat-sifatnya (spt kebijaksanaannya, kejujurannya, dll) yg unggul; kenegarawanan sifat atau kebolehan sbg negarawan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 23.08.2012 |
| Nama hotel bagi UTM ialah Scholar's Inn dan saya ingin nama ini ditukar kepada bahasa melayu. apakah nama dalam bahasa melayu yang sesuai bagi Scholar's Inn? | Padanan scholar dalam bahasa Melayu ialah sarjana, cendekiawan, cerdik pandai, dan orientalis. Kami berpendapat padanan ini tidak sesuai untuk digunakan sebagai nama hotel. Kami mencadangkan pihak tuan memilih nama tokoh ilmuwan tempatan khususnya dalam kalangan UTM sendiri untuk diabadikan pada nama hotel berkenaan. | Istilah | 19.08.2009 |
| assalamualaikum. sy ingin bertanya berkenaan kata-kata sarjana. apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata sarjana? dan bagaimana kita hendak mengetahui bahawa seseorang itu diiktiraf sebagai seorang sarjana yg membolehkan kita memetik kata-kata beliau utk dimuatkan dalam sesebuah esei yg dikarang | Sarjana yang dimaksudkan di sini ialah orang yang bijak pandai ataupun digelar cendekiawan. Tiada batas yang ditetapkan untuk mengiktiraf seseorang sebagai cendekiawan tetapi dalam hal memetik kata-kata sarjana lazimnya kita memetik kata-kata tokoh yang sememangnya ahli dalam bidang tertentu seperti Ibnu Sina dalam bidang perubatan, Nuruddin Al-Raniri dalam bidang falsafah dan ulama dan Sasterawan Negara. | Lain-lain | 07.06.2011 |
| apakah yang dimaksudkan dengan intelek? | Sdr. Harnizam, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.intelek bermakna - (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; | Makna | 30.04.2009 |
| Mohon DBP untuk berikan jawi berikut: 1. psikofarmakologi 2. elektroensefalografi 3. neurotransmiter 4. hipotalamus 5. sinaptogenesis 6. spektrofotometri 7. fotosintesis 8. metamorfosis 9. kromosom 10. mitokondria 11. ribosom 12. nukleus 13. kloroplas 14. elektromagnet 15. termodinamik 16. kuantum 17. atmosfera 18. stratosfera 19. kontemporari 20. cendekiawan 21. laboratorium 22. graviti 23. galaksi 24. bakteria 25. hormon 26. protein 27. karbohidrat 28. stetoskop 29. teleskop 30. makmal 31. anestesiologi 32. bronkodilator 33. kardiovaskular 34. dermatologi 35. endokrinologi 36. farmakokinetik 37. gastroenterologi 38. hematologi 39. imunoglobulin 40. karsinogenik 41. laringoskop 42. mikroorganisma 43. nefrologi 44. oftalmologi 45. patofisiologi 46. radiografi 47. sitoplasma 48. toksikologi 49. ultrasonografi 50. ventrikel 51. xeroftalmia 52. zoonosis 53. arteriosklerosis 54. bioteknologi 55. kriopreservasi 56. deoksiribonukleik 57. epidemiologi 58. farmakovigilans 59. homeostasis 60. interferon Sekian, terima kasih. | Mohon rujuk laman sesawang Pusat Rujukan Persuratan Melayu (prpm.dbp.gov.my) atau Kamus Dewan Perdana untuk menyemak ejaan Jawi. Bagi istilah saintifik, pihak tuan boleh mengekalkan ejaan Rumi bagi perkataan tersebut. | Lain-lain | 13.07.2026 |