Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
maksud safari | Maknanya ialah ekspedisi utk melihat atau memburu binatang-binatang buas; taman ~ kawasan tanah yg luas dan berkepung tempat binatang buas hidup berkeliaran bebas, dan boleh dikunjungi orang ramai yg menaiki kenderaan dlm kawasan itu. | Makna | 17.01.2010 |
apakah kata ganti nama paling sesuai untuk binatang.Dia atau ia? | Tidak ada kata ganti nama untuk binatang, sebaliknya nama binatang tersebut perlu diulangi setiap kali merujuk binatang tersebut atau diselang-selikan dengan nama lain yang sinonim dengan binatang tersebut seperti harimau/pak belang. | Tatabahasa | 14.05.2011 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang dan nama binatang tersebut perlu diulang setiap kali ia disebut, bukankah ia mendatangkan masalah lebih-lebih lagi bagi saya yang bekerja dalam bidang pembuatan sari kata. Kami mempunyai ruang dan masa yang terhad untuk menterjemah, apatah lagi jika nama binatang itu panjang. Tidakkah ada cara lain untuk memberi kata ganti nama kepada binatang? | Kami memahami situasi yang saudara hadapi. Walau bagaimanapun hal ini tidak dapat dielakkan dan pengulangan nama binatang perlu dilakukan setiap kali merujuk binatang berkenaan. Dan kami mencadangkan penggunaan ayat majmuk campuran bagi membantu saudara mengurangkan/meminimumkan pengulangan nama binatang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
Saya mohon penjelasan penggunaan 'ia'. Bolehkah 'ia' digunakan merujuk kepada binatang? Apakah kata ganti nama bagi binatang? Terima kasih | "Ia" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk orang, benda atau perkara. "Ia" tidak boleh digunakan untuk binatang. Nama binatang tersebut perlu disebut contohnya; Kucing itu... | Tatabahasa | 24.09.2012 |
Ada buku rujukan tatabahasa menyatakan penggunaan perkataan "ia" merujuk kepada manusia sahaja. Ada juga mahzab yang menyatakan perkataan "ia" boleh merujuk kepada benda dan binatang. Mohon penjelasan DBP. | Kata ganti nama ia merujuk manusia dan benda yang dibicarakan tetapi tidak termasuk binatang. Lazimnya binatang tidak menggunakan kata ganti nama ia, dan nama binatang tersebut diulangi beberapa kali apabila merujuk binatang tersebut. | Tatabahasa | 07.07.2010 |
Jika "ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk binatang, maka apakah kata ganti sesuai untuk binatang? Contohnya, jika terdapat ayat bahasa Inggeris, "The elephant lives in the jungle. It has long trunk." Adakah "it" perlu diterjemah sebagai "gajah" sekali lagi jika "ia" tidak boleh digunakan untuknya? | Seelok-eloknya nama binatang itu diulang pada setiap ayat yang merujuk binatang tersebut, seperti dalam contoh yang diberikan: Gajah tinggal di dalam hutan. Gajah mempunyai belalai yang panjang. | Tatabahasa | 30.03.2011 |
SALAM PERTEMUAN. SAYA PERLUKAN SENARAI BUNYI BINATANG (SEBANYAK MUNGKIN- MELIPUTI PELBAGAI BINATANG) CTH: LEMBU - MELENGUH KAMBING - MENGEMBEK T.KASIH | Senarai yang diperlukan tidak ada dalam pangkalan data kami, kecuali satu-satu perkataan yang biasa dikaitkan dengan bunyi binatang seperti ayam berkokok, kucing mengiau, harimau mengaum dan kambing mengembek. | Lain-lain | 26.11.2012 |
APA YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PENTERNAKAN KHINZIR MENGIKUT BAHASA KAMUS DEWAN BAHASA? | PENTERNAKAN : perihal memelihara dan membiakkan binatang, pemeliharaan dan pembiakan binatang; KHINZIR : babi. | Makna | 03.02.2009 |
Saya ingin memastikan penggunaan kata ganti yang betul untuk "binatang". Adakah "ia" boleh digunakan sebagai kata ganti untuk "binatang"? Terima kasih | Ia merupakan kata ganti nama diri orang ketiga. Oleh itu, "ia" tidak boleh digunakan untuk binatang. Terima kasih. | Tatabahasa | 16.01.2008 |
"Ia" tidak boleh digunakan untuk merujuk binatang. Dengan itu, bagaimanakah kita merujuk binatang dengan kata ganti nama diri ketiga? 2. Adakah "mereka" hanya untuk manusia. Jika saya ingin kata: Gajah-gajah di sini bersaiz besar. Mereka haiwan peliharaan Pak Abu. Adakah ayat sedemikian salah? Bagaimanakah saya menyampaikan maksud yang sama tanpa menggunkan "mereka"? | "Ia" dan "mereka" ialah kata ganti nama diri ketiga dan ia boleh juga merujuk benda yang dibicarakan tetapi tidak mereka. Dalam penulisan makalah, nama binatang hendaklah diulang pada setiap ayat yang menceritakan tentang binatang tersebut, seperti Gajah-gajah ini bersaiz besar. Gajah tersebut ialah haiwan peliharaan Pak Abu. | Tatabahasa | 23.04.2012 |