Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1. Apakah perbezaan makna cawangan dan kaunter ? Adakah betul sekiranya menggunakan kenyataan sprt. berikut : Kita ada 24 buah kaunter di seluruh Selangor atau Kita ada 24 buah (penjodoh bilangan buah, sesuai atau tidak) cawangan di seluruh Selangor. Apa yang saya tahu kaunter adalah salah satu komponen di sebuah premis atau cawangan atau pejabat.Tambahan pula di cawangan,sekurang-kurangnya ada 3 kaunter . sekiranya begitu 24 x 3 = 72 kaunter. Harap pencerahan dari pihak DBP. | Salam saudara/saudari, Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat cawangan merujuk kepada bahagian daripada sesuatu yang lebih besar (daripada persatuan, pertubuhan dan syarikat.) Manakala kaunter membawa maksud meja panjang tempat melayani pertanyaan tetamu, tempat urus niaga dijalankan, tempat makanan disajikan kepada pelanggan atau barang-barang yang dipamerkan. Penggunaan penjodoh bilangan 'buah' sesuai digunakan dalam kedua-dua konteks ayat. | Tatabahasa | 03.08.2012 |
saya berminat untuk menajdi penulis bebas, adakah sebarang bengkel yang dianjurkan oleh DBP cawangan sabah ? | Sekiranya sdr berminat mengikuti bengkel penataran penulis di DBP cawangan Sabah, sdr boleh menghubungi Puan Nelawati Ngadul, Pegawai Komunikasi DBP Cawangan Sabah di talian 088-439260. | Lain-lain | 04.06.2008 |
Apa peranan DBP Cawangan Sarawak? | Sejak penubuhannya, DBP Cawangan Sarawak memainkan peranan yang penting dalam pengendalian hal-hal yang berkaitan dengan bahasa dan sastera di negeri ini. Antara peranan yang penting ialah: 1. Melaksanakan kegiatan yang mengarah kepada peluasan, peningkatan penggunaan dan kejayaan pelaksanaan bahasa kebangsaan sebagai bahasa rasmi tunggal. 2. Melaksanakan kegiatan-kegiatan kesusasteraan yang membantu ke arah: Membina bakat penulisan dan memupuk minat serta penghayatan sastera kebangsaan di Sarawak. Memperbanyak hasil dan bahan untuk diterbitkan dalam bahasa kebangsaan serta meningkatkan mutu sastera kebangsaan di Sarawak. 3. Mendapatkan bahan-bahan penerbitan dalam Bahasa Melayu daripada sumber budaya Sarawak yang sesuai untuk diterbitkan. | Lain-lain | 12.11.2007 |
Apakah ada cawangan DBP di Machang? | Untuk makluman puan, pejabat cawangan DBP di Wilayah Timur ialah di Kota Bharu, Kelantan. Puan boleh berhubung dengan pejabat DBP Wilayah Timur berdasarkan maklumat yang berikut: Alamat: Lot 107 - 109, Seksyen 26, Jalan Abdul Kadir Adabi, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Telefon: 09 - 7475 656 Faks: 09 - 7475 252 | Lain-lain | 03.07.2011 |
Bagaimanakah cara untuk memohon bekerja di Dewan Bahasa dan Pustaka cawangan Negeri Sarawak. | Sdr, Sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan apabila terbaca iklan jawatan kosong yang mencatatkan penempatan jawatan itu di DBP Cawangan Sarawak. Namun, selaku penjawat DBP, sdr boleh ditukarkan ke mana-mana cawangan/wilayah atau ke ibu pejabat sekiranya diperlukan. | Lain-lain | 31.08.2009 |
Siapakah Pengarah DBP Cawangan Sarawak sekarang? | Sehingga kini yang menjalankan tugas Pengarah DBP Cawangan Sarawak ialah En. Jiso Rutan. Beliau boleh dihubungi di talian 082-444711. | Lain-lain | 12.11.2007 |
Saya hendak ingin tahu no tep / laman web cawangan DBP Kota Kinabalu kerana hendak membeli buku-buku sekolah dan memastikan buku-buku tersebut ada ataupun tiada | Alamat penuh bagi Dewan Bahasa dan Pustaka Cawangan Sabah adalah seperti berikut: Kompleks DBP Sabah, Telok Likas, 88873 Kota Kinabalu, Sabah. Tel: 088-439 314 Cawangan Sabah tidak mempunyai laman web sendiri tetapi saudara boleh mencari maklumat tentang DBP Sabah dalam laman web Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 10.12.2009 |
SALAM 1 MALAYSIA, ADAKAH DPB MEMPUNYAI CAWANGAN DI NEGERI MELAKA? | Untuk pengetahuan sdr. DBP tidak mempunyai cawangan di Melaka. Oleh itu sebarang urusan yang berkaitan dengan DBP boleh dibuat dengan menghubungi pejabat wilayah seperti maklumat berikut; DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA WILAYAH SELATAN Alamat: No. 1 & 3, Jalan Susur Dato' Muhd. Said Sulaiman, Larkin Perdana, 80350 Johor Bharu, Johor. Telefon: 07 - 2365 588 Faks: 07 - 2358 686 | Lain-lain | 01.02.2012 |
Bolehkah saya mendapatkan takwim aktiviti DBP cawangan sabah?. Saya salah seorang ahli DBP caw Beaufort. Kenapa tiada lagi aktiviti seperti tahun-tahun sebelumnya. Seperti pertandingan membaca sajak dsb?. | Saudari boleh menghubungi DBP Cawangan Sabah melalui telefon, 088-439260/439314/439315 untuk tujuan tersebut. Terima kasih. | Lain-lain | 27.01.2009 |
BOLEHKAH SAYA BERURUSAN DENGAN DBP CAWANGAN SABAH UNTUK MENDAPATKAN PENERBITAN BUKU LATIHAN RUMUSAN SPM. APAKAH PERKARA-PERKARA YANG PERLU SAYA SEDIAKAN UNTUK TUJUAN PERRMOHONAN PENERBITAN BUKU LATIHAN TERSEBUT. | Saudara boleh berurusan terus dengan Unit Penerbitan, DBP Cawangan Sabah. Bahan yang perlu disediakan ialah: 1. Manuskrip yang mempunyai ciri-ciri tersebut -font saiz 12 -langkau 2 baris -kertas A4 -disediakan CD writer -Surat iringan yang menyatakan manuskrip tersebut untuk diterbitkan. Kelulusan penerbitan manuskrip tersebut tertakluk kepada penilaian awal editor, dan kelulusan JKE/JKP sekian.Terima kasih | Lain-lain | 04.03.2009 |