Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hash Button = Butang Hash? | Ejaan bahasa Inggeris yang betul ialah hatch button, sementara dalam bahasa Melayu istilah yang betul ialah butang hac. | Istilah | 03.11.2006 |
Perkataan yang sesuai digunakan untuk menerangkan maksud "stud" pada kasut bola sepak | Padanan istilah stud dalam bahasa Melayu ialah butang katup, walau bagaimanapun terdapat banyak frasa lain yang berkaitan dengan stud seperti stud welding padanannya kimpalan stad dan T stud machine padanannya mesin stad T. | Istilah | 20.05.2010 |
Saya ingin tahu terjemahan untuk frasa 'premium gift' dan 'button bagde' dalam Bahasa Malaysia. Juga 'ceramic mug'. Terima kasih. | Untuk makluman tidak ada istilah bahasa Melayu yang khusus dalam pangkalan data kami untuk istilah yang tuan kemukakan. Walau bagaimanapun, cadangan istilah bahasa Melayu ialah cenderamata istimewa (premium gift), lencana butang (button badge) dan kole seramik (ceramic mug). | Istilah | 08.02.2012 |