Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
cam ne nak buat sajak sy teringin nak memahami maksud sajak yang berbahasa kiasan penuh dengan pesonafikasi | Assalamualaikum wbk. Sdr. dicadangkan merujuk dan menghayati buku Panduan Menulis Sajak (terbitan DBP) karya Rahman Shaari. Dalam hal ini juga, sdr. digalakkan membaca puisi karya penulis lain terutama karya yang memenangi hadiah sastera, rajin mengikuti bengkel penulisan puisi serta banyakkan berkarya. Mudah-mudahan sdr. akan berjaya menjadi penulis/penyair yang baik. Sekian, teriama kasih. | Lain-lain | 11.10.2008 |
Apakah terjemahan bagi perkataan webcam? Terima kasih. | Cadangan terjemahan web cam ialah kamera web. | Istilah | 12.03.2012 |
Adakah perbezaan antara dikenalkan dengan diperkenalkan? Terima kasih. | Dikenalkan ialah bentuk pasif bagi mengenalkan. Yang membawa maksud cam, hafal, tanggap, dan pasti. Contoh ayat: Peserta kursus dikenalkan dengan huruf jawi pada hari pertama kursus mereka. Diperkenalkan ialah bentuk pasif bagi memperkenalkan yang membawa maksud memberitahu, menyatakan, mendedahkan, membentangkan; iaitu menjadikan sesuatu dikenali. Contoh ayat: Dasar Wanita diperkenalkan untuk membantu kaum wanita. Rujukan: Kamus Dewan Edisi Keempat, Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga | Makna | 25.07.2011 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata cam |
|
|