Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Buka fail gambar. Bagi contoh berikut, gambar yang digunakan adalah gambar air terjun di dalam bingkai / dalam bingkai. | Ayat yang gramatis ialah ... gambar air terjun di dalam bingkai .... | Tatabahasa | 22.12.2011 |
Bingkai kompang dibuat daripada kayu . Ada sebarang kesalahan dalam ayat ini ? | Ayat ini tiada sebarang kesalahan tatabahasa. | Tatabahasa | 02.07.2014 |
kami ialah syarikat yang menyedar bingkai kayu & polistirena and juga membuat bingkai gambar, tetapi bukan 'membuat bingkai kayu & polisterina' seperti yang dinasihati daripada tuan / puan pada 29/6/15, sila menasihat iklan yang dilampirkan terima kasih | Sila kenal pasti keterangan syarikat tuan, pemborong, pembekal atau "syarikat yang menyedar"? Sila buat pembetulan dan symbol & ditulis dan, kemukakan semula melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Tatabahasa | 01.07.2015 |
tuan / puan, saya ingin memohon mpsj lesen perniagaan, dengan ini saya menyertakan visual papan iklan untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak dewan bahasa and pustaka. terima kasih | Kami mencadangkan iklan tuan dibetulkan menjadi: PEMBUAT BINGKAI KAYU DAN POLISTIRENA (letakkan di bahagian atas sekali) dan perkataan Pembuat Bingkai Gambar dipinda menjadi Membuat Bingkai Gambar (letakkan di bawah nama kedai). Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 27.06.2015 |
Apakah terjemahan bagi perkataan wire-rim glasses? Terima kasih. | Terjemahan yang paling hampir ialah kaca mata bingkai dawai. | Penyemakan dan penterjemahan | 05.11.2018 |
Apakah terjemahan dalam Bahasa Malaysia untuk "Instagram Photo Frame"? | Terjemahan bahasa Melayu bagi Instagram Photo Frame ialah Bingkai Gambar Instagram. | Penyemakan dan penterjemahan | 01.03.2018 |
Apa terjemahan "frame rate" dalam bidang videografi? | Padanan bagi istilah frame rate dalam bahasa Melayu ialah kadar bingkai. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.
| Istilah | 12.08.2024 |
Selamat petang Encik/Puan, Perkataan yang sesuai dalam Bahasa Malaysia untuk perkataan 'casing'(computer). Sekian terima kasih Admin Pustaka Vision | Untuk makluman tuan, terdapat beberapa terjemahan bagi perkataan casing termasuklah selongsong, perumah, bingkai seperti dalam http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=casing&d=346196&#LIHATSINI. Pada pandangan kami, padanan bahasa Melayu yang paling hampir ialah perumah jika bersesuaian dengan konsep. | Penyemakan dan penterjemahan | 03.11.2017 |
Saya ingin mengemukakan aduan berkenaan ralat pada halaman PRPM DBP. Hasil carian untuk perkataan Melayu kebanyakannya sudah lenyap dan hanya menunjukkan teks, "Carian kata tiada di dalam kamus terkini." Selalunya hasil carian bagi kata itu akan muncul bersama definisi dalam bingkai kuning. Harap isu ini dapat diselesaikan. Saya lampirkan imej sebagai bukti. | Terima kasih atas pemakluman. Kami akan memanjangkan masalah ini kepada bahagian yang berkenaan. | Lain-lain | 12.08.2019 |
Adakan kuda-kuda mempunyai maksud sebagai "banyak kuda" | “Kuda-kuda” bukan bermaksud “banyak kuda” tetapi bermaksud 1. Alat berkaki tiga, biasanya digunakan untuk meletakkan papan hitam, kanvas lukisan, bingkai gambar dan sebagainya. 2. Kayu penyangga untuk menahan bumbung rumah. 3. Bahagian senapang atau pistol yang meledakkan peluru. 4. Penyangga tali pada alat bunyi-bunyian. Untuk maksud “banyak kuda”, kata nama “kuda” boleh digabungkan dengan kata bilangan tentu atau kata bilangan tidak tentu dan penjodoh bilangan contohnya, “sepuluh ekor kuda”, “beberapa ekor kuda” dan sebagainya. | Tatabahasa | 11.02.2022 |