Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
Adakah frasa 'dapat dikenakan bayaran dengan betul' suatu terjemahan yang tepat bagi istilah 'properly chargeable'? Terima kasih | Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah boleh caj /boleh dikenakan caj dengan betul. | Istilah | 15.04.2009 |
Ingin tanya mengenai menterjemah dokumen saya dari bahasa malaysia kepada english. Soalan berikut: 1) Adakah DBP memberi servis berikut? 2) Berapa caj untuk servis penterjemaahan? 3) Apakah waktu buka & tutup bahagian penterjemahan? 4) Servis 'Certified True Copy' juga diperlikan untuk penterjemahan. Adakah servis disediakan? Berapa caj? Terima Kasih. | Kami tidak menyediakan perkhidmatan sedemikian sama ada secara percuma atau tidak. Jika saudara memerlukan perkhidmatan tersebut, saudara bolehlah menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (21424381) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (41497210)tetapi saudara perlu membayar kos penterjemahan tersebut. | Lain-lain | 02.06.2008 |
no beneficiary bank charges | caj bank tidak dikenakan | Lain-lain | 11.06.2007 |
Isu penggunaan singkatan dalam Sistem Mesej Singkat ( SMS ) amat membimbangkan dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu. Apakah tindakan Dewan Bahasa dan Pustaka ( DBP ) dalam hal ini ? Pada pandangan peribadi saya, penggunaan singkatan adalah untuk menjimatkan wang kerana mesej yang panjang akan menyebabkan syarikat telekomunikasi mengenakan caj yang berlebihan. Namun, penggunaan singkatan itu mestilah berpada-pada dan tidak keterlaluan. | Penggunaan bahasa Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) yang tidak terkawal dan sewenang-wenangnya oleh pengguna SMS telah melahirkan kerisauan kepada ahli bahasa kerana gejala ini telah memberikan kesan terhadap perkembangan bahasa Melayu. Atas kesedaran tersebut, DBP telah menganjurkan "Seminar Penyelidikan: Perkembangan dan Pengaruh SMS Terhadap Bahasa Melayu" pada 19 April 2005. Lanjutan daripada seminar tersebut, DBP telah menerbitkan risalah Panduan Singkatan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) Bahasa Melayu. Risalah ini diharapkan dapat dijadikan panduan dalam penulisan SMS yang standard. | Istilah | 07.12.2009 |