Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
bolehkah kata ganti nama bonda di gunakan oleh rakyat biasa (non-royal) untuk menggantikan panggilan ibu/emak? | Bonda ialah bahasa halus untuk 'ibunda' yang digunakan oleh kerabat raja. Walau bagaimanapun, panggilan bonda yang juga membawa maksud ibu atau emak boleh digunakan oleh rakyat biasa kerana penggunaannya bukan dalam konteks rasmi. | Lain-lain | 05.01.2011 |
Saya mendapat tahu editor majalah Tunas Cipta , Puan Noraini (Bonda Ani) akan ke luar negara pada bulan September. Adakah ini bermakna Bonda Ani akan bersara terus sebagai editor ? | Untuk keterangan lanjut, saudari boleh mengemukakan pertanyaan tersebut kepada Puan Noraini binti Husin, melalui no. telefon 03-21434831 atau melalui e-mel: norainihussin@dbp.gov.my. | Lain-lain | 05.06.2009 |
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Muhammad, Puan Fatimah, Saudara Nurmin, Saudari Jamilah, Pak Cik Atan, Bonda Zubaidah dan Anakanda Ardiana. Tepatkah penggunaan huruf besar dalam ayat contoh ini? Terima kasih. | Dalam penulisan rasmi hanya dua sapaan sahaja yang digunakan bagi yang tidak bergelar iaitu Tuan (Encik) dan Puan seperti Tuan Ahmad (Encik Ahmad) dan Puan Jamilah. Sapaan seperti saudara, saudari, bonda, pak cik, makcik dan sebagainya digunakan dalam ranah tidak rasmi atau dalam bahasa percakapan. Walau bagaimanpun jika ada keperluan menggunakan sapaan tersebut dalam urusan rasmi bentuk pengejaan yang diberi betul. | Tatabahasa | 15.05.2012 |
apakah tema bagi sajak ke makam bonda? | Kasih sayang seorang ibu. | Lain-lain | 19.02.2009 |
Queen Mother Republic Swazziland (Head) | Bonda Ratu (Karyanet) | Lain-lain | 30.04.2007 |
Tuan/Puan, saya ingin bertanyakan penggunaan kata yang sesuai jika menulis surat kiriman tidak rasmi kepada ahli keluarga (seperti kakanda dan adinda). Jika begitu, adakah ini bermaksud sebarang penggunaan kata untuk ahli keluarga lain (jika disebut dalam surat) perlu menggunakan kata panggilan zaman dahulu seperti ayahanda, bonda, nenda, dan sebagainya? Terima kasih. | Dalam penulisan surat kiriman tidak rasmi, penggunaan kata panggilan seperti ayahanda, bonda, adinda dan lain-lain menunjukkan kemesraan dan hubungan silaturahim sesama ahli keluarga. Penggunaan perkataan tersebut bergantung kepada penulis dan melihat keseragaman dalam penulisan surat. | Tatabahasa | 24.10.2013 |
adakah redha sama maksud dengan rela? | reda: (réda) bersedia dgn ikhlas hati (utk membuat sesuatu), rela: ada di dalamnya orang-orang yg ~ bersekutu bersama-sama sbg manusia; rela: (réla) 1. dgn hati yg ikhlas (menerima dll), berkenan, bersedia, sudi: maka ~lah aku pergi mengikut dia ke mana perginya; 2. izin, persetujuan, perkenanan: anakanda datang kerana hendak meminta ~ ayahanda dan bonda; 3. memberikan (dgn ikhlas hati), melepaskan (menyerahkan dll) dgn senang hati: ia sudah ~ akan perbuatan isterinya itu; dgn ~ hati dgn senang atau suka hati: keizinan hendaklah diberikan dgn ~ hati, bukan dgn paksaan atau ugutan; | Makna | 03.11.2009 |
Apakah makna atau erti istilah SAYANG dan CINTA dan apakah beza antara kedua-dua perkataan ini. | Encik Kamal, Perkataan sayang bermaksud 1 menaruh rasa kasih atau rasa cinta: ~ benar dia kpd suaminya. 2 perasaan kasih atau cinta: Dr mana datangnya ~, dr mata turun ke hati. 3 menaruh perasaan belas atau kasihan; berasa kesal: ~ aku melihat pengemis tua itu. ~ sekali jika kamu tidak melanjutkan pelajaranmu. 4 panggilan utk orang yg dikasihi; buah hati: ~, mari ayah dukung. bersayang-sayangan saling berasa sayang; berkasih-kasihan. menyayangi 1 berasa sayang akan; mengasihi; mencintai: Dia sangat ~ anak dan isterinya. 2 berasa kesal terhadap sesuatu; menyesali: Apa gunanya ~ perkara yg telah berlaku? kesayangan 1 rasa kasih dan sayang; perasaan sayang; cinta kasih: ~nya terhadap cucunya itu amat mendalam. 2 apa-apa yg disayangi atau yg disukai: Dia terpaksa meninggalkan anak dan isteri ~nya utk melanjutkan pelajaran ke luar negara. penyayang (orang yg) bersifat sangat menyayangi sesuatu: ibu yg ~. Perkataan cinta bermaksud 1. perasaan atau berperasaan sangat sayang kpd (negara, orang tua, kebebasan, dll): walaupun ~nya kpd keamanan amat kuat tetapi ia tetap mengangkat senjata kalau dicerobohi; 2. perasaan atau berperasaan sangat berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: ~ kpd suaminya masih tinggal bersarang dlm hati; barangkali kau masih ~ pd tunanganmu; 3. sl perasaan atau berperasaan dukacita (risau, bimbang, sedih, dll): tiada terperikan ~nya serta bercucuran air matanya; 4. perasaan atau berperasaan ingin akan sesuatu, rindu: putera raja itu amat sangat ~ akan burung yg dilihatnya itu; ~ berahi terlalu sangat cinta (asyik maksyuk); ~ kasih sangat cinta dan kasih (kasih sayang); ~ monyet cinta yg hanya sementara dan tidak serius, terutamanya di kalangan remaja; ~ pandang pertama cinta yg timbul terhadap seseorang walaupun baru pertama kali melihat atau bertemu dengannya; cintakan cinta akan, mencintai; bercinta 1. menaruh rasa cinta atau berahi (asyik, kasih, sayang) antara lelaki dan perempuan: elakkan drpd ~ sebelum lulus pelajaran; 2. berasa rindu; 3. ki berat rasa hati utk melakukan sesuatu (kerana sesuatu sebab yg kurang menyenangkan): kami sangat ~ utk pergi ke bank memandangkan lalu lintas yg sangat sesak; bercintakan 1. menaruh cinta atau kasih kpd, berahi kpd: sbg laki-laki yg ~ seorang wanita, bagaimana jua pun setia wanita itu kepadanya, namun curiga hatinya akan timbul juga barang sedikit; 2. berperasaan rindu akan, ingin akan: ia ~ benda yg sukar diperoleh; 3. sl berdukacita akan sesuatu, berasa sedih (pilu) hati akan sesuatu: tujuh hari baginda tiada nobat ~ Bendahara Seri Wak Raja; janganlah kakang emas ~ permintaan Ratu Dewi Kesuma Indera itu; bercinta-cintaan 1. cinta-mencintai, berkasih-kasihan: baru hendak ~ dgn seorang perempuan, tiba-tiba ia diberi malu dan dihina; 2. bercengkerama atau bercumbu-cumbuan (antara lelaki dan perempuan): sebelum hari malam, dia ~ dgn tunangannya; mencinta 1. menaruh cinta atau kasih (kpd); 2. sl berdukacita (akan), bersedih hati, menyesal; mencintai 1. mengasihi, menaruh cinta pd: ia ingin ~ dan dicintai; 2. merindukan(hendak memperoleh sesuatu dll), mengharapharapkan, menginginkan: tidak ada orang yg tak ~ duit; tercinta (yg) dicintai (dikasihi, disayangi): engkau pisahkan aku dr anakku yg ~; kecintaan 1. perasaan cinta, kasih, kesayangan: yg mempertalikan hati suami dan isteri itu ialah ~ yg diikat oleh kesetiaan; seluruh rakyat seharusnya menerima hakikat ini dan memberi sepenuh ~ kpd bahasa kebangsaan; 2. yg dicintai (dikasihi), kekasih: pemuda ~nya bekerja sbg wartawan; 3. sl kerinduan kesedihan, kebimbangan; 4. sl menanggung cinta (sedih dll); percintaan 1. perihal bercinta-cintaan atau berkasih sayang (antara laki-laki dan perempuan): kahwin itu ialah kemuncak ~;2. sl perasaan dukacita (sedih, pilu, rindu, menyesal, dll), kesedihan, kesusahan: maka oleh bonda baginda kedua anakanda baginda, kedua-dua anakanda baginda dipeluk dicium, maka ~ bonda baginda pun hilanglah; pencinta orang yg meminati dan mencintai sesuatu: ~ sastera; ~ buku. Daripada makna yang diberikan jelaslah bahawa kedua-dua perkataan ini bersinonim. | Kamus Dewan Edisi Empat | | |
| Makna | 13.06.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bonda |
|
Puisi |
---|
|
Raja Bali terajang kuda, Kuda kuning celana kain; Sembilan bulan dikandung bonda, Niatku tidak pada yang lain.
Lihat selanjutnya... |
|