Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum saya ingin bertanya, bagaimanakah cara untuk saya menemui penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut", Darus Ahmad Apakah prosedur yang perlu saya lalui untuk menemuinya? Adakah perlu saya menghubungi DBP atau terus berhubung dengannya? sekian terima kasih | Waalaikumusalam wbk. Terima kasih atas komitmen sdr. itu. Dalam hal ini, kami difahamkan penulis kumpulan cerpen "Biduk Lalu Kiambang Bertaut" (Darus Ahmad) telah meninggal dunia pada sekitar tahun 2005 atau sebelum. Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang karya dan diri penulis, sdr. bolehlah menghubungi waris (anak) beliau iaitu Nuraishah Darus di talian 03-41085682 (rumah) atau 019-2706047 (t/bimbit). Sekian dan selamat berjaya! Salam. | Lain-lain | 23.05.2008 |
Ada tak peribahasa yang berkaitan dengan menimba atau mencari ilmu? Terima kasih. | Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut: 1. Melentur biarlah dari rebung 2. Bolehkah gabus sebelum diasah? 3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju 4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam. | Lain-lain | 03.10.2016 |
Salam perpaduan dan salam sejahtera DBP, izinkan saya tanya sekiranya soalan PT3 bahagian peribahasa bertanya tentang situasi yang bertemakan "kepentingan ilmu", apakah 2 peribahasa yang paling sesuai untuk menggambarkan tema tersebut? (Kami sebagai pelajar hanya boleh tulis jawapan sama ada perumpamaan, bidalan atau pepatah, kami dilarang sama sekali untuk menulis simpulan bahasa dan cogan kata) | Peribahasa yang berkaitan dengan kepentingan ilmu adalah seperti yang berikut: 1. Melentur biarlah dari rebung 2. Bolehkah gabus sebelum diasah? 3. Biduk kalau tidak berkemudi, bagaimana ia akan laju .4. Supaya tahu akan pedas lada, supaya tahu akan masin garam.
| Lain-lain | 02.10.2016 |
apakah maksud telap dan tiris? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, telap bermaksud 1. dapat menembusi (bkn senjata spt keris dll), makan, mempan: keris itu tidak ~ pd tubuhnya; 2. dapat dicederakan, dapat dilukai, lut; tiada ~ oleh senjata kebal; 3. dapat ditembusi (air), dapat diresapi: tanahnya tanah liat yg tidak ~ air. Manakala tiris bermaksud 1. bocor (atap, perahu, bekas air, dll): bumbung rumahnya ~; dijahit layar mana yg robek, biduk ditambal mana yg ~; 2. meleleh (menerusi lubang atau celah), menitis, menitik-nitik: air dlm tanah terus ~ menerusi bumbung gua itu; air digenggam tiada ~ prb sangat berhati-hati mengeluarkan wang; | Lain-lain | 01.07.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata biduk |
|
Puisi |
---|
|
Apakah lilin di biduk, Namun gala-gala jua; Apakah kirim mande esok, Anak berurai air mata jua.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 283 Kill two birds with one stone Mencapai dua maksud sekali gus dengan melakukan satu kerja atau tindakan. Sambil berdendang, biduk hilir. We are really kill two birds with one stone at the stadium. We were not only able to watch our favourite game but also earning some profit by selling souvenirs there. Kami betul-betul sambil berdendang, biduk hilir di stadium itu. Kami bukan sahaja menonton sukan kegemaran kami tetapi juga meraih untung dengan menjual cenderamata di sana. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|