Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya adalah ahli jawatankuasa bahagian promosi di Universiti Malaya dimana saya ditugaskan untuk menggantung bunting di sekitar Kuala Lumpur. Soalan saya, adakah dibenarkan bunting menggunakan bahasa inggeris pada keseluruhan bunting? Soalan kedua bagaimana prosider untuk mendapatkan kelulusan bunting yang mana boleh dipamer atau tidak | Gegantung ("bunting") hendaklah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama. Bahasa Inggeris boleh dimasukkan sebagai bahasa kedua di sebelah bawah bahasa Melayu dan tulisannya hendaklah lebih kecil. Saudara boleh menghantar visual gegantung tersebut kepada Bahagian Pengembangan Bahasa Melayu melalui faks 03-21422029 untuk disemak penggunaan bahasa Melayu. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Tepatkah jika "bunting" (bahasa Inggeris) diterjemahkan sebagai "banting" dalam bahasa Melayu? | Kata yang paling sesuai digunakan untuk bunting ialah gegantung. | Makna | 03.07.2007 |
Apakah terjemahan untuk perkataan "banner" dan "bunting"? Terima kasih. | Padanan banner dalam bahasa Melayu ialah kain rentang dan bunting ialah gegantung. | Istilah | 06.10.2011 |
Dear En Sulaiman, Attached here with the visual of bunting design for approval on the message written in the bunting before we send to DBKL for licensing purposed. Thank you CM Ong | Penggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan bukannya KHidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 12.07.2012 |
Mohon diberikan maklumat tentang istilah 'bunting' dalam bahasa Inggeris boleh digunakan dalam penggunaan rasmi atau lebih wajar digunakan 'pepanji?' | Padanan kata bunting dalam bahasa Melayu ialah gegantung. | Istilah | 14.06.2011 |
mohon pihak DBP untuk membuat semakan untuk kandungan teks bunting yang akan digunakan oleh pihak politeknik sempena promosi pertandingan FIRA 2013. bersama ini dilampirkan visual bunting tersebut. terima kasih | Perkataan bahasa Melayu dalam gegantung yang dilampirkan adalah betul. Walau bagaimanapun, untuk mendapatkan sijil pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-Perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). | Lain-lain | 02.08.2013 |
Assalammualaikum, Tuan/Puan. Pihak kami ingin membuat permohonan lesen iklan bunting dengan DBKL. Sebelum mendapat kelulusan daripada DBKL pihak kami ingin mendapatkan pengesahan/pembetulan ejaan, bagi iklan bunting kami. Di harap pihak tuan/puan dapat membantu kami untuk memperbetulkan dari segi bahasa, ejaan & makna sebelum pihak kami terus datang ke pejabat tuan/puan untuk pengesahan selanjutnya. Di harap pihak tuan/puan dapat memberikan jawapan secepat yang mungkin untuk pihak kami memperbetulkan kesilapan dari segi ejaan, bahasa & makna. Sila berikan nama pegawai yang boleh pihak kami hubungi & berjumpa untuk tujuan pengesahan. Sila hubungi Pegawai Kanan Pemasaran kami iaitu Pn. Noorhayati Binti Mohamed Halimi di talian 019-281 0735. Sekian, terima kasih. | Padanan bahasa Melayu bagi Semi-D ialah Rumah Berkembar atau Rumah Sebandung. Walau bagaimanapun, tuan hendaklah menghantar iklan ini untuk pengesahan bahasa melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. | Lain-lain | 15.11.2011 |
Apakah kata sendi nama yang sesuai untuk ayat di bawah?Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar di / dalam / di dalam Gugusan Pulau Langkawi. Terima kasih. | Pulau Dayang Bunting ialah pulau kedua terbesar dalam Gugusan Pulau Langkawi. | Tatabahasa | 17.01.2012 |
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad. | Tatabahasa | 04.07.2012 |
Salam, boleh semak bunting di ini? | Sila masuk ke ruangan Khidmat Pengesahan Iklan DBP untuk pengesahan iklan. | Tatabahasa | 02.01.2013 |