Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah "adulteration", "adulterated product" dan "adulterant?" -Bidang Farmasi / Perubatan. Kami biasa gunakan istilah "campur palsu" atau "cemar palsu" sebelum ini untuk produk atau ubat yang dicampur dengan bahan kimia atau racun yang tidak diisytihar atau tidak dibenarkan. | Jika merujuk bidang Perubatan dan Veterinar, padanannya ialah pencemaran, bahan cemar atau produk cemar. | Istilah | 04.06.2010 |
Salam. Bagaimanakah hendak membezakan antara mencemarkan dengan mencemari? | Mencemari bermaksud menjadikan cemar; atau mengotori: contoh ayat, Tingkah laku yg tidak sopan telah mencemari nama baiknya. Manakala mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar; atau mengotorkan: contoh ayat, Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap. | Tatabahasa | 19.05.2010 |
Bagaimanakah membezakan penggunaan akhiran -i dan -kan. Ayat yang manakah betul penggunaannya. a. Jangan cemari sungai. b. Jangan cemarkan sungai. | Perkataan mencemari bermaksud menjadikan cemar. Contoh,: Tingkah lakunya yang tidak sopan mencemari nama baiknya. Perkataan mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar. Contoh: Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Jangan cemarkan sungai'. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202-208. | Tatabahasa | 09.07.2009 |
salam, saya ingin bertanyakan tentang penggunaan tanda (:) dan penggunaan tanda (;). sebagai contohnya dalam tafsir ayat al-Quran. Maksudnya: Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.huma. menceritakan, Rasulullah SAW telah bersabda: Apabila air mencukupi dua kolah nescaya air itu tidak akan menjadi cemar (atau kotor). Dalam lafaz hadis yang lain disebutkan; tidak akan menjadi najis. boleh tuan/puan jelaskan dengan terperinci kegunaan kedua simbol (; dan :) ini. terima kasih. | Lazimnya tanda titik bertindih digunakan untuk memisahkan subjudul dengan judul utama buku, contohnya Ekonomi Kini: Prinsip dan Persoalan. Tanda koma bertindih pula digunakan untuk memisahkan dua atau beberapa klausa utama yang biasanya disambung dengan kata hubung dan, tetapi, atau, namun dan lalu. Contohnya Membaca menambahkan ilmu; berfikir mempertajam akal; jadikanlah kedua-dua ini pegangan hidupmu. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Gaya Dewan. | Tatabahasa | 19.04.2012 |