Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang mana yang betul penggunaannya? ...dia mencapai Taraf Cemelang ... dia mencapai taraf cemerlang. ... diak mencapai taraf Cemerlang. | Ayat yang betul ialah "dia mencapai taraf cemerlang". | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Apakah maksud remaja cemerlang? | Pelajar cemerlang ialah pelajar yang mendapat kejayaan atau menerima keputusan peperiksaan yang sangat baik. | Makna | 18.03.2012 |
"WORDING" UNTUK SIJIL ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG PERINGKAT NEGERI | LOGO Tajuk : "Sijil Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Negeri ........." Teks : Dianugerahkan kepada ......................................... Atas Pencapaian Cemerlang dalam Peperiksaan .............. .................................... (Tandatangan) Pengarah Jabatan Negeri | Lain-lain | 15.11.2007 |
Yang mana lebih tepat: a) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh darjah 1 Delima. b) Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah satu Delima. | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat Anugerah kelas cemerlang dimenangi oleh Darjah 1 Delima. | Ejaan | 06.03.2012 |
Adakah perkataan itqan boleh digunakan bagi maksud cemerlang. Contohnya Budaya Kerja Itqan sebagai menggantikan maksud Budaya Kerja Cemerlang. kata Itqan semakin mendapat tempat di kalangan motivator dan penceramah agama. Adakah ia sudah diterima dalam kamus dewan? | Budaya Kerja Cemerlang sudah mantap penggunaanya. Perkataan Itqan belum diterima di dalam Kamus Dewan. Pengguna seharusnya menggunakan perkataan bahasa Melayu yang mantap tanpa menggunakan perkataan bahasa asing. | Tatabahasa | 29.03.2013 |
"melahirkan pelajar cemerlang hendaknya."adakah ayat ini betul dan sesuai digunakan untuk pantun? | Ayat tersebut bukanlah satu ayat yang lengkap, tidak ada subjek yang menjadi pokok perbincangan dalam ayat. Jika hendak digunakan dalam pantun perlu ada kesinambungan dengan baris yang menjadi pasangannya (pembayang atau maksud). | Tatabahasa | 15.05.2013 |
Sebagai guru cemerlang Bahasa Melayu, saya menghadapi kesukaran untuk menjawab dengan jelas pertanyaan guru-guru bahasa Melayu mengenai perbezaan penggunaan imbuhan 'memper.....' dan 'memper.....kan'. Terdapat ada kata nama dan kata kerja yang menggunakan imbuhan 'memper....kan'. Imbuhan ' memper.....' khusus utk kata adjektif difahami, tetapi bagi kata nama dan kata kerja. | Perbezaan antara memper- dengan memper-...-kan dibincangkan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 10, (e) awalan memper- digunakan dengan kata adjektif telah saudara fahami. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan pada halaman tersebut di atas dan rujuk juga halaman 177 untuk lebih memahami awalan memper.... | Tatabahasa | 13.02.2009 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' dan apakah skop petikan ini? | Slogan 'Bahasa Cemerlang, Bangsa Gemilang, Negara Terbilang' merupakan slogan penting dalam usaha menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju, gemilang dan terbilang. Bermula dengan bahasa kebangsaan, menurut Pendeta Za'ba : 'Bahasalah yang akan dapat menambah kepandaian ilmu bangsanya kerana hanya bahasa yang boleh menjadikan manusia berilmu dan berakal'. Menurut Dato' Dr Hassan Ahmad : 'Asas pembangunan dan kemajuan negara kita bergantung pada setakat manakah bangsa kita mempunyai kekuatan dan keupayaan ilmu dan pengetahuan untuk menciptakan kemajuan itu dalam dan melalui bahasa kita. Kita tidak boleh bergantung selama-lamanya pada ilmu yang diimport sahaja kerana kadang-kadang ilmu yang diimport dari luar itu tidak dapat disesuaikan dengan keadaan kita, dengan keperluan, tujuan dan matlamat pembangunan kita'. Oleh itu, melalui penguasaan bahasa kebangsaan yang cemerlang khususnya dalam mengejar ilmu pengetahuan, akan menjadikan bangsa kita gemilang, yang impaknya amat besar dalam pembinaan negara-bangsa terbilang. | Lain-lain | 23.02.2008 |
Penglibatan kokurikulum akan melahirkan murid cemerlang. Munsyi, apakah kesalahan ayat ini? TK | Ayat yang betul ialah penglibatan murid dalam kokurikulum akan melahirkan murid yang cemerlang. | Tatabahasa | 06.08.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan bangsa gemilang di salam slogan 'bahasa cemerlang, bangsa gemilang, negara terbilang'? | Bangsa gemilang bermaksud bangsa yang cemerlang hasil daripada kejayaan yang ditempa dalam pelbagai bidang kehidupan. | Makna | 03.03.2008 |