Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Maksud muka seposen (sepuluh sen). | Muka seseorang yang buat-buat minta belas kasihan | Makna | 24.09.2018 |
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama? | Perkataan 'buat' bukan kata sendi nama. Perkataan yang lebih sesuai ialah 'untuk' kerana 'untuk' merupakan kata sendi nama. Frasa yang gramatis ialah 'untuk selama-lamanya' dan 'untuk kali pertama'. | Tatabahasa | 02.08.2019 |
Dalam frasa "buat selama-lamanya", dan "buat kali pertama", adakah perkataan "buat" itu kata sendi nama? (Soalan in telah ditanya pada 2 Ogos 2019) | Buat bukan kata sendi nama. Rujuk TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA m/s: 265 untuk penerangan lebih lanjut tentang kata sendi nama. | Tatabahasa | 20.08.2019 |
salam sejahtera. manakah penggunaan yang lebih tepat? buat kali pertama atau buat pertama kali? | Buat kali pertama, lebih tepat. Namun begitu, kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 31.03.2018 |
Mohon cadangan perkataan Bahasa Melayu untuk "The Do's and Don'ts". Adakah sesuai 'Buat dan Jangan Buat". | Frasa The Do's and Don'ts boleh diterjemahkan kepada "Buat dan Jangan Buat" atau "Boleh Dilakukan dan Tidak Boleh Dilakukan", bergantung pada konteks penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 11.11.2014 |
1) Akan kami buat 2) kami akan buat tolong beri penjelasan yang manakah yang betul..dan cara penggunaan yang tepat... | Ayat pasif yang betul ialah ...akan kami buat. Kami akan membuat... (bukan kami akan buat) ialah bentuk ayat aktif. | Tatabahasa | 10.01.2014 |
Penulisan peribahasa BUAT BAIK BERPADA-PADA BUAT JAHAT JANGAN SEKALI adakah tepat mengikut tatabahasa B.Melayu.Apakah kategori untuk Kata SEKALI dalam peribahasa tersebut. Jika dihumorkan kadang-kadang membawa maksud buat baik ada hadnya, tetapi kalau buat jahat jangan sekali(mesti lebih daripada sekali). Apa komen tuan. Terima kasih. | Sekali ialah kata nama bermaksud satu kali. Jika dilihat dari aspek tatabahasa penggunaan sekali dalam ungkapan tersebut tidak tepat, sebaliknya ungkapan yang tepat ialah sekali-kali. Perlu diingat peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Dan untuk melihat kelas kata dan ayat contoh yang betul rujuk buku Tatabahasa Dewan.
| Lain-lain | 07.02.2012 |
Salam, Appreciate advice on the correct usage: "Buat julung kalinya" or "Buat julung-julung kalinya"? When to use 'julung' & 'julung-julung'? Thank you. | Frasa yang betul ialah "buat julung-julung kalinya", julung-julung bermaksud pertama-tama atau mula-mula, manakala julung bermaksud pertama atau utama. | Tatabahasa | 30.07.2012 |
Buat tapak lompat jauh dengan panjang 50cm,lebar 25cm dan kedalaman 20cm. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah: Bina tapak lompat jauh dengan kepanjangan 50 m, kelebaran 25 m dan kedalaman 20 m. | Tatabahasa | 30.11.2022 |
buat ayat dengan perkataan guna | tiada guna lagi engkau menyesali atas apa yang berlaku. | Tatabahasa | 07.01.2008 |