Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah penterjemahan " dual frontage shop" dalam BM selain kedai dwi buka depan atau kedai buka depan berkembar? | Toko dwi buka depan atau Toko buka depan berkembar. | Lain-lain | 14.11.2008 |
Untuk simpulan bahasa berikut, perkataan 'tembelang' atau 'temberang' yang manakah betul? (a) besar tembelang (b) besar temberang (c) buka tembelang (d) buka temberang | Tiada maklumat berkaitan simpulan bahasa (a) besar tembelang (b) besar temberang (c) buka tembelang (d) buka temberang dalam data kami. | Tatabahasa | 17.12.2015 |
Buka fail gambar. Bagi contoh berikut, gambar yang digunakan adalah gambar air terjun di dalam bingkai / dalam bingkai. | Ayat yang gramatis ialah ... gambar air terjun di dalam bingkai .... | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Yang mana lebih tepat: a) "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. b) "Umaimah, buka pintu cepat!" suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | "Umaimah, buka pintu cepat!" Suara Ubaidillah melaung memanggil Umaimah. | Tatabahasa | 29.11.2011 |
Istilah sesuai bagi Unboxing yang merujuk kepada buka kotak sesebuah produk teknologi. Adakah buka kotak / nyah kotak sesuai digunakan? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah unboxing ialah buka kotak. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 10.09.2023 |
Kita Nak buka Furniture showroom dekat mall, so nak tanya apa perkataan yang paling sesuai untuk kita buat signange kat luar a) Kedai Pameran Perabot b) Bilik pameran Perabot c) Pameran Perabot d) Galeri Perabot Terima Kasih | Keterangan utama yang sesuai untuk visual ini: KEDAI PERABOT atau GALERI PERABOT Untuk mendapatkan pengesahan visual pada papan tanda premis, sila daftar akaun melalui laman web dbpsahbahasa.my dan rujuk Panduan Pelanggan atau Video Penggunaan DBP Sah Bahasa yang tertera. | Lain-lain | 20.06.2023 |
KINI DI BUKA LIGHT & EASY CAFE 7.00 AM - 7.00 PM NO 9, JALAN BOLING PADANG G 13/G SEKSYEN 13, 40100 SHAH ALAM NASI LEMAK + KOPI/ TEA O LAKSA IKAN SEKOQ + CENDOL/ ABC KARIPAP CHEESE TELUR | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama puan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. | Lain-lain | 22.01.2015 |
bila DBP buka? dari pukul berapa? | DBP dibuka mengikut waktu pejabat iaitu dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 5.30 petang, dari hari Isnin hingga hari Jumaat. | Lain-lain | 08.09.2009 |
Kedai itu terbuka Atau Kedai itu buka | Pernyataan yang betul ialah "Kedai itu buka". | Tatabahasa | 22.12.2023 |
1."Minta buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu tertpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat terpanah petir. Adakah ayat-ayat di atas gramatis. Kalau ayat itu salah sila tunjukkan kesalahannya. terima kasih. | Ayat yang betul ialah 1."Sila buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim atau "Buka buku teks Bahasa Melayu kamu,"arah Cikgu Halim. 2. "Jangan pergi ke mana-mana sehingga saya datang, " ujar Kumaran. 3. Juruterbang itu terpaksa membuat pendaratan cemas. 4. Kambing itu mati akibat dipanah petir. | Lain-lain | 13.08.2010 |