Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kata dasar pengebumian ialah ke bumi. Dengan berdasarkan makna yang terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, ke bumi bukanlah bermakna masuk ke dalam bumi melainkan berada di bumi (angkasawan kembali ke bumi) dan kena pada tanah (jatuh ke bumi, tumpah ke bumi). Dapatkah kita katakan ke bumi dalam konteks pengebumian ialah kiasan yang maksud sebenarnya ialah dimasukkan ke dalam lubang kubur? | Sdr. miarmgu, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Pertanyaan sdr. (soalan yang ditanyakan), dimasukkan ke dalam lubang kubur, jika melihat makna yang diberikan dalam kamus pelajar ke bumi; mengebumikan menanam mayat ke dlm kubur; menguburkan. pengebumian perbuatan atau hal mengebumikan. Kata-kata tersebut boleh memberi makna yang sdr. maksudkan. | Makna | 23.02.2009 |
Hari Bumi (Earth Day), tetapi malangnya 'Earth Hour' tempoh hari tiada rakyat yang berani menulis atau menyebut 'Waktu Bumi' atau 'Masa Bumi'. | Saudara, Terima kasih atas pandangan dan keprihatinan saudara terhadap perkara ini. Mungkin penganjurnya terlepas perhatian kali ini. | Lain-lain | 29.03.2010 |
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku" | Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. | Tatabahasa | 06.03.2008 |
apakah yang dimaksudkan dengan "nadir bumi" | Nadir Bumi ialah siri Lantanid iaitu siri lima belas unsur logam nadir yang bermula dengan lantanum dan berakhir dengan lutetium.
Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=nadir+bumi...
| Tatabahasa | 12.01.2013 |
1. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "mengorbankan banyak nyawa". 2. Kejadian gempa bumi di Turki itu telah "banyak mengorbankan nyawa". Ayatyang menggunakan "mengorbankan banyak nyawa/ banyak mengorbankan nyawa" betul? | Ayat yang betul ialah 'Kejadian gempa bumi di Turki telah mengorbankan banyak nyawa'. Banyak ialah kata bilangan yang menjadi penerang jumlah pada frasa nama dan hadir sebelum frasa nama tersebut. | Tatabahasa | 08.02.2011 |
apa kerja geologist??? boleh x bg detail about geologist.....? adakah kerjaya ini sesuai untuk perempuan......berapa gaji seorg geologist? | Geologis ialah ahli kaji bumi yang berkaiatn dengan asal usul, sejarah, struktur dan komposisi bumi (gunung berapi, hidrologi, batu batan dan mineral). Ahli kaji bumi memerlukan kemahiran sistem maklumat geografi (GIS). Tugas ahli kaji bumi juga berkaitan dengan petroleum dan perlombongan. Tugas ahli kaji bumi sesuai untuk kaum lelaki dan wanita (bagi wanita yang berminat dan bersedia melakukan kerja lapangan yang lasak). | Makna | 03.04.2008 |
Saya agak keliru dengan istilah "nadir bumi" daripada perkataan Bahasa Inggeris "rare earth". Mengapa nadir bumi sedangkan kalau "rare gas" istilahnya dalam Bahasa Melayu adalah "gas nadir" dan bukannya "nadir gas"? ... | Istilah yang betul untuk 'rare earth' ialah nadir bumi. Untuk makluman, istilah bahasa Melayu dibentuk berdasarkan konsep dalam bidang tersebut. Oleh itu, penterjemahan istilah tersebut tidak semestinya patuh kepada persamaan bentuk. | Istilah | 06.09.2011 |
tuan, saya dapati perkataan "bumi" dieja dengan huruf kecil (kata nama am) tetapi nama planet lain, dieja sebagai kata nama khas.MOhon penjelasan tuan | Bumi dieja dengan huruf besar jika merujuk kepada salah satu planet dalam sistem suria. Sekiranya merujuk kepada permukaan bumi atau tanah, dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 21.09.2011 |
Yang mana paling tepat: a) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga.". b) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga". c) Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga." | Penggunaan tanda baca yang betul ialah Daripada Abu Said, Nabi Muhammad menjelaskan, "Amal utama di atas bumi ini ada tiga." | Ejaan | 15.02.2012 |
Gempa bumi yang kuat pada pagi nanti telah menyebabkan bangunan-bangunan tinggi di kawasan itu bergegar. munsyi, adakah gramatis ayat ini? TK | Ayat tersebut tidak gramatis, perkataan nanti menyatakan bahawa peristiwa tersebut belum berlaku. | Tatabahasa | 05.04.2012 |