Bagaimana saya boleh tahu dengan lebih terperinci tentang zaman transisi daripada tradisional ke moden dalam hal -hal kesenian seperti permainan boneka , penglipur lara dan drama tari . | DBP telah menerbitkan pelbagai buku mengenai sejarah perkembangan sejarah drama di Malaysia. Salah satunya ialah Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden: Drama oleh Abdul Rahman Napiah. KN DBP mencadangkan saudara merujuk bahan-bahan untuk tugasan tersebut di atas perkara drama. Bahan-bahan tersebut boleh di dapati di perpustakaan atau di laman web dengan menaip kata kunci drama. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 04.10.2009 |
Nak tanya 'asap' boleh guna penjodoh bilangan gumpal? terima kasih. | Salam sejahtera, Tidak semua benda memerlukan penjodoh bilangan. Tidak ada contoh penggunaan penjodoh bilangan atau unit bagi asap dalam sumber rujukan kami. Kata asap tidak perlu menggunakan penjodoh bilangan. Namun lazimnya, perkataan yang sering digandingkan dengan 'asap' ialah 'kepul.' Manakala perkataan 'gumpal' pula merujuk Kamus Pelajar, gumpal merupakan kumpulan benda seperti darah, tanah liat) yang merupakan ketul; segala yang berkepal-kepal atau berkepul-kepul (awan dll): Dia telah membuat boneka daripada segumpal tanah liat yg dikeraskan. | Tatabahasa | 04.12.2012 |