Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Kedai barangan buatan tangan | Kedai barangan buatan tangan | Tatabahasa | 14.01.2008 |
Kendatipun kereta ini buatan setempat, namun setanding dengan kereta buatan luar negara. munsyi, setanding=sama tanding, adakah wajar dengan digunakan? setanding dengan kereta ata setanding kereta lebih sesuai digunakan? TQ | Setanding ialah sebanding dengan seperti setanding dengan kereta. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah? | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
APAKAH MAKSUD ARTIFAK, MONUMEN DAN FOSIL? | Artifak ialah barang-barang buatan manusia (terutamanya alat perkakas, senjata) yg merupakan peninggalan sesuatu zaman. Monumen ialah bangunan (patung dll) yg dibina utk memperingati seseorang atau sesuatu peristiwa penting, tugu. Fosil pula ialah tinggalan (sisa) jasad haiwan atau tumbuhan zaman purba (prasejarah) yg kini mengeras dan tertanam di dlm bumi (batuan dsb). | Makna | 13.08.2008 |
Apakah maksud bekas tangan | Bekas tangan bermakna: a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan | Ejaan | 09.08.2006 |
Apakah perbezaan antara "pemuliharaan" dan "pemeliharaan"? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemuliharaan bermaksud perihal (proses, usaha, perbuatan, dsb) memulihara (sesuatu): kini usaha sedang dipergiat utk memelihara serta memulihkan kesuburan tanah agar dapat digunakan selama-lamanya, iaitu usaha yg dikenali sbg ~ tanah. Pemeliharaan pula bermaksud 1. perbuatan memelihara, pembelaan, perawatan: amalkan langkah-langkah asas ~ kulit; 2. pendidikan: anaknya itu diserahkan ke dlm ~ seorang pengasuh; 2. penternakan (binatang): diadakan kawasan khas utk ~ binatang-binatang ternakan; 3. penjagaan (pengolahan, penyelenggaraan) bahasa dll: pd Amir Hamzah ~ aliterasi dan asonansi merupakan corak puisinya; 5. penyelamatan (drpd bencana, rosak, dll): ~ tanah. | Istilah | 23.12.2010 |
Selamat sejahtera, Setelah meneliti takrif kata tentang diftong dan vokal berganding saya faham tentang contoh yang diberi saudara tapi saya masih tidak pasti tentang beberapa perkataan. Adakah perkataan-2 ini betul? 1) vokal berganding = menaiki, kemudian, bersiap, buatan (bolehkah mana-2 huruf vokal bergabung?) 2) digraf = dengan, pengunjung, barangan Terima kasih. | Vokal berganding berlaku apabila dua huruf vokal berurutan dalam satu perkataan seperti dalam kata pulau dan saat; dan vokal berganding tidak semestinya menghasilkan dua bunyi. Contoh lain vokal berganding adalah seperti yang saudara berikan. Digraf sama dengan konsonan berganding, iaitu dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, kh dan sy, seperti dalam contoh yang saudara berikan. | Tatabahasa | 10.08.2012 |
1)Ibu memandu kereta (pergi ke) pejabat. 2)Ibu memandu kereta( ke) pejabat. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima? -------------------------------------------- a)Ibu memandu kereta Proton. b)Ibu memandu Proton Saga. c)Ibu memandu kereta Proton Saga. d) Ibu memandu kereta buatan Malaysia. Adakah kesemua ayat ini betul? Terima kasih. | Kesemua ayat yang dinyatakan adalah betul. | Tatabahasa | 10.10.2013 |
manakah parkataan yang sesuai diguna antara diolah dan diulas?dan apakah perbezaan makna perkataan tersebut? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan bergantung kepada konteks ayat kerana membawa maksud yang berbeza. Olah ialah 1. cara (berbuat sesuatu), akal (daya upaya, tipu daya), laku, tingkah: bagaimana ~nya hendak menjadi kaya cepat? 2. perbuatan, buatan, kerja: ini sudah tentu ~ anak saya; bukan ~ bukan buatan, bukan main; 3. perbuatan yg aneh-aneh, canda, tingkah: orang tua yg banyak ~nya; Ulas pula ialah juru~ orang yg menghuraikan (mengupas) sesuatu, jurutafsir; | Lain-lain | 14.08.2010 |
Perbezaan makna makanan organik dan bahan kimia organik. | kimia organik = cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); Bahan Organik = a) berkanaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) berkenaan bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) berkenaan tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; organik =; bahan ~ a) berkenaan bahan, proses, dll yg ada kaitan dgn (sumber) haiwan atau tumbuhan; b) bkn bahan kimia yg mengandungi unsur karbon; c) tanaman yg menggunakan baja drpd sumber haiwan atau tumbuhan (bukan drpd bahan kimia buatan): tanaman ~; kimia ~ cabang kimia yg berkaitan dgn sebatian karbon; penyakit ~ penyakit yg melibatkan perubahan struktur tubuh. Makanan organik = makanan yang terhasil daripada proses organik. | Tatabahasa | 06.12.2012 |