Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) jangan membuat bising 2) jangan berbuat bising. mana satu betul?. | Ayat yang betul ialah Jangan bising. (Rujuk Nahu Melayu Mutakhir, halaman 181) | Tatabahasa | 11.05.2011 |
Salam tuan, Mana satu yang tepat : a) berbuat bising b) membuat bising c) para hadirin yang saya muliakan d) hadirin yang saya muliakan e) tuan-tuan dan puan-puan sekalian | b). membuat bising. c dan d kedua-duanya boleh digunakan. e juga betul. | Tatabahasa | 27.02.2010 |
Salam, 1. Bunyi yang (kuat) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. 2. Bunyi yang (bising) itu telah mengganggu ketenteraman jiran tetangga. Soalan : Adakah (kuat) dan (bising) betul digunakan dalam ayat no.1 dan ayat no.2 ? 3. (Pokok-pokok) di kampung itu musnah kerana dipukul ribut kencang. Soalan : Adakah (pokok-pokok) betul/boleh digunakan dalam ayat no.3 ? 4. Maksud (tanda mata) ialah (a) hadiah (b) pemberian percuma atau ada jawapan lain yang lebih sesuai ? Sekian, terima kasih. | 1. Perkataan bising yang sesuai untuk ayat tersebut. 2. Pokok tidak sesuai digunakan untuk ayat tersebut, sebaliknya rumah atau bangunan lebih sesuai. 3. Tanda mata ialah hadiah untuk kenangan atau barang pemberian untuk peringatan. | Tatabahasa | 05.03.2012 |
Yang manakah yang betul? 1 Nama pelajar-pelajar yang mengambil bahagian telah disenarikan. 2 Nama-nama pelajar yang mengambil bahagian telah disenaraikan? 3 Jangan bising di dalam kelas. 4 Jangan buat bising di dalam kelas. 5 Jangan berbising di dalam kelas. (Kalau bukan 345, tolong berikan ayat yang betul bersamaan dengan don't make noise in class.) 6 Adakah meningkah dan menyampuk kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif? | Yang betul ialah 'Nama-nama pelajar' dan 'Jangan bising'. Perkataan meningkah intransitif dan perkataan menyampuk ialah kata kerja transitif. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Tatabahasa | 28.04.2009 |
Salam sejahtera, Terima kasih di atas jawapan yang telah saudara berikan sebelum ini mengenai perkataan kata ganda "hingar-bingar". Namun saya masih keliru kerana berdasarkan kamus dewan edisi keempat, m.s 538 (hingar) dan m.s 189 (bingar) menunjukkan yang ia bukan kata ganda. | Perkataan hingar dan bingar mempunyai makna tersendiri, iaitu sangat bising dan bising. Oleh itu perkataan ini bukan kata ganda. Mohon maaf atas kekeliruan yang timbul sebelum ini. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Saya harap tuan dapat membetulkan tatabahasa saya jika ada kesalahan.TQ agar tidak membuat bising. bertahun-tahun dia merantau. pengantin baru. sebagai akibat hujan lebat. membicangkan tentang. memperlebarkan jalan. atas perhatian. ramai kanak-kanak. amat merbahaya. menternak telur ayam. dalam peperiksaan. turun ke bawah. rumah orang tua-tua. makan kuih lagi. mendatangkan banyak. | Sdr. Izzat, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP. Harap pada masa hadapan berikan nama penuh dan no. kad pengenalan untuk tujuan pendokumentasian. TQ agar tidak membuat bising - TQ - seharusnya ditulis Terima kasih. sebagai akibat hujan lebat - seharusnya ditulis akibat hujan lebat. memperlebarkan jalan - tidak menjadi kesalahan besar , boleh sahaja ditulis melebarkan jalan. amat merbahaya - seharusnya ditulis amat berbahaya menternak telur ayam - seharusnya ditulis menternak ayam kerana telur ayam tidak boleh diternak. Ayat yang lain-lain betul dari segi penggunaanya. Atau untuk penjelasan yang lebih lanjut sila berikan ayat yang penuh. | Tatabahasa | 10.07.2009 |
Bahasa Melayu atau bahasa Melayu? berbuat bising atau membuat bsing? berbuat baik atau membuat baik? | 1. Kedua-dua ejaan tersebut adalah betul cuma penggunaannya berbeza. Bahasa Melayu untuk nama mata pelajaran dan bahasa Melayu merujuk bahasa itu sendiri sama seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris. 2. Kedua-dua perkataan membuat dan berbuat boleh digunakan. | Tatabahasa | 01.10.2013 |
Tuan, Ayat: Pustakawan menegur sekumpulan murid yang ............... bising semasa berada di dalam perpustakaan. Yang mana jawapannya : berbuat atau membuat | Kedua-dua perkataan, iaitu berbuat dan membuat adalah betul dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
assalamualaikum tuan/puan. "Cepat balik tau...nanti ibu kau bising." tuan/puan, adakah perkataan tau dalam dialog di atas boleh digunakan dalam penulisan novel? (saya jumpa dialog di atas di dalam sebuah novel remaja.) sekian, terima kasih. | Perkataan tau merupakan bahasa percakapan bagi perkataan tahu. Dalam urusan rasmi, penggunaan perkataan tahu harus digunakan manakala perkataan tau hanya digunakan untuk situasi tidak formal kerana merupakan bahasa percakapan. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
Apakah perbezaan riuh dan bingit ? terima kasih. | Riuh bermaksud bising, gempar, ramai (bunyi, suara, dan lain-lain), manakala bingit bermaksud tidak sedap, kurang senang (didengar). | Makna | 18.11.2008 |