Ketika dia tersiuk-siuk melangkah dengan tiga kakinya....(cerpen Pahlawan Buntung Antologi Tingkatan 5 muka surat 123) apakah maksud tersiuk-siuk? | Saudara, Perkataan tersiuk-siuk dalam ayat yang di atas bermaksud bunyi yang terhasil daripada proses pergerakan yang cepat contohnya berjalan, bunyi seperti rotan di sebat di udara, atau bunyi suara orang sedang dalam keadaan kepedasan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat halaman 1509. sekian, terima kasih. | Sastera | 09.02.2011 |