Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
salam, perkataan "ini" boleh digunakan pada permulaan ayat akademik? atau yg terbaik menggunakan "hal ini"? | Ini boleh digunakan pada pangkal ayat. Frasa hal ini demikian ... boleh digunakan tetapi mestilah berkaitan dengan wacana yang sebelumnya. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
BOLEH ATAU TIDAK 'LAJU DOWH' 'DOWH' - MERUJUK AMAT, SANGAT | SLANGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. DIALEK BOLEH DIGUNAKAN. 'DOWH' IALAH SLANGA, TIDAK BOLEH DIGUNAKAN. | Lain-lain | 13.01.2011 |
Mohon penjelasan sama ada perkataan "Pemasyhuran" boleh digunakan di dalam majlis-majlis rasmi biasa atau hanya boleh digunakan di dalam majlis melibatkan protokol Istana? | Permasyhuran bermaksud perihal memasyhurkan (menyiarkan berita dan lain-lain, contohnya pemasyhuran kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu. Pemasyhuran bukanlah bahasa diraja dan boleh digunakan dalam konteks umum. | Istilah | 12.10.2012 |
Saya musykil dengan penggunaan kata ganti diri 'ia'. Bilakah 'ia' boleh digunakan? Ada yang mengatakan 'ia' hanya boleh digunakan untuk benda hidup seperti binatang. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan, ia TIDAK BOLEH digunakan sebagai ganti diri bagi binatang dan benda. Boleh tuan/puan yang bijaksana jelaskan? | Ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan, tetapi kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang. | Tatabahasa | 27.09.2011 |
adakah perkataan 'sapu-menyapu' boleh digunakan sebagai kata ganda? | Perkataan sapu-menyapu tidak boleh digunakan sebagai kata ganda. Kata ganda yang betul ialah menyapu-nyapu yang membawa maksud mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap. | Tatabahasa | 07.02.2013 |
salam, perkataan "di" boleh digunakan pada permulaan ayat atau tidak? | Kata sendi nama di boleh digunakan pada pangkal ayat asalkan lengkap subjek dan predikatnya. | Tatabahasa | 06.03.2012 |
Salam, boleh jelaskan perkataan "karakter" boleh digunakan dalam bahasa Melayu standard? Sekian terima kasih. | Perkataan karakter boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, karakter ialah sifat (ciri) perwatakan yang membezakan seseorang daripada yang lain; 2. huruf, nombor, simbol, atau tanda baca. | Ejaan | 14.02.2013 |
Bagi karangan autobiografi, adakah "beliau" boleh digunakan untuk memanggil tuan? Contohnya, Tuan aku bernama Ali. Beliau menjaga aku dengan baik. | Perkataan "beliau" dalam ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya. Entri 'ditabal @ ditabalkan' (kata dasar = tabal) tiada di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat mahupun PRPM. Adakah ini bermaksud perkataan itu salah dan tidak boleh digunakan? Dan jika boleh digunakan, yang manakah adalah betul antara kedua-duanya? Terima kasih. | Perkataan "ditabalkan" memang tidak terdapat dalam Kamus Dewan Edisi Keempat tetapi kata tersebut betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 03.05.2013 |
Hari ini hari yang istimewa (untuk, bagi, kepada) semua murid. Yang manakah boleh digunakan? | Kata sendi nama untuk dan bagi boleh digunakan untuk ayat yang diberikan. | Tatabahasa | 22.05.2011 |