Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah yang dimaksudkan aspek struktur dalam sesebuah sajak | Secara umum, aspek struktur dalam sesebuah sajak boleh dilihat dari dua sudut, iaitu struktur fizik dan struktur dalaman. Struktur fizikal ialah bentuk yang digunakan oleh seseorang penyair seperti baris, rangkap dan sebagainya. Manakala struktur dalaman pula boleh dilihat dari segi makna puisi tersebut. Sila rujuk buku-buku berkaitan dengan analisis puisi. | Lain-lain | 01.03.2009 |
bagaimanakah perbezaan antara penggunaan dalam dan di dalam? | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
terangkan penggunaan dalam dan didalam. | "Di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. "Dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 09.09.2013 |
apakah sumbangan pebyair wanita dalam puisi melayu moden | Salam. Sumbangan penyair wanita dalam puisi Melayu moden boleh dilihat seperti yang berikut: i. Tentang perjuangan kaum wanita. ii. Menampilkan penglibatan, minat dan bakat kaum wanita dalam bidang kerjaya. iii. Memahami perasaan/pemikiran kaum wanita. iv. Merancakkan aktiviti dunia sastera tanah air. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 12.03.2009 |
Yang manakah satu betul, di dalam petikan / dalam petikan? Terima kasih. | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. Ayat yang betul "Antara nilai yang terdapat dalam petikan ini ialah bersopan santun". | Tatabahasa | 04.02.2013 |
assalamualaikum...saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata dalam dan di dalam.. | 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 19.03.2012 |
adakah nilai murni baik hati hanya dikhususkan menolong orang lain sahaja? bolehkah ia digunakan untuk menolong ibu bapa. | Nilai murni baik hati boleh dilihat dalam hubungan sesiapa sahaja termasuklah hubungan antara kita dengan kedua-dua ibu bapa. | Lain-lain | 19.10.2012 |
kemusykilan tentang kata sendi nama. mana yang betul. 1) didalam senarai.. 2) di dalam senarai.. penjelasan? | 'Di dalam' digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. 'Dalam' pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. oleh itu, ayat yang betul ialah : dalam senarai.. | Tatabahasa | 02.02.2013 |
Bolehkah berikan contoh bagi perkataan "ulang-alik","simpang-siur","dolak-dalik"dan"bolak-balik"?Nak tahu cara penggunaannya. | Contoh penggunaan kata ganda tersebut boleh dilihat dalam laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taip perkataan berkaitan. Contohnya ulang-alik Perahu besar di Kuala Terengganu itu bukan sahaja ulang-alik ke Pahang, tetapi juga ke Siam. | Tatabahasa | 29.02.2012 |
Assalamualaikum, keliru : 1. penggunaan 'di dalam' untuk apa dan bila? 2. penggunaan 'dalam' untuk apa dan bila? | Di dalam digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, seperti di dalam kereta, di dalam rumah dan di dalam dewan. Dalam pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang abstrak sifatnya, seperti dalam fikiran, dalam bidang sains dan dalam kehidupan. | Tatabahasa | 24.09.2012 |