Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Manakah yang betul? 1. otak cair 2. cair otak Merujukkan kamus dewan edisi keempat, cair otak digunakan. | Berdasarkan kelaziman bentuk yang ada, frasa "otak cair" yang lebih tepat, contoh lain seperti "otak beku" dan "muka tembuk". | Tatabahasa | 28.04.2013 |
menjadi cair | Kami tidak menjawab soalan berbentk teka silang kata. | Lain-lain | 07.04.2010 |
cair dan gaul ialah diftong atau vokal berganding? | Cair dan gaul ialah vokal berganding. | Tatabahasa | 07.10.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan otak cair dan kecairan maklumat? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, otak cair bermaksud cepat menangkap pelajaran dan sebagainya yang diajarkan; cerdik. | Makna | 26.04.2012 |
DBP menyatakan air sebagai diftong, dan cair sebagai vokal berganding, bolehkah jelas lebih lanjut mengapa sebegini? Terima kasih. | Setelah berbincang dengan pakar bahasa, air dan cair merupakan vokal berganding. Kami memohon maaf atas kekeliruan tersebut. | Tatabahasa | 22.01.2013 |
perbezaan antara cecair dan jelly | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, cecair bermaksud bahan yg cair sifatnya dan dapat mengalir dgn bebas tanpa bentuk tertentu, mis air dan minyak, cairan: apabila dipanaskan, ais berubah menjadi ~; manakala padanan istilah jelly dalam bahasa Melayu ialah jeli yang bermaksud sj bahan spt agar-agar; ~ petroleum campuran hidrokarbon yg separa pepejal dan lut cahaya, dan digunakan dlm industri ubat-ubatan, kosmetik, dsb. | Istilah | 03.02.2010 |
minta tanya, apakah bunyi e dalam perkataan lumer? Terima kasih | Sebutan lumer ialah lumér yang bermaksud menjadi cair. Sebutan sama seperti kereta, iaitu keréta. | Tatabahasa | 11.09.2013 |
Wujudkah perkataan 'perleceh' yang bermaksud merendah-rendahkan atau mempersia-siakan? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edsisi Keempat, leceh (lécéh) ialah; 1. meleleh dan melekat pada tempat yang dilaluinya (seperti lilin yangg cair dll); 2. ki kurang nilai (harga, mutu, dsb), tidak berguna, hina: memang engkau ~, apa yang engkau hendak, engkau sendiri tidak tahu; ~ budi tidak berbudi; perempuan ~ perempuan sundal; 3. ki cerewet lagi remeh (pekerjaan dll), lambat, lengah, rumit: pekerjaan yang ~; meleceh mengampu (ketua, majikan), bermuka-muka (dengan ketua dll); melecehkan tidak menghiraukan, memandang rendah (hina dll); perlecehan perihal hina; peleceh orang yang suka mengampu atau bermuka-muka (dengan ketua dll). | Tatabahasa | 10.09.2013 |
Salam sejahtera, mohon berikan cadangan terjemahan bagi "Privacy Policy" (polisi yang biasanya dinyatakan jika kita mengisi borang, untuk melindungi butir peribadi kita) dan sejenis warna, "medium green". Terima kasih | 1. Ruangan tersebut bukanlah suatu dasar, sebaliknya disebut "Maklumat Peribadi" yang perlu dilengkapkan apabila kita mengisi borang. 2. Medium bermaksud sederhana dan jika medium green diterjemahkan itulah warna hijau yang sebenarnya. Maka cukup sekadar kita menandakannya sebagai warna hijau kerana jika berlebihan hijaunya baharu disebut hijau pekat dan jika sebaliknya disebut hijau cair. | Istilah | 17.07.2012 |
1. Ahli bomba memadamkan api dengan air. 2. Ahli bomba memadamkan api dengan hos. 3. Ahli bomba memadamkan api dengan saluran paip air. Adakah penggunaan "hos" dan "saluran paip air" boleh digunakan untuk ayat di atas. Mengikut kamus, hos bererti tiub untuk mengalirkan air dari paipnya. Adakah saluran yang digunakan oleh ahli bomba untuk memadamkan api ialah hos? | Tiub merujuk tiub yang dibuat daripada getah dan sebagainya untuk menyalurkan cecair atau gas; manakala saluran ialah sesuatu (seperti paip) yang digunakan untuk mengalirkan benda-benda cair. Merujuk maksud perkataan hos dan saluran tersebut ketiga-tiga contoh ayat tersebut boleh diterima. | Tatabahasa | 14.04.2010 |