Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam tuan, apakah maksud "bingkisan budi dalam kenangan". Adakah frasa ini hanyalah suatu ungkapan kata-kata atau salah satu peribahasa? Saya tidak menemukan frasa tersebut dalam kamus peribahasa. Terima kasih. | "Bingkisan budi dalam kenangan" ialah frasa atau ungkapan kata-kata sahaja dan bukan peribahasa. | Istilah | 21.05.2016 |
1. nenek dibacakan adik sepucuk bingkisan yang dikirimi abah.Tolong nyatakan kesalahan perkataan sekiranya ada. 2. alaf baharu. Boleh digunakan ke? | Ayat yang dikemukakan boleh digunakan. Manakalan kata alaf baharu boleh digunakan. Bagi membantu saudara mendapatkan penjelasan berkaitan contoh ayat yang dikemukakan, saudara boleh membuat rujukan pada Buku Tatabahasa Dewan keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 28.06.2007 |
Mohd Haniff Kifly KHA 5.56 PTG Mohd Haniff Kifly assalamualaikum saya nak tanya apa erti bingkisan? terima kasih | Wslm. Pihak tuan boleh menggunakan perkhidmatan http://prpm.dbp.gov.my secara percuma untuk menyelesaikan persoalan tersebut. Pada laman tersebut tuan bolek klik pada pautan Kamus Bahasa Melayu, Istilah Malaysia, Bahasa Sukuan v2.0, Kamus Sains , Ensiklopedia, Khidmat Nasihat, Pengesahan Bahasa dan Majalah. Moga ini membantu menyelesaikan masalah tuan. | Makna | 07.09.2017 |
perkataan yang paling tepat untuk menceritakan pengkisahan seseorang dari kecil hingga bersara dalam perkhidmatan | Saudara Tajmohd, Kami cadangkan frasa berikut: i. bingkisan budi dalam kenangan ii. coretan dalam kenangan iii. catatan memori | Lain-lain | 16.07.2009 |
As-salam Tuan/puan, 2. Saya dari Perpustakaan Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar (NRE) bercadang mewujudkan satu sudut untuk menempatkan koleksi buku-buku atau apa sahaja bahan tulisan YB Menteri. Berikut adalah cadangan untuk menamakan sudut tersebut: i. Tinta Menteri ii. Karya Menteri iii. Bingkisan Menteri 3. Sehubungan itu, saya ingin mohon penjelasan penggunaan istilah yang sesuai yang boleh digunakan untuk menamakan sudut tersebut. 4. Mohon khidmat nasihat daripada pihak tuan mengenai perkara tersebut. | Nama yang sesuai digunakan ialah Tinta Menteri atau Karya Menteri. | Lain-lain | 09.09.2016 |